Friday, July 31, 2009

Orang muda yang pendek umurnya

Kata Ustaz orang yang baik lekas sangat dipanggil pulang. Kadang-kadang saya fikir betul juga kata Ustaz itu.

Profesor saya yang begitu baik dan sangat besar impaknya dalam membentuk ramai pelajar meninggal dunia pada usia 50 tahun.

Kemudian Ustaz bercerita, Umar ibn Aziz hanya berumur 38 tahun bila dijemput pulang.

Sarjana Muslim-intelektual seperti Ibn Sina juga tidak sampai umur 55 tahun hidup di dunia. Dan ramai juga yang lain mempunyai takdir hidup yang sama.

Saya tahu Fatimah anak perempuan kesayangan Nabi juga meninggal dunia ketika usia masih muda metah. 28 tahun. Meninggalkan anak-anak yang masih kecil yang masih perlukan kasih sayang ibu.

Saudara-saudara saya juga ramai mati di usia muda, dan mereka adalah orang yang terpuji akhlaknya. Saya lega.
Saya rasa saya juga akan redha jika tidak berusia panjang, mudah-mudahan seperti kata Ustaz akan tergolong dalam golongan yang baik-baik.

Jika ditakdirkan berusia panjang saya juga akan redha, dengan harapan usia yang ditangguh itu membawa berkat berpanjangan, di dunia hingga sampai di akhirat. InsyaAllah.

Dalam musim wabak ini, ramai orang muda menemui ajalnya. Hari ini catatan menunjukkan angka 5 kematian di Malaysia. Seperti entri sebelum ini, jika mereka menahan diri tidak keluar untuk menyelamatkan masyarakat, mereka akan diganjari syahid. Syahid pasti golongan yang baik, malah yang terbaik.

Hari ini saya umur dipanjangkan lagi. Hati rasa mendesak mahu memohon maaf. Maaf kawan-kawan dan ahli keluarga jika saya ada membuat salah laku. Dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Manalah tahu....kerana kita sendiri tidak tahu bila waktu sampainya ajal.

Maaf kawan-kawan. Sumimasen.


Selamatkan diri dari Influenza dengan

Surah Al Kahfi.
Dalam menangani cabaran dan meneliti kejadian dalam negeri dan luar, ada baiknya kita berhenti sejenak dan berfikir, dunia hari ini apakah halnya?
Kematian mengejut menjadi-jadi, kepanasan terlampau, banjir dan kebakaran hutan, wabak penyakit yang menular sehingga mengakibatkan kematian dalam jumlah yang tinggi, peras ugut along, kemajuan negara tetapi tidak juga dapat menghapuskan kemiskinan meski di negeri yang kaya raya, kejatuhan ekonomi, pertembungan politik atau peperangan antara bangsa yang sama sehingga berpecah belah, penghapusan etnik di Uighur, Filipina, selatan Thailand, Bosnia, Shabra dan Shatilla, Palestin, negara Islam yang kaya raya tetapi tidak dapat membela saudara seagama dan dan segala.
Ada baiknya kita berehat dan memerhati, apa yang dipesan Nabi untuk keselamatan.
Tentang surah Al Kahfi.
'Abu Sa'id al-Khudri reports that the Prophet said: Whosoever recites Surah al-Kahf on Jumu'ah will have illumination from the light (from the Surah) from one Jum'ah to the next.' (Nasa'i, Baihaqi, Hakim)
Tentang menghafal beberapa bahagian Surah Al Kahfi untuk penyelamatan.
'Abu Darda reported that Allah's Mesengger said: If anyine memorizes the first ten verses of Surah al-Kahf, he will be protected from Dajjal.' (Sahih Muslim)
Yang paling mencemaskan tentulah berkenaan wabak penyakit selsema babi. Kami baru diberi penerangan panjang lebar daripada Doktor bagaimana mahu respon kepada virus selsema yang boleh menyebabkan kegagalan sistem pernafasan, pnemonia dan lain-lain penyakit hingga membawa kepada kematian mengejut. Sehingga hari ini Malaysia sudah mencatatkan kematian ke 4 dan angka yang disyaki dan mengidap H1N1 semakin meningkat setiap hari.
Penerangan Doktor untuk membuat 3 perkara sebagai langkah pencegahan.
1. Melakukan etika batuk dengan maksud jangan batuk secara terbuka. Pastikan membawa sapu tangan kemana-mana untuk membolehkan anda batuk dan bersin dengan ditekup mulut. Jika tiada sapu tangan gunakan kedua-dua tangan. Pembebasan virus ke udara boleh menyebabkan jangkitan. Virus boleh hidup selama 48 jam tanpa hos.
2. Menjarakkan diri dengan individu yang tidak sihat atau yang sihat sekurang-kurangnya dengan jarak satu meter. Yang sudah mempunyai simptom flu, diminta untuk memakai mask ketika berhadapan dengan orang ramai untuk menghalang dari virus disebarkan.
3. Sentiasa mencuci tangan dengan kaedah yang betul. Seperti yang ditunjuk dalam iklan sabun Lifebuoy kalau tak silap.
Kami menghargai keilmuan Doktor dengan cara pencegahan seperti yang dijelaskan. Cuma masih lagi bersarang kebimbangan, adakah yang digariskan mencukupi? Adakah kebijakan kerajaan itu kebijakan yang didasari ilmu teori yang kadang-kadang jadi, kadang-kadang tidak itu cukup untuk mencegah dan menghalang daripada dijangkiti?
Apa kata Nabi untuk respon kepada wabak penyakit?
"If you hear of an epidemic outbreak in a land, do not enter it; but if it breaks out in a place while you are in it, do not leave that place" (Sahīh Bukhāri).
“death from epidemic is martyrdom for every Muslim” (Sahīh Bukhāri).
Dan apakah sebenarnya wabak ini untuk kita? Ujian, peringatan, hukuman?
“punishment sent by Allah on whom He wished, and Allah made it a source of mercy for the believers, for if one in the time of an epidemic stays in his place patiently hoping for Allah's Reward and believing that nothing will befall him except what Allah has written for him, (and he dies) he will get the reward of a martyr" (Sahīh Bukhāri).
Ya Allah, kami berdoa agar diselamatkan kami dari bala bencana, ujian dan dugaan, moga ketabahan kami mengikut suruhanMu dan sunnah NabiMu mendapat ganjaran pahala dan dikurniakan syahid.
Untuk ibu bapa dan penjaga, jika ada simptom wabak ini kepada anak-anak atau diri sendiri, nasihatilah mereka untuk kekal di rumah, berjihad dan tahanlah diri dari keluar ke publik untuk kemaslahatan umum (exception untuk keluar mendapat rawatan). Moga diganjari pahala orang berjuang dan mati sebagai syahid. InsyaAllah.
Bacaan lanjut perspektif wabak dari sarjana Muslim, Imran N Hossein di sini.
Wallahu a'lam.

