Tuesday, September 29, 2009

ada apa dengan...

Apa persamaan bila disebut nama-nama berikut: David Beckham, Eric Canona, Christiano Ronaldo, Raul Gonzalez, Luis Figo, David Shevchenko dan Frank Ribery.

Bola? Benar. Ada lagi.

Mereka ialah pemegang nombor 7 untuk jersi di zaman kegemilangan masing-masing. Apa ada pada nombor? Kalau tidak ada apa-apa dengan nombor, mengapa hanya mereka yang mempunyai bakat paling menakjubkan di kelab dan pasukan kebangsaan diberi keistimewaan menyarung jersi dengan nombor yang bertuah seperti 7 dan 10.

Tidak percaya?

Mengapa dan mengapa Beckham yang sinarnya sudah suam-suam kuku dan kemudian berpindah ke Real Madrid tidak lagi diberi keistimewaan memakai nombor 7 sebaliknya nombor 23. Setelah memakai nombor 23, beliau (Beckham) sudah tidak begitu istimewa lagi.

Ada apa dengan nombor?

Monday, September 21, 2009

Eidulfitri 1430H - Graduan Madrasah Ramadhan

Salam Eidulfitri buat semua, kullu am wa antum bikhair.
Maaf zahir dan batin.
Hari raya ini adalah pagi yang bernostalgia. Di beri peluang dan rezeki oleh Allah swt untuk meraikan dengan takbir dan solat hari raya. Nostalgia kerana dapat bersolat di masjid kota saya dan bersolat di tingkat dua. Sudah lama saya tidak berada di ruangan itu, kali terakhir mungkin banyak tahun dulu. Saya tidak ingat.
Kata Imam dalam khutbahnya, hari ini perlu diingat seperti setangkai bunga yang luruh. Ramadhan adalah kuntuman bunga yang luruh. Tetapi luruhnya bunga bukan bermakna kesedihan, kerana selepas itu akan muncul putik dan akhirnya putik akan berbuah untuk dinikmati.
Ramadhan seperti itu. Bunga yang luruh dari kuntumnya. Syawal dan bulan-bulan seterusnya adalah musin pangan, musim menuai. Samada kita bersungguh menanam di bulan Ramadhan, refleksi akan kelihatan di bulan-bulan lain.
Kali ini khutbah dibacakan dengan teks yang bermakna. Moga masjid akan terus berperanan mendidik masyarakat, seperti itulah juga doa Imam. "Ya Allah jadikan penduduk Negeri Selangor, penduduk yang berilmu dan berpengetahuan." Amin.
Di syawal kedua, saya melayari internet, kemudian ditemukan dengan artikel oleh Hero Pembaling Kasut (ke muka George W Bush). Kita mungkin menang menunduk hawa nafsu (insyaAllah) maka kita juga boleh menang untuk melawan musuh Allah.

Why I Threw the Shoe

I am no hero. I just acted as an Iraqi who witnessed the pain and bloodshed of too many innocents

By Muntazer al-Zaidi

September 19, 2009 "The Guardian" -- I am free. But my country is still a prisoner of war. There has been a lot of talk about the action and about the person who took it, and about the hero and the heroic act, and the symbol and the symbolic act. But, simply, I answer: what compelled me to act is the injustice that befell my people, and how the occupation wanted to humiliate my homeland by putting it under its boot.
Over recent years, more than a million martyrs have fallen by the bullets of the occupation and Iraq is now filled with more than five million orphans, a million widows and hundreds of thousands of maimed. Many millions are homeless inside and outside the country.

We used to be a nation in which the Arab would share with the Turkman and the Kurd and the Assyrian and the Sabean and the Yazid his daily bread. And the Shia would pray with the Sunni in one line. And the Muslim would celebrate with the Christian the birthday of Christ. This despite the fact that we shared hunger under sanctions for more than a decade.

Our patience and our solidarity did not make us forget the oppression. But the invasion divided brother from brother, neighbour from neighbour. It turned our homes into funeral tents.

I am not a hero. But I have a point of view. I have a stance. It humiliated me to see my country humiliated; and to see my Baghdad burned, my people killed. Thousands of tragic pictures remained in my head, pushing me towards the path of confrontation. The scandal of Abu Ghraib. The massacre of Falluja, Najaf, Haditha, Sadr City, Basra, Diyala, Mosul, Tal Afar, and every inch of our wounded land. I travelled through my burning land and saw with my own eyes the pain of the victims, and heard with my own ears the screams of the orphans and the bereaved. And a feeling of shame haunted me like an ugly name because I was powerless.

As soon as I finished my professional duties in reporting the daily tragedies, while I washed away the remains of the debris of the ruined Iraqi houses, or the blood that stained my clothes, I would clench my teeth and make a pledge to our victims, a pledge of vengeance.

The opportunity came, and I took it.

I took it out of loyalty to every drop of innocent blood that has been shed through the occupation or because of it, every scream of a bereaved mother, every moan of an orphan, the sorrow of a rape victim, the teardrop of an orphan.

I say to those who reproach me: do you know how many broken homes that shoe which I threw had entered? How many times it had trodden over the blood of innocent victims? Maybe that shoe was the appropriate response when all values were violated.

When I threw the shoe in the face of the criminal, George Bush, I wanted to express my rejection of his lies, his occupation of my country, my rejection of his killing my people. My rejection of his plundering the wealth of my country, and destroying its infrastructure. And casting out its sons into a diaspora.

If I have wronged journalism without intention, because of the professional embarrassment I caused the establishment, I apologise. All that I meant to do was express with a living conscience the feelings of a citizen who sees his homeland desecrated every day. The professionalism mourned by some under the auspices of the occupation should not have a voice louder than the voice of patriotism. And if patriotism needs to speak out, then professionalism should be allied with it.

I didn't do this so my name would enter history or for material gains. All I wanted was to defend my country.

sumber di sini

Friday, September 18, 2009

Hari ini, hari Al Quds - saksikan



kredit kepada bujang susah

Kepala (bukan kepala lembu!)

Satu
Kisah berlaku bertahun-tahun dahulu. Ketika itu kami masih belajar. Duduk di rumah sewa (apartment) di tingkat 4, tingkat paling tinggi. Bila duduk di balkoni depan, kami boleh memerhati jiran-jiran di bawah. Terutama jiran tingkat dua yang mempunyai dua orang anak yang comel. Anak yang besar kami sudah tidak ingat namanya, yang kecil sekali Amir. Amir adalah anak yang lincah, berusia lingkungan 3-4 tahun seharusnya dia anak yang sedang galak menakal. Selalu kami duduk sahaja di balkoni memanggil-manggil namanya. Dia melayan sahaja dan tersenyum. Waktu itu apartment dilengkapi dengan dua pintu. Paling hadapan gril besi kotak-kotak segiempat. Dan untuk masuk pintu kayu. Amir paling suka bergayutan di gril besi. Dipijak gril kemudian dihayunkan seolah-olah sedang bermain buaian. Begitulah dia setiap hari. Sehinggalah satu hari, dia telah cuba memasukkan kepalanya ke petak segiempat gril besi tersebut. Malangnya kepala Amir tersangkut tidak boleh keluar. Bila keadaan itu berlaku, kamu boleh lihat dengan jelas dari tingkat kami keadaan Amir yang sedang panik. Hati kami berderau melihat Amir menangis tidak berhenti sambil terjerit-jerit meminta ibunya tolong. Sehinggalah Ayah Amir pulang ke rumah cuba untuk mengeluarkan kepala Amir terlekat juga disitu. Amir terus menangis sepenuh hati. Air liurnya berjujuran ke lantai, tetapi kepalanya masih utuh di gril. Sehinggalah pihak bomba datang dengan satu trak bomba. Kehadiran bomba telah menarik minat ramai untuk datang dekat dan memerhati. Bila bomba datang, Amir jadi lagi tidak tentu arah. Tangisnya, tangis kanak-kanak kecil yang sangat ketakutan. Tidak tahu bagaimana Amir rasa, kami ingat itu mungkin hari paling menakutkan bagi dia. Bomba datang memujuk Amir untuk tenang. Amir tambah galak menangis. Bomba datang membawa pemotong besi untuk memotong besi. Kami lihat Amir menjerit putus harapan. Dipanggil Ayah dan Ibu kenapa membiarkan dia begitu, sambil bomba keliling dia. Ada bomba yang menenangkan Amir, ada bomba berusaha memotong besi. Bapa Amir yang panik, tetapi harus bertindak rasional memarahi Amir supaya bertenang. Kami melihat dengan sayu. Agaknya Amir fikir bomba akan memotong kepala dia, bukannya gril besi itu. Apalah yang boleh difikir oleh anak tiga tahun, kerana itu dia menagis terkekar sebegitu rupa sehingga hilang suara. Jiran-jiran di blok lain sudah pun berhimpun di blok kami sambil memandang peristiwa itu penuh minat. Akhirnya proses menyelamat berjaya. Amir dipeluk ibu dan ayah. Kemudian didukung bomba. Akhirnya bomba membawa Amir turun ke bawah menaiki kereta bomba menghiburkan hatinya yang trauma dalan insiden tidak terduga itu.

