Friday, August 31, 2007

My Long Journey

Last two weeks were the most long journey that I have had take without a real rest I think, and to add, I'm sick at that particular time.
Arau - Jengka - Melaka - Jengka - Melaka - K Lumpur
That life, but the most thing that I regret, within that time, I knew faces that show concern but actually they are the most self centered, selfish person that I ever know since my life began. And to be frank, I'm really sick off it! But I'm glad, I knew them now, so that I will be carefull in the future, or should I make my move now and speak loudly, that I am too a person a should be treated as the normal human being as well. ????, should I? Or should I stop to pretend that I'm bionic women with cough syrup and panadol pills in her bag all the time.... :)

That life, what else can I say to the next generation to come...

Thursday, August 16, 2007

Kota Teks, Puncak Ketamadunan

Oleh Asmidar binti Alias

Bayangkan dunia tanpa teks, apa alternatif kita? Fantasi yang indah tetapi tidak mungkin menjadi realiti. Hakikatnya kita dihidangkan dengan era modenisasi, teks bersangkutan di setiap aspek kehidupan. Tanpanya, hidup adalah mati.
Teks adalah ciri utama semua peradaban kota terkemuka dunia. Seawal penggunaan piktograf, beralih ke ideograf, fonogram dan akhirnya kepada penggunaan abjad, teks adalah mercu tanda terpenting memperkenalkan kejayaan bangsa kepada dunia. Piktograf ditemui di tamadun Sumeria dalam bentuk kuneiform. Ideograf diguna oleh tamadun Mesir dan China. Penemuan abjad adalah kemuncak kesempurnaan kaedah perantara sehingga menyaksikan perkembangan dunia hari ini yang diledak dengan fenomena globalisasi.
Tidak ada satu tamadun bangsa yang meninggalkan budaya memperkembangkan ilmu. Tiada individu yang berjaya menafikan kepentingan teks. Untuk itu teks perlu ditemukan dengan jodohnya yang sepadan, iaitu budaya membaca. Apalah teks tanpa pembaca. Apalah pembaca, jika tidak dapat membuka kegiatan intelektual dalam pelbagai dimensi dan menjana potensi diri.
Sejarah membuktikan, kemuduran orang Eropah dicatat apabila mereka memilih untuk memusnahkan khutub khanah di Alexandria dan membunuh ramai ahli ilmu seperti Hypatia, Bruno dan Galileo. Pada masa yang sama orang Islam menyusun senarai ilmuwannya yang diiktiraf zaman termasuk Al-Zahrawi, Al-Haitham, Ibn Sina, Jabir bin Haiyan, al-Khawarizmi, Taqi al-Din, Al Jazari dan ramai lagi. Setelah Eropah tersentak dari kesilapan, barulah Eropah mengorak langkah untuk berubah sehingga mencapai kegemilangan hari ini dengan mengasimilasi budaya keilmuan dari peradaban Islam.
Tidak perlu dibuktikan lagi, peradaban Islam diasaskan melalui edik yang pertama, iaitu membaca. Membaca perlu disertai dengan disiplin yang terbentuk dalam konteksnya: menjana fakulti akal dengan perantara potensi otak yang tidak terbatas. Dirumuskan dari kajian yang dijalankan oleh Dr. Ivan Yefremov, otak mampu mempelajari 40 bahasa, mampu menghafaz satu set ensiklopedia daripada A hingga Z dan mampu mengikuti dan menamatkan kursus-kursus yang dianjurkan oleh puluhan kolej. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang mengagumkan sekiranya menyedari hakikat pertumbuhan otak. Lebih kurang 2.5 juta sel otak atau neuron baru tumbuh pada setiap minit, dan pada setiap kelahiran seorang bayi dilengkapi dengan 100 bilion neuron!
Membaca adalah ideal dikotomi dalam kehidupan – jahil dan intelektual, emosi dan akal, sains dan seni, kebebasan dan terpenjara. Hidup dalam kota teks, menghayati dan membudaya, hanya akan memberikan satu perlambangan, kecemerlangan peradaban. Memilih atau mengasingkan, pilihan terletak di tangan anda!

Monday, August 13, 2007

I don’t love you

So it is final. And you will not back off with the decision. Well, you have made it clear. After all, I don’t love you. You have spoken, so be it. What ever it will let it be. I hope you mark my word, I don’t love you.
So on the day that you want to go away just braced yourself. You don’t even want to become the slaughtered patriot. You don’t have to. You never have to be one.
Don’t you even recognize my name? My name is Maximus Decimus Meridius. Commander of the armies of the North, general of the Felix Legions, loyal servant to the true emperor, father to a murdered son, husband to a murdered wife, and I will have my vengeance, in this life or the next. You don’t even have to care either I’ll succeed or not.
But I will promise you this, InsyaAllah, everyday I will pray. “O Lord, I will strive to live with the dignity You have thought me. I will only live on Your commands, and die in Your pleasure. Bless me with Your mercy”.
Yes, you have to make the move. Go where ever you pleased. Even at the end you forget about your land, or you can’t even speak your mother tongue. I believe you will make the best of yourself, for future generation to come.
If you believe me as a fighter, your deem are in vein, because I’m not born as a fighter, I am born as a martyr. The next day you will only see my name on the surface of tomb stone, if they remember to bury me in the grave yard, or else I might become as a prey of wild animal. Either way, you will care less.
What ever, I just don’t understand, why I’m writing all of this. After all, I don’t love you, remember?

My name is Maximus Decimus Meridius and I, will die as martyr.

Tuesday, August 07, 2007

Untuk Merdeka ini!

Untuk merdeka ini, hanya satu mesti dilakukan, iaitu membuat pilihan! Bila disogok beraneka rencam dunia, yang datang mendadak secara zahiriah, kemudian diapi dengan desakan nafsu amarah, lantas kamulah yang memilih untuk siapa yang menang nanti diakhir kisah.
Kami benar lalai, bila membelakangkan maksud Al Quran, ‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman, sedang mereka tidak diuji (Quran 2:156)’. Bila dunia membalut kami dengan segala cerca dan tekanan yang menggila, kami galak pula menyambutnya dengan kaedah yang sama. Sedang kami lupa, bukankah dunia ini sebenar-benar negara ujian. Bila ujian kamu sepatutnya dilengkapi dengan ilmu, juga latihan yang mencukupi yang bermakna amal ibadah, dan akhirnya pasti memasuki dewan peperiksaan akhir yang segala soalannya telah lama bocor. Meski soalan akhir telah lama bocor, kamu masih tetap tidak mahu mencari jawapan yang tepat. Lebih bodoh bila tidak memilih untuk berada dalam pilihan yang tepat.
Dulu, lama dulu mereka menerangkan orang terpilih sahaja akan masuk syurga. Itu benar, memang benar. Tapi itu tidak bermakna, kamu dinafikan hak memilih jalan ke syurga. Benar untuk ke syurga juga atas pilihan sendiri, kerana itu untuk merdeka ini kami memilih jalan ini. Noktah.
Ramai tidak pernah tahu derita bila didesak dari pelbagai penjuru. Dari pemegang amanah yang kami harapkan bersifat pembela, dari pemimpin yang memegang keadilan dan melaksana apa yang telah dibicarakan lidah, untuk ahli politik melihat kerdilnya marhain menongkah arus duniawi dalam kepayahan yang teramat, untuk kami dinilai berdasarkan merit bukan kepentingan, dan segala-galanya. Tapi dunia tidak mengkehendaki itu, dan akhirnya kami kembali mencerca dunia. Subhanallah, ini tidak kena. Dunia adalah lapang yang Allah ciptakan hamparan untuk manusia. Dunia telah Allah sempurnakan kejadiannya agar manusia dapat mengambil segala apa yang menjadi keperluan sepanjang hidup. Zaman berzaman, dan sudah berkurun tahun berlalu.
Salahnya adalah manusia itu sendiri kerana memilih hidup abdi. Memilih untuk hidup di bawah telunjuk. Memilih untuk hidup berdasarkan hak aku, hak aku, hak kamu kadangkala boleh juga menjadi hak aku. Kerana itu tiada yang pelik jika ada manusia berantakkan hanya kerana sudu. Ada manusia memilih untuk berada dalam keadaan tidak harmoni hanya kerana takutkan bayang-bayang sendiri. Takutkan kelebihan orang yang akhirnya menelan kedudukan sendiri, meski orang tadi berbuat ikhlas demi Tuhan, demi Rasul, demi bangsa, demi negara. Ya, yang aneh-aneh ini selalu sahaja dari manusia yang memilih jalan lain selain dari jalan Tuhan.
Lewat malam yang lalu-lalu, bila amarah menjumpai jalan Tuhan, bila kalbu mengerti apa itu makna jiwa besar, lalu kesakitan hati yang membarah, yang merenggut tenaga, yang memakan semangat, segalanya dipandang terlalu kecil dan remeh temeh. Hanya mereka yang berjiwa kecil sahaja memandang dunia sebagai hakikat, sedang lawan kepada kecil jiwa memandang akhirat tempat penentu segala.
Akhirnya, untuk kesekian kali, untuk merdeka ini kami telah memilih. Untuk merdeka, betul-betul merdeka. Dari cerca, dari hinaan, dari tekanan, dari korban konspirasi kebodohan yang melampau, dari hati yang memilih kerana nafsu rendah, dari segala kerendahan.
Kami memilih menjadi Rajawali yang terbang tinggi. Kami memilih menjadi orang bertaqwa, meski belum berada di dalamnya, sekurang-kurangnya kami memilih dengan betul. Hanya orang yang merdeka sahaja mengerti, tempatnya sebagai hamba Tuhan. Dunia sebagai tempat ujian. Lain dari itu tidak penting, tidak pernah penting!
Kerana itu kami juga memilih, untuk menasihati rakan-rakan kami memilih yang hak, meski terpaksa berkorban kecintaan, berkorban kasih, berkorban rasa sayang yang membajai dan melubuk dalam hati. Kerana yang hak itu lebih dahulu berada dalam hierarki pertama pertanggungjawaban, yang lain-lainnya biarlah disusun atur dengan bijak, atau jika perlu tinggalkan ia pergi. Ya, yang ditinggal tidak penting, kerana memilih yang hak menunaikan amanah sebagai hamba, dan selamanya kami akan faham. Bukankah kami telah nyatakan, kami juga telah memilih?
Ya, jangan sedih. Jangan marah. Jangan berlarut-larut dalam kesedihan, kerana nanti kamu tidak mampu untuk berlari, dan berlari laju.
Bagi mereka yang memilih menjadi orang yang bertaqwa, senyumlah. Kerana rezeki kamu telah lebih dahulu dijanjikan Allah, malah dari tempat yang tidak pernah kamu sangka.