Wednesday, July 22, 2009

Fasal Kejadian

Ovum dengan sel korona
Embrio manusia masih ada sisa sperma

Embrio manusia ketika berusia 6 hari

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari sari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani pada tempatnya yang kukuh dan terpelihara (rahim ibu). Kemudian Kami menjadikan air mani itu segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, lalu segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, maka Kami liputi tulang-tulang itu dengan daging, kemudian Kami menjadikannya satu bentuk yang lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” (Al Mu’minoon: 12-14)
Isn't it beautiful sis? :) Kami berdoa untuk kamu.
"Dia menciptakan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan." (Az Zumar, 6)
foto dari al Falaah group.

Tuesday, July 21, 2009

Senario Iran

Iran dan Negara-negara bersempadan mendapat perhatian luar biasa dari US dan Negara-negara Eropah. Baru-baru ini setelah selesai dari pemilihan Presiden yang menyaksikan Dr Ahmadinejad kembali menjadi orang nombor satu Negara Parsi, kita diheret sekali untuk menjadi pemerhati melalui TV, youtube dan email yang masuk mencurah-curah. Di dalam kepala kita telah ada satu stigma bahawa Iran sebenarnya adalah sebuah negara autokratik. Pilihanraya hanyalah topeng yang dipakaikan untuk tunjuk kepada dunia sedangkan demokrasi yang sebenarnya tiada. Tunjuk perasaan didanai dan dimulakan oleh pencabar terkuat presiden, Mir Mousavi telah memenuhi jalan-jalan di Tehran dan kemuncaknya adalah pembunuhan seorang anak remaja perempuan yang dilaporkan dibunuh oleh tentera Basij. Keadaan semakin buruk sebelum tunjuk perasaan diharamkan oleh Supreme Leader, Ayatollah Khamenei.
Apa ada di Iran, sehingga negara yang dikenakan sekatan ekonomi sejak sekian lama mendapat liputan luar biasa? Bukankah ia sepatutnya diisolasi oleh dunia sementelah Iran telah dipakaikan sebagai paksi jahat oleh negara-negara Barat. Mengapa Iran diusik semula?
Ya, Iran ada sejarah yang panjang. Dan keruntuhan kerajaan boneka Shah Iran oleh seorang tradisionalis agamawan Ayatollah Khomeini telah merobek ego Barat dan telah menyimpan dendam yang membara. Seperti mana Barat yang terus menerus berdendam dengan Islam sejak dari Perang Salib, mereka tidak pernah berdiam. Meski mereka telah mengumumkan pada dunia yang mereka telah membebaskan Jususalem, masih lagi tidak puas hati. Selagi negara-negara strategik di sekitar Teluk Parsi tidak tunduk di bawah telunjuk mereka.
Apa ada di Iran? Di Iran ada minyak. Minyak dan politik, seperti aur dan tebing tidak boleh dipisahkan.
1980 – 1989: Perang Iraq-Iran
1990 – 1991: Perang Teluk
2003: Penaklukan Iraq oleh US
Kesemua drama dan konflik perang zaman mutaakhir terjadi di benua ini. Secara geologi, minyak terdapat bertebaran di seluruh pelusuk dunia. Di Malaysia, Indonesia,Brunei, kita dilimpahkan dengan rezeki yang mewah ini. Di Alaska, di Teluk Mexico, Venuzuela dan di US sendiri. Tetapi lain di Teluk Parsi. Lebih 50% simpanan minyak dunia terletak di benua ini. Yang menariknya, Teluk Parsi tidak dikenali sebagai pengeluar minyak sebelum Perang Dunia Kedua. Selepas perang, Eropah Barat dan Jepun bergantung penuh kepada minyak di teluk ini. Amerika juga terpaksa mengimport tetapi mereka lebih fokus dengan bekalan dari Teluk Mexico dan Venezuela. Kenapa begitu banyak minyak di Teluk Parsi?
Untuk memahaminya, kita perlu meneliti geografi zaman lampau, lama sebelum kita mengenal geografi zaman ini. Pembentukan bermula di zaman Mesozoic dan Cenozoic seperti gambar di sebelah. Pada masa ini di mana kebanyakkan petroleum terbentuk, Teluk Parsi adalah sebuah dataran dikelilingi lautan menganjur dari bahagian timur Afrika. Sempadan benua ini (Teluk Parsi) terletak berdekatan dengan equator di mana sejumlah besar microorganisma hidup di permukaan air. Lama kelamaan organisma ini mati, dikumpulkan dan akhirnya tertanam yang membolehkan proses pembentukan petroleum dan lapisan sumber minyak terbentuk.

Kemudian berlaku perubahan bumi sekali lagi memisahkan Laut Merah dan Teluk Eden yang menyaksikan dataran Arab bergerak menjauhi Afrika ke arah timur laut dan bertembung dengan Iran (seperti gambar 2).
Ketika berlaku pertembungan dataran Arab dan Parsi, haba akibat perlanggaran ini memecahkan molekul dan menyebabkan pembentukan petroleum. Pergerakan Dataran Arab ke timur laut menyebabkan petroleum yang baru terbentuk berhijrah ke atas di sekeliling dataran Arab. Proses pertembungan yang berterusan ini membentuk takungan untuk petroleum mendap, menyebabkan kawasan ini sebagai zon terbesar yang menghasilkan minyak.
Nah, adakah kita menyangka bahawa pembetukan ini terjadi dengan sendiri tanpa perencanaan yang teliti? Perlu diingat pergerakan dataran untuk satu-satu zaman berlangsung puluhan juta tahun. Mengapa Arab dan Parsi mewarisi harta paling berharga ini? Siapakah yang mengunakan keistimewaan harta galian bumi ini atas dasar amanah, siapa pula yang telah berlaku khianat? Tidaklah Tuhan ciptaan kejadiaan yang begitu hebat ini tanpa perancangan strategik. Yang kita tahu, minyak dan sumbernya secara magis kebanyakkannya dibentuk di negara-negara Islam. Inilah kekuatan yang patut umat Islam bangunkan, untuk memperkuatkan Islam bukan untuk berlaku sebaliknya. Menjadi pengkhianat dan curang kepada saudara seagama sendiri.
Ada isu lain mungkin, yang terlindung disebalik tamakkan emas hitam di dasar laut di sekitar perairan Arab dan Iran. Yang mereka takuti dan cuba elakkan. Yang akan menyerlahkan mereka (US dan sekutu) adalah bangsa khianat terhadap Tuhan Yang Esa. Yang kita umat Islam sendiri pun terlupa kerana sibuk atas urusan dunia.
Rahsianya ialah seperti yang dijanjikan dalam hadith dengan munculnya gerakan panji hitam yang akan membebaskan Al Quds. Bendera ini akan dibawa oleh segolongan umat Islam yang bertaat setia, mengikhlaskan diri dan penuh jihad, datangnya dari daerah Khorasan. Dimanakah Khorasan? Ya dimanakah sebenarnya Khorasan seperti yang diceritakan di dalam hadith?

Sunday, July 19, 2009

Kematian Mengejut

3 kematian yang mendapat liputan berbeda.