Dua
Tadi kami ke pusat membeli belah, membeli belah saat akhir untuk keperluan raya. Sebetulnya keperluan untuk rumah untuk urusan memudahkan lagi proses kemas-mengemas, masak memasak. Setelah selesai, kami mencari keperluan diri pula. Kami bergerak dari satu kedai ke kedai lain. Tiba-tiba ada jeritan histeris di kawasan travelator yang sangat mengejutkan. Mendengar sahaja hati bergoncang bagai tiada haluan. Sangka kami, takut-takut ada orang amuk di dalam shopping complex. Zaman ini apa-apa boleh jadi. Dalam berkira-kira tidak tahu buat apa, sedang ramai orang telah berlari ke arah travelator untuk melihat apakah yang berlaku saya mempercepatkan langkah untuk ke sana juga. Dalam hati debar menjadi makin kuat bila berpapasan dengan orang dia menyebut ‘kepala, kepala tersepit’ dengan muka cemas. Kami dalam takut-takut, dalam cepu berfikir adakah kepala sudah tersepit dan mengakibatkan peristiwa yang sangat menakutkan berlaku di shopping complex. Kami membayangkan ada kes berlumuran darah di saat akhir persediaan menyambut lebaran. Kami kemudian sampai juga ke tempat kejadian memerhatikan travelator tetapi tiada apa yang berlaku. Seorang lelaki yang dari arah bawah travelator ke tingkat kami sedang berdiri memberi tahu khalayak, ada budak merapatkan kepalanya ke dinding sedang dia menaiki travelator yang sedang bergerak. Bila tiba satu tempat, keadaan jadi sempit dan mengakibatkan kepala tersepit di situ. Kami berkira, mungkin saat itu mereka yang memerhatikan kejadian menjerit bagai histeria yang menakutkan siapa sahaja yang mendengar. Saya memandang atas bawah, sudah tidak ada. Barangkali budak itu sudah diselamatkan, Alhamdulillah. Saya kemudian teruskan membeli. Bila sudah dapat memilih barang yang berkenan di hati saya ingin membayar jumlah wang, pekedai sedang menangis tidak henti. Saya jadi takut hendak membayar. Pembeli lain menenangkannya. Sedang dia terus-terusan menangis. Rupanya dia menangisi kejadian ngeri budak tersepit kepada di travelator. Mungkin dia saksi yang paling dekat dengan kepala mangsa pada waktu kejadian (kedai beliau terletak disebelah travelator). Saya di kedai sebelah dalam setengah jam, pekedai masih lagi menangis tidak bersisa.