La haula wa, quwwata ila billahi a’liyil azim.

La haula wa, quwwata ila billahi a’liyil azim.

La haula wa, quwwata ila billahi a’liyil azim.

Thursday, August 02, 2007

Saya marah?

Sebab:
  • pemain bola sepak Iraq tak boleh bawak piala balik ke negeri Iraq
  • ada gunung berapi dah keluarkan asap di Filipina
  • sayur naik harga sekarang pasal hujan
  • bola Malaysia asyik kalah je tak menang-menang
  • Shinzo Abe baru jer jadi Perdana Menteri Jepun alih-alih kalah pulak parti LDP
  • baru sekarang PBB nak hantar tentera pengaman di Darfour setelah sekian lama
  • beruang kutub mati sebab kepenatan berenang kerana ‘ice platform’ semakin mengecil menyebabkan beruang kutub perlu berenang jauh sebelum sampai ke daratan
  • keretapi hibrid sudah pun dicipta tapi entah bila Malaysia akan gunakan
  • ais yang menghiasi gunung Kilimanjaro yang dirakamkan oleh pemenang Hadiah Nobel sastera Earnest Hemingway sudah kehilangan mutiara putihnya di puncak gunung akibat salji yang mencair
  • ramai orang cedera dan mungkin maut bila jambatan di Mississipi roboh
  • kita masih menggunakan Nuri
  • susah untuk menerangkan apakah dia protagonis dan antagonis kepada rakan baik
  • untuk perkara paling penting dalam hidup, saya boleh tersalah waktu!!

Wednesday, August 01, 2007

Komputer baru, nak beli?

Ini komputer baru. Baru keluar dari pasaran. Sangat baru! Katanya boleh mengalahkan prestasi semua komputer keluaran terkini dan komputer-komputer yang pernah diguna pakai sebelum ini. Malah, ramalannya, mungkin dapat melebihi kemampuan komputer yang dibangun NASA atau komputer yang diguna oleh pakar-pakar grafik untuk menghasilkan filem 3D seperti Transformer, Shrek The Third dan Ratatouille.
Komputer baru ini ada sebuah 18 pemproses yang berlainan kapastiti dan kelajuan pemproses. Tapi yang hairannya komputer ini mempunyai hierarki dalam memproses. Nampak canggih bukan? Unit pemproses pertama dipanggil Unit Input Sentral (UIS) atau Bahasa Inggerisnya Central Input Unit (CIU). Tugas UIS ini adalah untuk menerima input sahaja. Diulang semula, input sahaja. Selain dari input, dia tidak dapat menyahkod dan mentafsir arahan. Apatah lagi diminta untuk menganalisa dan mensintesis segala bentuk dan corak pemikiran yang diperlukan. Paling pantang di dalam unit ini adalah memberi arahan (command) untuk menjana idea atau ilham baru. Lebih-lebih lagi jika idea baru itu berbentuk penggelungan (looping) berulang-ulang, yang memastikan penambahbaikkan secara berterusan. Jika itu dimasukkan, tidak sampai beberapa saat, kita akan dapat melihat asap berkepul-kepul keluar dari kapasitor, transistor, diod dan segala unit-unit seni dalam wafer elemen elektronik di unit ini. Jadi untuk mengatasi kesulitan paling utama ini, UIS akan memindahkan segala arahan yang tidak mampu dinyahkod ke hierarki ketiga tetapi bukan di hierarki kedua. Juga di ulang semula, segala bentuk arahan yang memerlukan pemikiran di tingkatan paling tinggi akan dipindahkan segalanya ke hierarki ketiga.