Michael Jackson (Mikaeel) menjadi tajuk utama untuk setiap berita akhbar cetak dan juga di internet. Liputannya di seluruh dunia, kesedihan dirasai oleh semua. Spekulasi yang datang selepas kematiannya pula mencurah-curah. Paling baru teori konspirasi bahawa Mikaeel dibunuh kerana massa bimbang Mikaeel mengumumkan keIslamannya dan menyampaikan lagu Say Thanks to Allah di konsert terakhir di kota London, kota di mana Yusuf Islam tinggal. Mereka sangat takut Mikaeel mengumumkan di hadapan awam disebabkan pengaruhnya yang terlalu besar di seluruh dunia.




Marwa el-Sherbini, seorang wanita muslim dikenali sebagai Pahlawan Hijab, di bunuh oleh seorang lelaki Rusia yang terlalu bencikan hijab Marwa. Lelaki tersebut yang secara konsisten mengganggu Marwa kerana tegar mengekalkan tudung menutup kepala akhirnya menikam Marwa sebanyak 18 kali di dalam sebuah bilik mahkamah di Dresdan German. Liputannya meluas di Mesir (tanah kelahiran Marwa), perhimpunan awam bantahan terhadap kekejaman tragis tidak berperikemanusian hanya kelihatan meriah di Iran tetapi tidak ditempat lain. Di Malaysia, Marwa el-Sherbini mungkin langsung tidak dikenali melainkan mereka yang prihatin.

Teoh Beng Hock, 30 seorang pembantu exco Selangor, ditemui mati di Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh SPRM. Gesaan dibuat supaya satu Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat kejadiaan yang sangat meragukan ini, agar kematiannya diketahui punca dan terbela. Perhimpunan oleh anggota Pakatan Rakyat mungkin akan berlangsung. Media utama ada menyiarkan liputan dan ucapan takziah dari pemimpin Negara. Mohon maaf sahaja tidak mencukupi bagi keluarga dan bakal isteri (Teoh dijangka berkahwin pada keesokkan hari dari hari kematiannya). Misteri yang banyak menyelubungi kematian Teoh yang dikatakan membunuh diri perlu diadili kerana kali terakhir bersama anggota SPRM untuk sessi soal siasat. Dan Teoh dijumpai mati di Plaza Massalam berdekatan dengan pejabat SPRM. Liputannya meluas di Malaysia. Yang begitu akrab dengan politik merasai kehangatan dan panas tragedi hitam ini.

Berikut yang diceritakan adalah kes-kes mutaakhir. Sebenarnya banyak lagi kes-kes seperti ini diseluruh dunia terpencil yang tidak diketahui umum.

Jika dan hanya jika, ketiga-tiga kes disabitkan sebagai kes bunuh, mangsa jika masih hidup mungkin akan bertanya, atas kesalahan apakah mereka dibunuh?

Kita yang masih hidup ini juga mungkin akan bertanya juga. Sebab-sebab kematian mereka kita boleh spekulasi sendiri berdasarkan maklumat yang kita perolehi dari berita baik yang boleh dikenalpasti kesahihannya, atau yang tersebar meluas sebagai cerita sensasi.

Tetapi mungkin ini boleh membantu kita untuk berhenti sekejap dan berfikir. Kata Nabi dalam hadith tentang akhir zaman meramalkan seperti berikut,

“I see Harj falling on your rooftops like rain”, said the Prophet. They asked, “what is Harj?” He replied “killing and slaughter”. “The one who was killed would not know why he was killed, and the one who was killing would not know why he was killing”. Each new day would be worse than the one which preceded it.”

Jika anda percaya Nabi, bersedialah! Zaman sedang menyaksikan setiap hari akan ada kejadian yang lebih buruk dari hari-hari semalam. Dan kita, adakah akan selamat daripadanya?


Thursday, July 16, 2009

Tentang Doa

Tertarik dengan entri Prof Muhamad Kamil Ibrahim tentang doa di sini, mengutipnya terus,
'Hasil doa yang paling utama ialah kelapangan dada. Kita dapat bertenang dan mengharapkan keredhaan Allah. Dengan kelapangan dada inilah yang menyebabkan akal kita bekerja dalam suasana yang lebih tenang. Itupun dengan izin Allah!
Doa, doa, doa, ia adalah sebahagian daripada cara berkomunikasi dengan Allah!'
Ketika bersiap untuk ke pejabat, terdengar suara Wardina dan Fedtri (jika tidak silap) membicarakan tentang hal yang sama.
'Doa dipohon yang tidak dimakbuli, akan jadi pelindung ketika berlaku musibah. Contohnya, jika kita bergegas ke suatu tempat, dan terlibat dalam kemalangan tetapi Allah masih panjangkan umur kita, itu mungkin disebabkan hasil dari doa yang ditukar menjadi pelindung.'
Jika kita dapat lihat kapsul pelindung itu secara zahir, mungkin setiap detik bibir dan hati akan basah dengan doa.

