Pilih

Memilih adalah satu perbuatan mencari yang terbaik, yang cocok, sempurna, unggul.
Bandingkan ini.
Tuhan menciptakan bumi ini dengan kitaran dan pusingan untuk menjamin keharmonian.
Kejadian bumi kompleks, tetapi dengan kecanggihan akal, manusia diizin Allah boleh memahaminya.
Tuhan menciptakan dunia ini dengan kitaran 12 yang diulang-ulang, sejak manusia mampu mencerap dan memahami.
Kitaran untuk penentuan masa (bulan), yang berpandukan matahari, 12.
Kitaran untuk penentuan masa (bulan), merujuk bulan juga 12.
12 bulan, dan Allah memilih satu bulan. Itu adalah Ramadhan.
Dalam satu bulan, ada 28, 29, 30 dan 31 hari. Dalam satu tahun, ada 365 atau 366 hari.
Allah memilih satu. Satu itu diriwayatkan ramai pada 19/21/23 Ramadhan.
Dalam satu hari ada Subuh, Dhuha, tengahari, petang dan malam.
Allah memilih, malam. Malam itu adalah Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Allah memilih dalam 12 bulan, satu. Ramadhan. Allah memilih 1 hari dalam 365 hari. Dan memilih satu fasa dalam perjalanan hari, iaitu malam hari yang dinamakan The Night of Power, untuk…
Untuk di turunkan Al Quran Al Kareem.
Ada empat kitab yang wajib diimani. Dan Allah memilih satu, Al Quran sebagai tsaqal (bekal) terbesar dan terberat untuk ummat sehingga hari kiamat.
Dalam kitaran bumi sejak mengenal Nabi Adam, Allah mengutus puluhan ribu Nabi dan Rasul. Sebagai penyampai mesej Ilahiyyah. Pesanan langit supaya manusia mengenal hubungan horizontal dan akhirnya memahami tujuan akhir hubungan vertikal. Hubungan samawwat.
Dalam puluhan ribu, Allah memilih 25 sebagai rasul dan Nabi yang perlu dikenal. Allah memilih 5 sebagai Nabi dan Rasul Ulul Azmi. Dan Allah memilih satu.
Satu, Muhammad sallahu alaihi wassalam.
Allah memilih Rasulullah untuk menerima pesanan paling Akbar sejak diciptakan dunia dan seluruh isinya iaitu Al Quran Al Kareem di satu malam yang dipilihNya, Lailatul Qadar.
Allah memilih bulan, hari, malam, kitab dan penerima.
Tidakkah kita berbangga, berada di bulanNya, ditangan KitabNya, memperakukan NabiNya, dan nanti, InsyaAllah untuk turut berada bersama-sama di malamNya?
Ini adalah bulan meraikan Mukjizat terbesar dunia (Al Quran) pernah diterima umat manusia sejak penciptaan bumi, galaksi dan seluruh isinya.
dan...
Allah juga telah memilih the Guardian untuk Al Quran.
Mereka adalah golongan yang sangat penyantun dan terhormat.
Saya doakan kamu bertemu dengannya.
Insyaallah.

Comments

Eh, angka juga. Ada 'kimia' antara kita? Haha..

Orang sains melihat angka lebih dari sekadar angka. Apakah As boleh ulas lebih lanjut akan hal ini?
ASaL said…
orang sains sama macam org lain juga melihat angka sebagai komoditi untuk dipugar untuk apa sahaja yg dinamakan keperluan (diri, nafsu nafsi, dsb).

:)

saya belajar memahami nombor di luar aplikasi matematik dari orang sains yg telah mendapat pencerahan agama.

Mereka menganggap nombor sebagai simbol-simbol yg menyimpan rahsia Tuhan untuk orang yang mahu berfikir.

Kenapa mereka mengkaji? Kata mereka, akhir nanti kita akan dapat bertemu kebenaran hak.

nota: lain orang lain cara untuk mengungkap rahsia alam. bagi saya, ia satu sudut pandang yang menarik!
Anonymous said…
pamella anderson porno video
playboy reply php bbs
галереи голые письки
секс мультгероев
порно голубые
eros mp3
секс выживание
секс извращенцы
скачать порно gp
порно рабочий
Anonymous said…
As the expert, I can assist.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah