Thursday, June 28, 2007

The Decline of Malays: Are we?

Some may questioned, being feminist alone is not very satisfying, thus becoming Malay chauvinist is another option. Both, I wish to differ. The issue of race never bring my attention in any form before, to be sincere I'm having too little knowledge of my root, Malay. The reason, that in many way, they are potraying Malay as the second class. In any field involved, particularly in economy and education. But the Malays is changing. From the previous attitudes, toward new mind setting. It has been a long discuss among my colleague, what is the real problems with typical Malay, and we have embrace all this weaknesses with open hand without any significant reform. By mixing with really successful Malay, with all the Malay traditions in their daily practices that they proudly express, but yet very successfull local and international, then, should I agree with the former interpretation of Malay?
To be sincere, it is very new to me, to really appriciate the old tradition and adapting with the so called modern life. As there is nothing wrong with the Malay as human capital, only the mind set have been change over the years. Once, Melaka is the center of attraction of traders meeting all over the world. Bahasa Melayu has been used as lingua franca, the language for communication. We need all the successful Malays, to be part on the changing culture and mind set of traditional Malay, either in corporate sector, education, non-government organization, industry, poets, writers, politicians and others. Together, hands in hands to really proud embraced Malay and its tradition as our roots, and that what make us unique!



Monday, June 25, 2007

Pelukan Wan yang pertama!

Saya mendapat kegembiraan berganda bila berada dalam dakapan Wan. Saya baru tahu tentang itu. Serasa saya, air mata saya menjadi terlalu mahal untuk sebuah kenangan, sekurang-kurangnya untuk masa-masa sekarang. Pinta kalbu, jadilah seteguh karang. Pinta jiwa, jadilah seperti gunung. Pinta hati, jadilah seperti teras bumi. Dan semua permintaan telah dinafi, oleh sepasang bebola kristal yang begitu mudah tewas dengan satu pelukan. Kata mata, dia meminta maaf kerana kelemahan. Katanya lagi, kalau kalbu, jiwa dan hati tidak terdetik rasa kasih dan sayang, rasa rindu pada Wan, dia pasti tidak akan kalah. Bukan salah mata sepenuhnya, bukan dia sengaja menjadikan bola kristal bergenang air. Ya, bukan salah mata.
Wan menerima dengan mendepang dada luas-luas. Menyambut saya dengan mesra, sambil lidah dan hati basah mentalbiah, Labaikallahumma, Labaikallahumma. Betul, dia, Wan Jeddah, nenek pertama yang dirindui saban hari. Sejak mengenal rukun Islam ke 5. Tapi Wan Jeddah tidak pernah menatap wajah saya, walau sekali. Semenjak lahir, tapi bila berdiri di dalam pelukannya, Wan Jeddah tahu saya cucunya yang dirindu. Dan saya merinduinya. Kami berpeluk-pelukan dalam wadi kasih sayang.
Tapi takdir tidak menakdirkan kami berlama-lama dalam pertemuan pertama. Moga takdir juga tidak menakdirkan yang penghabisan. Meski berhabisan, Wan Jeddah pasti, dalam ingatan.
Semalam, saya berjumpa dengan Wan Kuala Pilah. Saya juga bukan cucunya. Tapi bila diketahui saya telah mengunjungi Wan Jeddah dan Haramain, Wan Kuala Pilah telah mendakap saya kejap! Sangat akrab! Kata Wan Kuala Pilah, saya membawa haruman Mukarramah dan Munawarrah. Wan Kuala Pilah mengucup kedua belah pipi dengan kasih seorang nenek. Rupanya, saya sudah sangat miskin, saya sudah tidak punya Wan dan Atuk. Tapi miskin saya dikayakan dengan penerimaan ikhlas seorang Wan, meski, saya bukanlah cucunya. Sementelah, kami tidak punya pertalian darah. Persaudaraan sesama muslim, bukanlah perlukan sebarang alasan. Juga sebab.
Wan sudah bongkok tua. Meski Wan bongkok, tidak pernah lokek untuk menyirami hati saya yang telah kering dengan perasaan. Dan jiwa, kalbu, hati dan mata tewas dalam diam. Saya mencium tangan Wan yang renta dengan takzim. Di bibir senyum kasih seorang cucu yang sudah tidak punya Wan. Wan Kuala Pilah menyambut salam dengan lebih kejap dan mesra. Mendakap dalam pelukannya yang mesra. Seolah-olah tidak mengizinkan saya pergi. Wan Kuala Pilah mencium kedua belah pipi saya syahdu. Akhirnya, dia mengucupi tangan saya yang penuh dengan noda hitam. Saya terkesima. Tangan saya tidak layak dikucupi warga syurga yang terlalu mulia. Tapi saya simpan penghormatan itu dalam-dalam. Dalam kalbu, jiwa dan hati. Dalam bebola mata yang menangkap kenangan itu indah. Akhirnya Wan Kuala Pilah membanjiri roh saya dengan kata-katanya yang dalam,
"Datanglah laei, kalau ado umur Wan, datanglah sini laei".
Wan telah memenangi saya, dalam perlukannya yang pertama!