Tiga

Nota: Dua-dua kejadian menggetarkan hati kami disudut paling dalam. Kedua-duanya sehingga dapat menggigilkan tubuh badan kerana seram dan ngeri. Kedua-dua kejadian meninggalkan kesan trauma yang bukan sedikit. Buktinya kisah pertama masih lagi segar diingatan dan boleh diputar seperti pemain DVD. Jelas.
Kami membayangkan, bagaimana agaknya perasaan Nabi Ibrahim bila membaringkan kepala satu-satunya anak yang baru diperolehi setelah bertahun-tahun kahwin, zuriat tunggalnya di atas batu demi untuk menyebelih anak itu kerana ikhlas dirinya berkorban pada Allah atas arahannya. Bagaimana ya?
Kalau berlaku di depan mata tentu histeris tidak mampu diucap.
Bezanya, Ismail tidak meronta memanggil nama ayah dan ibu untuk diselamatkan.
Hajar rela sepenuh jiwa.
Ibrahim tidak gugah iman untuk tidak melaksanakan tuntutan.
Penyerahan mereka ditingkatan paling tinggi tidak mampu difahami fikiran kami yang rendah ilmu.
Dalam ayat di dalam surah Al Kahfi menyebut: Segala apa yang ada dalam dunia adalah zinaat (perhiasan) untuk menguji kamu siapakah yang paling baik amalannya.
Harta kamu dimanakah kamu gunakan untuk dinilai sebagai baik amalan di akhir nanti? Anak dan isteri kamu bagaimanakah mereka di bawah amanah dan pemeliharaan kamu untuk dinilai sebagai amalan baik di akhir kelak?
Nabi Ibrahim as Al Khalil dan keluarga telah menunjukkan jalan bagaimanakah perhiasan itu harus diselenggarakan. Al Khalil adalah dikalangan hamba-hambaNya yang terbaik. Kerana itu namanya dan keluarganya diabdi dalam solat lima waktu sehari semalam. Kerana Ibrahim adalah Imam terpilih. Sama seperti Rasulullah dan keluarganya diabdi dalam selawat tahiyat awal dan akhir dalam solat lima waktu sehari semalam. Kerana Rasulullah adalah warisan Ibrahim, tergolong dalam keluarga Ibrahim melalui jalur sang korban Nabi Ismail, kerana itu Rasulullah juga diangkat Allah dengan tingkatan sebagai Imam, seperti mana yang didoakan oleh Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim pemilik tanah suci Al Quds. Siapakah yang akan menjadi pewaris yang akan memulangkan tanahnya pada Imam? Menjelang hari Al Quds, sudahkah kamu bersolat pada Nabi?
Allahumma solli ala Muhammad wa ala a'li Muhammad
Kama sollai ta a'la Ibrahim wa a'la ali Ibrahim

Wednesday, September 16, 2009

Menjelang Al Quds Hati Kamu di mana?

Al Quds, ia adalah hari sambutan pada hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. Tujuannya untuk kita mengembalikan fokus ke Al Quds – Palestin – Jurusalem – Masjid Al Aqsa.
Menjelang hari itu, hati kamu di mana?
Al Aqsa, ia adalah tanah yang dijanjikan kepada Imam. Imam yang bukan sahaja kepada umat Islam tetapi kepada seluruh umat manusia (Al Baqarah:124). Imam itu Imam yang dilantik sendiri oleh Allah iaitu Khalilullah Ibrahim as. Imam Ibrahim adalah imam sejagat, kerana itu Al Quds adalah tanah sejagat. Hati yang punya ingatan pada Tuhan akan mempunyai rasa rindu, pada tanah itu yang penuh sejarah dengan rindu yang melubuk dan mendasar. Untuk satu tujuan. Pembebasan dan memerdekakan ia dari segala bentuk perbuatan cemar dan keji. Agar ia tanah yang diberkati (Al-Anbiyah:71) dikembalikan ke tempatnya, sebagai tanah petunjuk pemisah antara hak dan batil untuk manusia universal.

