Posts

Showing posts from October, 2007

Dunia angka, dunia aksara, dunia retorika

Image
Hamba datang bukan dari dunia jauh, hamba bersaudara dengan tuan hamba jua. Dunia hamba dunia angka. Dan angka bentuknya selalu bersegi-segi, tidak bulat, jarang mempunyai lengkuk berseni, tapi punyai makna khusus, jika empunya diri seperti hamba dan sahabat-sahabat hamba yang lain mahu memahami jalur makna itu. Malangnya hamba tidak diajari dari ilmu angka berpaksi rahsia transendental. Hamba tidak diajari bahawa satu yang tiada duanya ialah Allah, dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang, tiga yang tiada empatnya adalah khilaf Nabi Musa ketika menuntut hikmah dari Nabi Khidir, empat yang tiada limanya adalah ilmu wahyu Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran, lima yang tiada enamnya fardhu sembahyang mengadap Haram, enam tiada tujuhnya ketetapan enam masa penciptaan, tujuh yang tiada delapannya langit yang menongkat tujuh lapis dan seterusnya.

Hamba diajari bahawa angka adalah serakah manusiawi zaman berzaman. Hamba diajari ilmu agar kemudiannya hamba dapat memanipulasi untuk meminimak…

Hari Sastera

Image
Sastera Kebangsaan Membina Negara Bangsa

Ini adalah simposium pertama yang dihadiri, pengalaman pertama, mengenali elit sastera yang sangat menakjubkan dari segi keupayaan bahasa, memikir secara horizontal dan vertikal, mengenali falsafah, mengenali budaya lain, pengalaman dan rintihan, dan pelbagai lagi.

Mengejutkan, ada juga kajian sastera yang boleh dibuat secara kuantitatif, berbanding yang lazim kajian secara kualitatif.

Lain-lain: kawan-kawan yang sememangnya best dan happening.

boleh grab gambar2 anda di sini:

http://profiles.friendster.com/user.php

soalan kuiz: sapa yang jadi peserta gospen terbaik 2007? :)
M. Nasir

Anak Anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita d…

International Al-Quds Day

Oct 5, 2007
In 1981, the late Ayatollah Imam Ruhollah Khomeini declared the last Friday of the Islamic fasting month of Ramzan as 'Al-Quds Day,' a day of protest to show the importance of Bait-ul-Maqdas to Muslims and to defend the cause Palestinian Muslims. Al-Quds Day celebrated jointly by Shiite and Sunni Muslims through out the World. The protestors chanted slogans against America and its Front-Line States and rejected the occupier state of Israel.