Saturday, July 11, 2009

Syahid

Dalam cuaca yang dijangkakan terus panas hingga ke beberapa bulan lagi, kami di sini sedikit beruntung. Langit mendung, gelap dan sekali sekali disimbahi hujan. Menjadikan persekitaran panas diamankan.

Rupanya, langit mahu membawa perkhabaran. Tetapi kami lambat tahu.
Di sini, berita kematian Natrah lebih cepat tersebar.
Tetapi berita mengenai seorang wanita di bunuh di Dresdan German kerana mempertahankan kemuliaan hijab, langsung tidak mendapat liputan.
Beliau adalah Marwa el-Shirbini.
Ketika sarat mengandung anak kedua, dia ditikam sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di German.
Ketika ditikam, anak kecilnya yang berusia dua tahun ada di depan mata.

Suami yang terkejut mempertahankan isteri yang tewas di lantai. Kerana tersalah anggap si suami sebagai penyerang (alasan tipikal kerana suami berperawakan Arab), polis telah melepaskan tembakan dan mengakibatkan suami cedera parah. Ianya berlaku di dalam sebuah mahkamah! Baca di sini.

Marwa el Sherbini di bunuh kerana seorang lelaki Rusia benci dia kerana berhijab. Beliau dimaki dan dikeji kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Kerana taksub yang keterlaluan, 18 kali tikaman dikenakan ke atas tubuhnya yang mulia. Orang menggelarnya 'Headscarf Martyr'. Syahid Hijab.

Subhanallah. Kami mendengar kisahnya penuh takjub. Alangkah bagus jika kamilah yang berada di tempatnya. Ya Allah, tempatkannya di kalangan pejuang yang mengangkat senjata ikhlas syahid keranaMu.

Wednesday, July 08, 2009

PPSMI dalam Langit Permulaan

Fragmen dalam cerpen Langit Permulaan dalam Antologi Cerpen Istana Cinta Ayah.


'Kagum melihat dua rafik ini, aku menimbang-nimbang doktrin satu bangsa satu bahasa. Dalam kepelbagaian yang maha banyak, mampukah ia membentuk ideal yang disepakati semua. Aku kadang-kadang melihat doktrin satu ini sebagai suatu psikologi sempit yang tidak dapat memperlihatkan keindahan dunia dalam ciri kepelbagaiannya yang azali. Betapa indah pertembungan budaya yang membentuk sifat majmuk yang terhasil melalui pergaulan akar umbi, seperti Ab Johan dan Choon Kee......Melalui mereka, aku telah nampak bahasa telah menemui jalan pulangnya, sebagai alat perhubungan antara bangsa'.



Nota:

7 Mac 2009 - Bantahan massa terhadap PPSMI



Ya, itu sahaja. Bahasa seharusnya menjadi alat menghubungkan bangsa, bukan alat untuk menguasai. Pemaksaan pemakaian bahasa asing yang bukan bahasa ibunda di tempat-tempat yang tidak rasional adalah pelanggaran hak. Menguasai Bahasa Inggeris adalah baik, tetapi jika cara memupuknya gagal, rakyat majoriti rasa terbeban dan dilihat sebagai satu bentuk penjajahan budaya cara baru, ia perlu digugurkan.


Pengguguran Dasar PPSMI pada 2012!


Ermm

"Kamu percaya Tuhan kan, seperti mana Tuhan itu untuk kamu?".

Saya menjeling sepintas. Tidak mahu mengganggu bual. Jarang anak muda seperti mereka mahu berbicara soal ini, semasa keluar berhibur. Ketika sedang menunggu tren komuter di bangku menunggu, yang selalu mereka akan buat ialah dengan menekuni telefon bimbit, PSP atau iPod masing-masing.

"Ermm...", yang hendak menjawab hanya bergumam, seakan sedang rancak berfikir. Dia belum ada jawapan. Saya menatap terus netbook sambil telinga makin aktif mendengar.

"Ermm seperti, nanti dulu, kamu biasa naik LRT bukan ?"

Teman seorang lagi mengangguk. Mukanya sinis tidak percaya soalan itu yang keluar.

"Pernah lihat tali yang bergayut di rel besi di dalam LRT guna untuk membantu penumpang yang sedang berdiri?"

"Soalan apa ini? Takkan aku tidak pernah lihat, dah tentu kena guna selalu. LRT untuk waktu-waktu genting seperti berada di dalam tin sardin".

"Bayangkan kita bersesak-sesak berhimpit di depan pintu masuk. Waktu tu bahu kita menggalas beg sandang, tangan memegang barang dan tempat berpalang besi sudah pun dihuni orang. Pada waktu itu kita perlu bergantung pada daya imbangan diri. Kita lihat tali itu tergantung di situ, berharap tidak ada orang yang memegang. Tiba-tiba LRT berada di selekoh paling runcing, daya imbangan goyah dan pada masa itu..."