Imam Al Khalil Ibrahim as, sudah puas mengalami segala dugaan untuk menunjukkan kita jalan, apakah dia kebenaran, hak, dan kehambaan. Puas sudah Baginda dibuang, dipulau, dibakar, dihina, diuji ketingkatan tertinggi untuk menyatakan pada umat mendatang iman itu seperti apakah ia? Namun, kita seolah-olah tidak pernah peduli pengorbanan ini.
Allah memilih Al Quds sebagai tanah yang diberkati (Holy Land). Bila Allah memilih, Al Quds sebagai tanah suci ia bukan sekadar berperan sebagai simbol agama. Ia adalah sebagai kertas litmus untuk menunjukkan tentang Hak, tentang kebenaran.
Kritian menunggu di Al Quds untuk Hak tertegak dari agamanya. Yahudi menunggu di Jurusalem untuk Hak tertegak dari agamanya. Dan Islam pemegang panji kepada kebenaran Hak ini, memalingkan muka dari melindungi dan mengembalikan maruah, sedangkan janji Tuhan untuk memenangkan hak dari batil itu benar. Tetapi umat Islam bertindak seolah-olah tidak menaruh percaya pada jaminan Allah.

Allah menjalankan hambaNya di malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa bukanlah satu perjalanan untuk mengungkapkan mukjizat kenabian sahaja. (Bani Israil:1). Ia adalah pemberitahuan secara simbolisme agama kepada umat akhir zaman, tetang takdir yang tertulis di tanah itu. Dari Al Aqsa, hambaNya di angkat ke langit ke sidratul muntaha bukan satu cerita untuk kita mengkagum-kagum magis kenabian semata. Ia adalah jambatan untuk kita faham, untuk kembali pada Tuhan dalam redhaNya yang mutlak - pintunya ada di langit Al Aqsa.

Takdir Al Aqsa begitu, dan dia sedang menunggu Imam/Pemimpin yang akan membebaskan dari durja manusia bejat bersama golongan yang sanggup mati syahid untuk kemerdekaannya.
Menjelang Al Quds, hati kamu seharusnya mempunyai kecintaan pada Al Quds, sama besar kecintaan kamu pada Makkah dan Madinah. Jihad untuk membebaskan tanah suci dari penjajahan Israel adalah jihad yang paling dicintai sepenuh hati.

“Abu Hurairah reported that the Prophet said: Black banners shall emerge from Khorasan and no force will be able to stop them until they are inserted in Aelia (Jurusalem)” (Suna Tirmidhi).


Menjelang Al Quds, kamu seharusnya mempunyai kesanggupan untuk menyerahkan segala, harta, tenaga, kepada Negara Muslim yang bertekad untuk pembebasannya.

“Narrated Maimunah ibn Sa’ad: I said: Apostle of Allah, tell us the legal injuction about Bait Al Muqaddis. The Apostle of Allah said: Go and pray there. But all the cities at that time were affected by war. (So he added) If you cannot visit it and pray there, then send some oil to be used in the lamps (i.e. send support) (Sunan Abu Dawud).

Menjelang Al Quds, hari ini berjanji, untuk mencurahkan tenaga dan masa untuk belajar mesej dan pertunjuk dari Al Quran bagi memahami takdir Baitul Muqaddis dan bertekadlah untuk menyampaikan dan mengajarkan pada yang lain.

Menjelang Al Quds, hati kamu di mana?

Monday, September 14, 2009

Rezeki itu Allah yang beri

Anak : Apa, takkanlah buka puasa hari ini nasi goreng dan sambal telur aja.
Ibu : Eish kamu ni, itu rezeki yang Allah beri bersyukurlah.
Anak : Rezeki Allah yang beri ya mak.
Ibu : Ya, sebab itu sebelum makan adalah kewajiban dan kesantunan kita sebagai hamba membaca doa atas nikmat pemberian. Tanda syukur.
Anak : Betul ke rezeki itu Allah yang beri?
Ibu : Ish, kamu ini tidak faham-faham lagi. Ya, betul, noktah.
Si anak pergi mengambil wuduk dan kembali ke bilik.
Anak : Ya Allah, Engkaulah Sang Pemberi Rezeki. Kurniakanlah kami rezeki. Bayangkan kami kalau hanya dapat makan nasi goreng dan sambal telur ibu yang belum tentu sedap, selalu sahaja ibu kami masak terlebih garam. Maka itu Ya Allah, hambaMu memohon dalam kemuliaan Ramadhan agar Engkau mengasihi kami dan mengurniakan makanan tambahan.
Jiran : Assalamualaikum Cik Yah, Cik Yah.
Ibu : Waalaikumussalam. Masuklah.
Jiran : Tak payah susah-susah. Saja nak menghulur. Ini ada bihun goreng, bubur kacang, kuih tat baru keluar dari oven lagi dan limau. Makanlah ye.
Ibu : Terima kasih, semoga murah rezeki dan digandakan pahala berlipat kali ganda.
Anak keluar dari bilik terkejut melihat hidangan lazat yang banyak tersedia di atas meja.
Anak : Mak, mak, betullah rezeki itu Allah yang beri.