Thursday, June 14, 2007

Ini perjalanan paling jauh tahun ini. Dari tabir pagar yang menyingkap kubah hijau sehingga ke tiang-tiang tinggi Baqi’ yang diawasi tentera hampir sepanjang masa. Badan telah melampaui ketahanan biologisnya lebih dari 18 jam berjaga. Sejak dari pagi. Setelah usai solat Asar, hingga membantu mak hingga dapat berehat ke bilik hotel, kami mulai lagi. Menjejak 400,000 meter persegi kompleks yang dibangun untuk keperluan spiritual umat. Berjalan bersebelahan dengan masjid Nabawi, dengan menyedari jasad Rasulullah yang mulia, di dalam tanah Madinah. Tanah yang mendapat kehormatan paling tinggi di dunia. Petugas-petugas berjubah putih, berserban merah dan berbadan tegap mula menjalankan tugas. Menghalang-halang mereka yang ingin menghamburkan rasa rindu pada Rasulullah meski hanya dihalaman masjid, bukan di taman Raudhah atau di hadapan makam. Dan untuk itu, tetap ada merasa puas sekadar mengusap tiang dan mengucup dinding masjid kubah hijau. Agar ia menjadi saksi, di akhirat kelak, kami telah berada di sini. Bersaksi, bahawa kamu, Rasul Allah, yang telah menyampaikan dan keranamu, kami berada di bawah lembayung Islam.
Ya, kubah hijau ada magisnya. Magis rindu. Rindu tidak berbelah bagi pada yang diutuskan untuk rahmatan lil alamin. Dan salah apa kami menangis rindu. Ini air mata yang tidak mungkin ditahan. Dia Rasulku, Rasulmu. Dan kami merentasi 8000 km menggadai nyawa membelah awan, untuk menyatakan kedalaman cinta, sedang anda hari-hari berada bersama Nabi. Salah apa kami emosional begini? Biar kami simpan dulu cerita kerinduan ini dalam-dalam.
Kaki sudah tidak tertahankan derita kelelahan, tapi jiwa mahu menyapa. Walau di balik tembok, di bawah langit membiru. Di situ, di hadapan mata, tersergam tinggi tembok-tembok Baqi’. Untuk menghalang penglihatan, tapi tidak pernah menghalang ingatan. Disitu ada jasad yang wiladahnya pada 20 Jamadil Akhir, dan syahadahnya pada 13 Jamadil Awwal / 3 Jamadil Akhir. Ya Ummu Abiha, dan kami datang pada minggu-minggunya. Subhanallah, tapi bila melihat berkumpulan tentera menuruni tangga tembok Baqi’, hati jadi begitu risau.
Sudahkah anda mendengar cerita Fatimah Al Batul?
”Fathimah adalah bahagian dariku, sesiapa yang mencintainya mencintai aku”
”Fathimah adalah bahagian dariku, yang membuatnya marah membuatkan aku marah”
“Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika baginda sedang sujud menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang ditaburkan oleh kaum Qurraish. Disebabkan penjagaan dan perhatian yang diberikan Fatimah kepada Rasulullah SAW, baginda menggelarkan beliau ‘Ummu Abiha’ yang bermaksud ibu kepada ayahnya”
“Fathimah Zahra adalah penghulu wanita di syurga dan penghulu wanita seluruh alam”
“Katakanlah (wahai Muhammad), aku tidak meminta kepadamu satu upah pun ke atas dakwah ku melainkan kecintaan terhadap al-Qubra (keluarga terdekat)”
“FATIMAH adalah darah dagingku. Sesiapa yang menggembirakannya, menggembirakanku dan Allah. Sesiapa yang mendukacitakannya, mendukacitakanku dan Allah.”

Hanya titis-titis air mata menyambut tinggi tembok-tembok Baqi', dan bergegas-gegas kumpulan seragam hijau mengungsi kami keluar dari halaman. Subhanallah. Wahai belahan hati Rasulullah, saksikanlah kami telah berada di sini mengunjungimu, walau tiada siapa yang tahu di mana sebenarnya maqam persemadianmu.

Wahai ibu, kami juga mohon kasih dan sayangmu.

Az-Zahrah, dan hari-hari kami, hari kelopak ros memerah yang berguguran jatuh lantaran lara hati mengenangmu.