"Pada masa itu kau akan segera memegang tali penyangkut itu supaya tidak jatuh dan membuat orang lain marah".

"Betul. Tuhan seperti tali itu".

Yang seorang tadi pecah tawa.

"Kenapa ketawa?"

"Tidak pernah aku dengar orang menyamakan Tuhan dengan tali".

"Bukan, kau salah faham. Maksudnya, bila kau berada di tempat paling kritikal dan susah, kau ada tempat bergantung".

"Tapi kalau kau tidak susah, sudah tentu kau tidak akan ingat Tuhan kan?".

"Itu pun salah faham yang lain. Walau LRT lengang, tali itu tetap ada di situ. Waktu susah atau senang tetap ada".

"Tapi kenapa tali?"

"Sebab aku kena terangkan pada orang macam kau, yang selalu tidak mahu nampak walau dalam terang lagi nyata".




Ermm. Tali?







Berbeza tapi 1Tujuan

Dari tempat berbeza 1Tujuan,
Rehal (fondisi / foundation) : Kuantan Malaysia (seminar akademik)
Al Quran (manual hidup) : Makkah Al Mukaramah
Penanda buku (penanda) : Iran?
Tasbih tanah liat (untuk membilang dan mengulang) : Iraq
Yang melengkapkan hari kekal dalam hati

Monday, July 06, 2009

Owen


Michael Owen di Manchester, tanpa bayaran. What a twist.
The best of England now at Machester. Well...I don't know.
How about you?

Saturday, July 04, 2009

Michael Jackson: Satu Penghormatan

Ustaz Rashid (salah seorang Ustaz di tempat saya) memberi komen lewat berita pengIslaman Michael Jackson awal tahun ini,
“Kadang-kadang tidak perlu tahu sangat bagaimana mulanya, kerana yang lebih penting ialah bagaimana akhirnya kita”.
Ustaz Rashid dari jalur falsafah. Saya boleh faham kenapa dalam banyak sesi ceramah Ustaz Rashid mengambil pendekatan hikmah. Itulah yang ahli falsafah biasa lakukan. Intipati ceramah Ustaz yang itu, saya setuju sepenuhnya.


Kenapa Michael Jackson boleh menjadi sebahagian dari cerita Ustaz ketika berceramah dalam siri Rabbi Dzidni I’lman? I’lman sangatkah Michael Jackson ini? Samada ia mempunyai nilai ilmu atau tidak, bagi saya Michael adalah ikon popular, yang sangat popular yang tidak boleh ditolak meski yang berbicara seorang Ustaz atau akademia sekalipun.

Saya lambat terkesan dengan berita-berita besar, sebagai contoh berita pemergian Michael. Meski berita besar yang melibatkan diri sendiri pun lambat merasa tempias pedih dan peritnya. Dan cerita Michael kembali ke alam barzakh Jumaat lalu, hari ini baru saya kesani kehilangannya.

Ya, abang-abang saya membesar dengan Michael, kerana itu saya juga turut membesar dalam lingkungan popular yang saudara saya import ke rumah. Kenali dia bermula dari Billy Jean dan Beat It!. Kemudian Thriller yang menjulang Michael di puncak dunia. Siri karyanya yang lain, Bad, Dangerous, Heal the World, Black and White, We Are the World, Earth Song dan banyak lagi. Dia telah merubah landskap muzik dunia, menjadikan set muzik (arrangement) dan persembahan pentas satu standard yang tidak akan dicapai oleh orang lain.

Sebutkan siapa artis popular dunia yang dapat menyamai Michael Jackson. Britney Spears tidak mampu. Rihanna, Jay Z, Eminem? Senaraikan artis band dunia yang menjadi kegilaan remaja, Linkin Park (walau sudah suam-suam kuku), My Chemical Romance, Justin Timberlake, Simple Plan, Green Day, Cold Play, Jason Mraz, Maroon 5, Hoobanstank apa sahaja. Mereka tidak mampu mencapai separuh dari kemasyhuran Michael Jackson.

Antara muzik dan lirik yang dibawa Michael adalah universal dan selalu menyentuh. Persembahan tentang peperangan, tentang kelaparan separuh masyarakat dunia, tentang ketidaksamaan layanan atas alasan berbeza warna kulit, kemusnahan alam sekitar, ia adalah ideal universal yang diterima sejagat. Ini ditambah dengan video klip yang mengiringi lagu-lagu Michael menjadi satu standard baru untuk semua pembikin klip video (MTV).