Oh ya! Ada apa di hierarki kedua. Di hierarki kedua terdapat dua lagi unit pemproses. Iaitu Unit Kipas Sentral (UKS) dan Unit Angguk Sentral (UAS). UAS menempati carta paling dekat pada UIS, sangat akrab. UAS adalah unit yang paling tidak boleh disentuh oleh unit-unit lain. Jika disentuh juga, padahnya, segala wayar kuprum UIS akan bergetar hebat. Jika semakin diusik tiga lapis bahan (bahan penebat (insulating material), logam bersirat (braided metal) dan plastik salutan luar (plastic outer coating) yang menyaluti wayar kuprum itu juga akan bergetar hebat dan akhirnya mencair dan merosakkan keseluruhan elemen pemproses komputer baru ini. Bahaya, memang sangat bahaya.

Apa pula tugas UKS? Seperti terminologi namanya, seperti itulah juga tugasnya. Bila mana UIS dan UAS kepanasan, disitulah UKS akan mengambil tempat paling aktif. Kipasnya akan berfungsi seperti kipas enjin jet pejuang STEALTH Amerika Syarikat yang berfungsi di bawah radar. Betul-betul tidak boleh dikesan oleh mana-mana radar. Sangat senyap tetapi betul-betul menggemparkan cara UKS berfungsi. Seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak bertaburan. Untungnya unit UKS ialah, kerana kemampuannya dan kebolehannya mengipas, menyebabkan dia mendapat peluang yang bergitu banyak untuk menimba pengalaman di merata tempat, meski kredibilitinya banyak dipersoalkan orang. Begitu juga dengan sumbangan yang dapat diberikan kepada komputer baru ini juga sering ditagih hasilnya. Tapi biar mana pun ditempatkan UKS ini, dia selalu bernasib baik. Tentunya disebabkan sifatnya yang begitu senyap, menyebabkan orang tidak begitu mengambil peduli.

Jadinya, tinggal 15 lagi unit memproses yang perlu bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk melaksanakan segala arahan yang diberikan, secara drastik mahupun secara berperingkat. Untuk itu 15 pemproses di heirarki ketiga ini perlu dibuat dengan material istimewa. Tidak seperti UIS, UKS dan UAS yang memakai teknologi lama, 15 pemproses di hierarki ketiga menggunakan teknologi kabel optik untuk urusan memindah data secara besar-besaran, cepat, tersusus, sistematik, dengan analisa yang tepat dan padat serta dimestikan mempunyai keputusan termasuk cadangan penambah baikkan. Tidak seperti teknologi lama wayar kuprum yang diguna pakai oleh UIS, UKS dan UAS, untuk setiap jaket salutan luar kabel 15 unit pemproses mempunyai banyak kabel gentian optik. Setiap gentian optik, mempunyai pembalut kaca yang menyaluti teras gentian optik. Paling luar ialah pembalut perlindungan dibuat untuk melindungi setiap unit berfungsi di dalam kabel teknologi baru ini. Alasannya cuma satu, disebabkan UIS sering kepanasan dan berasap-asap, juga UIS akan cepat sahaja memindahkan arahan-arahan baru samada diterima secara drastik ataupun berperingkat, maka setiap unit berfungsi yang menggunakan teknologi baru ini dilengkapi dengan perlindungan ekstra untuk menghalang daripada menghadapi sistem kepanasan yang melampau. Hanya dengan itu komputer baru ini dapat berfungsi secara efektif. Namun demikian, disebabkan beban yang diterima secara melampau, sehingga ke hari ini, dari 15 unit pemproses di hierarki ketiga cuma 20% sahaja yang dapat berfungsi dengan kapasiti maksima. Yang lain-lainnya? Nampak gaya mungkin perlu di servis semula atau boleh sahaja beri imbuhan-imbuhan yang lebih menarik! Siapa tahu, satu hari nanti, setiap unit dalam komputer baru ini boleh mencipta sesuatu sehingga mendapat anugerah peringkat antarabangsa. Ya betul, siapa tahu, satu hari nanti (satu hari nanti)....