Dalam perbualan yang lain, ada yang beranggapan bahawa fenomena yang dibawa Michael, menyamai The Beetle dan Cat Steven. Saya tidak hidup di zaman Beetle dan Cat Steven, tetapi melalui cerita-cerita, apa yang dikecapi Michael sambutan di seluruh dunia adalah seperti itu. Begitu, dan saya percaya. Kerana itu apabila Cat Steven menukar namanya ke Yusuf Islam, ia adalah tamparan hebat kepada dunia. Islam telah disebarkan lebih meluas di bumi Eropah. Kini deretan pemain bolasepak terkemuka dunia turut berada di dalam kem yang sama dengan Yusuf Islam. Anelka sebagai contoh.

Kini Michael menukar namanya menjadi Mikaeel. Saya mereka teori konspirasi. Kematian Michael adalah misteri kerana didapati ubat yang dikawal selia dengan ketat yang hanya didapati di hospital banyak ada di kediaman Mikaeel. Ajalnya memang sudah tentu sampai hukum, tetapi adakah ia bebas dari perancangan orang yang dengki?

Saya bersyukur, akhirnya berita menyiarkan Mikaeel berhasrat untuk dikebumikan cara Islam. Seminggu desas-desus tersebar luas di dunia mempertikai agama Mikaeel meski saya yakin dia Islam, tetapi tidak untuk kebanyakkan orang. Saya berdoa untuk Mikaeel, ya saya berdoa untuknya walau apa sahaja misteri dan keanehan yang telah mewarnai hidupnya. Bukankah,
“Kadang-kadang tidak perlu tahu sangat bagaimana mulanya, kerana yang lebih penting ialah bagaimana akhirnya kita”.

Lama sebelum berita Michael kembali kepada Islam dipenghujung 2008 yang lalu, telah pun keluar desas desus yang sama. Pada waktu itu lagu-lagu yang berkumandang Our World, Mountain of Makkah, Allah Know’s (duet bersama Dawud Warnsby Ali-dikatakan antara orang yang menjadi saksi keIslaman Mikaeel) dikatakan dinyanyikan oleh Michael. Padahal itu adalah suara Zain Bikha yang bernaung di bawah label Jamal Record (milik Yusuf Islam). Zain Bikha mempunyai ton suara yang sama dengan Michael. Dan jika sekarang kita dengarkan nasyid-nasyid Zain Bikha memang ada iras. Tidak hairan kalau orang tersilap. Saya berpendapat di situlah mulanya doa dunia kepada Michael. Doa agar orang semahsyur dan popular seperti Michael mendapat hidayah kemudian kembali kepada fitrah. Popular Michael tidak satupun di punyai oleh mana-mana orang Islam di seluruh dunia, apa akan jadi jika benar Michael memeluk Islam? Bukankah itu satu tamparan kepada puak kapitalis dan materialis?

Kenapa dulu mereka mengagungkan Michael?

Saya sendiri berkonspirasi. Ini adalah kerja tangan segala isme yang ingin memisahkan manusia dari memikirkan apakah sebenarnya hakikat kehidupan. Kerana itu mereka perlu wujudkan satu ikon popular yang diterima seluruh dunia. Ikon itu akan mempamirkan keseronokkan yang ultimat dari kehidupan dunia. Mewah, kaya, popular, berpengaruh dan bejat nilai. Ia akan menjadi kiblat manusia lain, dari segi bagaimana dunia ini perlu dipandang dan diwarisi. Mereka memilih Michael. Kerana itu mereka memobilasi kekuatan media untuk mengangkat Michael sebagai ikon popular. Dan popular Michael bukan hanya berpijak di US, ia disebar luaskan ke seluruh dunia. Untuk setiap yang hidup dan bernafas melihat Michael sebagai simbol kejayaan dan hidup.

Saya katakan pada rakan, di akhir zaman ini Dajjal (D) dan konco-konconya tidak akan berada di atas muka bumi untuk menyesatkan orang Islam sahaja. Mereka, D dan konco-konco akan berusaha untuk menyesatkan sekalian yang bernafas di muka bumi. Itu mahu mereka. Kerana itu saya menjumpai hadith maksud (lebih kurang), ‘untuk setiap 1000 orang di akhir zaman, hanya seorang yang kekal beriman’ (mohon dibetulkan kalau salah).

Saya geram betul. Kerana D dan rakan-rakan telah menjadikan dunia ini secara umumnya bermata satu. Hanya dapat melihat yang terbentang fizikal, tetapi tidak memahami apa tujuan sebenar kehidupan seperti yang diwarisi melalui kitab-kitab wahyu. Disinilah peranan konco-konco D yang bersifat mengong yang mengeluarkan falsafah mengong (melalui Freud, Voltaire, Descartes, Locke). Newton yang diagungkan sebagai pelopor sains juga saya kategorikan sebagai mengong. Kerana mereka inilah yang membawa faham kebenaran hanya terhad pada yang boleh diuji dengan rasional melalui kaedah matematik dan saintifik. Dan yang lebih mengong keluar dari Voltair yang membuat kesimpulan semua agama wahyu was nothing but absurd imposition upon the ignorant.

Tetapi, mungkin, pemergian Mikaeel mengandungi hikmah yang banyak. Dunia telah tahu bahawa memang benar Michael Islam dan dia mewasiatkan supaya dikebumikan dengan cara fitrah. Dari tanah kita datang dari tanah kita dikembalikan. Dengan penemuan wasiat terakhir Mikaeel, seluruh media telah pun menutup pintu dari melaporkan berita Michael sebagai berita utama. Hairan bukan? Apa yang boleh dibuat oleh orang yang telah mati?

Media yang dulu menatang Michael bagai minyak yang penuh, kalau boleh mahu mencampakkannya ke api. Agar terbakar semuanya hingga tidak ada lagi boleh dibakar. Agar orang tidak bertanya lagi tentang agamanya, kenapa dia mahu masuk Islam, apa lebihnya Islam dan lagi dan lagi dan lagi.

Ya sedih, saya sedih. Ya saya mensedekahkan padanya Al Fatihah. Kata Ustaz,

“Kadang-kadang tidak perlu tahu sangat bagaimana mulanya, kerana yang lebih penting ialah bagaimana akhirnya kita”.

Hari ini, saya percaya Mikaeel menjumpai jalan terbaik di penghujung cerita hidupnya. InsyaAllah. Who are we to judge? Saya berdoa yang baik-baik, moga berita Mikaeel yang disahkan keIslamannya tersebar keseluruh dunia, seperti mana kemasyhurannya dulu. Dan ia akan memberi impak yang baik kepada sejagat. InsyaAllah, insyaAllah.

Thursday, July 02, 2009

Jungkar Balik

Percaya tidak, dunia perlu datang ke Malaysia untuk belajar mengenai peradaban awal manusia.
Percaya tidak, di Lenggong yang telah dijadikan sebagai kawasan Warisan Negara menyimpan cerita awal mengenai manusia.
Teori manusia pertama hidup di Afrika lebih 1.7 juta tahun lalu telah dijungkar balik dengan perjumpaan arkeologi di Lenggong yang menjumpai tinggalan berusia 1.83 juta tahun!
Smithsonian juga terhegeh-hegeh untuk berada sama di bumi Lenggong. Berusaha untuk menguis tanah Malaysia bersama pengkaji kita yang sudah berpenat lelah, kemudian mahu mengisytiharkan mereka secara bersama telah menjumpai khazanah dunia, menjumpai perabadan manusia pertama. Sungguh murahan Smithsonian ini.
Ya, teori manusia pertama perlu diubah, landskap sejarah manusia perlu dirombak total!
Akhirnya cerita benar dari sarjana tersohor dari USM ini yang saya catat, ingat dalam cepu fikiran, rasa bangga dalam diri dipadang sedikit sinis oleh adik.
“I will not buy your story”.
“Why? Why not”.
“If the theory is so true, what is the position of Nabi Adam as the first man then?”
Ewah, ewah, sejak bila pula adik saya ini begitu fasih Bahasa Inggerisnya. Ewah, ewah juga, nampaknya dia sedang mencabar. Sedikit tergugah, saya melontar soalan semula tidak mahu kalah.
“Did you know the Earth has been existed approximately 4.6 billion years ago? During the stretch of time they must be being resided on Earth before Adam, if we can call the being as human. We found the traces and evidences. We even found the skeletons and have been proven by using carbon back dating”. Kenapa saya berbahasa PPSMI pula?
“The word ‘Sentience’, we called it ‘sentience’ meaning that artificial intelligent not human”.
“Yelah, yelah. Apa ke menatangnya, sentience?”.
“Yeah, so do you want to tell me the sentience you found in Lenggong is the first human? Do you have any dalil naqli to support this?”
Gulp. Apa hendak jawab?

air dalam cawan

aku adalah air dalam cawan
menyuguh haus menjadi aman
segar dengan harapan
meski tiada menghargai hadir

tetapi Imam yang mengajarkan kenal akan diriku berbisik

“Kau boleh sahaja menjelmakan kehidupan
Kau juga boleh jadi marak membakar yang memusnah”

‘lantas aku lebih baik sebagai apa?’

“kekal dalam cawan, kelak kau akan tahu siapa yang membentuk dirimu
jangan memisahkan dirimu dengan dirimu
kamu adalah satu
itu yang membentuk adi ke’aku’an

jangan mengharap keluar dari cawan
percaya akhir nanti
kamu tetap akan menjadi penghilang dahaga
sang setia”

berdoa tulus
agar Imam yang berbisik dalam tidur
mengajarkan tentang hikmah
mengirimkan harapanku dalam talam emas.