Ibu memandang anak tidak faham.

Tuesday, September 08, 2009

Pilih

Memilih adalah satu perbuatan mencari yang terbaik, yang cocok, sempurna, unggul.
Bandingkan ini.
Tuhan menciptakan bumi ini dengan kitaran dan pusingan untuk menjamin keharmonian.
Kejadian bumi kompleks, tetapi dengan kecanggihan akal, manusia diizin Allah boleh memahaminya.
Tuhan menciptakan dunia ini dengan kitaran 12 yang diulang-ulang, sejak manusia mampu mencerap dan memahami.
Kitaran untuk penentuan masa (bulan), yang berpandukan matahari, 12.
Kitaran untuk penentuan masa (bulan), merujuk bulan juga 12.
12 bulan, dan Allah memilih satu bulan. Itu adalah Ramadhan.
Dalam satu bulan, ada 28, 29, 30 dan 31 hari. Dalam satu tahun, ada 365 atau 366 hari.
Allah memilih satu. Satu itu diriwayatkan ramai pada 19/21/23 Ramadhan.
Dalam satu hari ada Subuh, Dhuha, tengahari, petang dan malam.
Allah memilih, malam. Malam itu adalah Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Allah memilih dalam 12 bulan, satu. Ramadhan. Allah memilih 1 hari dalam 365 hari. Dan memilih satu fasa dalam perjalanan hari, iaitu malam hari yang dinamakan The Night of Power, untuk…
Untuk di turunkan Al Quran Al Kareem.
Ada empat kitab yang wajib diimani. Dan Allah memilih satu, Al Quran sebagai tsaqal (bekal) terbesar dan terberat untuk ummat sehingga hari kiamat.
Dalam kitaran bumi sejak mengenal Nabi Adam, Allah mengutus puluhan ribu Nabi dan Rasul. Sebagai penyampai mesej Ilahiyyah. Pesanan langit supaya manusia mengenal hubungan horizontal dan akhirnya memahami tujuan akhir hubungan vertikal. Hubungan samawwat.
Dalam puluhan ribu, Allah memilih 25 sebagai rasul dan Nabi yang perlu dikenal. Allah memilih 5 sebagai Nabi dan Rasul Ulul Azmi. Dan Allah memilih satu.
Satu, Muhammad sallahu alaihi wassalam.
Allah memilih Rasulullah untuk menerima pesanan paling Akbar sejak diciptakan dunia dan seluruh isinya iaitu Al Quran Al Kareem di satu malam yang dipilihNya, Lailatul Qadar.
Allah memilih bulan, hari, malam, kitab dan penerima.
Tidakkah kita berbangga, berada di bulanNya, ditangan KitabNya, memperakukan NabiNya, dan nanti, InsyaAllah untuk turut berada bersama-sama di malamNya?
Ini adalah bulan meraikan Mukjizat terbesar dunia (Al Quran) pernah diterima umat manusia sejak penciptaan bumi, galaksi dan seluruh isinya.
dan...
Allah juga telah memilih the Guardian untuk Al Quran.
Mereka adalah golongan yang sangat penyantun dan terhormat.
Saya doakan kamu bertemu dengannya.
Insyaallah.

Thursday, September 03, 2009

Rokok - Don't Break My Heart

Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam produksi iklan amaran merokok terkini di TV.

Ia adalah iklan terbaik untuk menggambarkan rasa paling tepat bagi mereka yang dekat, rapat, akrab, bertalian darah dengan para perokok.

video

Saksikan iklan dengan kualiti lebih baik di sini.
Ya, mereka yang terpaksa berdepan dengan perokok tegar saban hari menahan rasa, seperti mana yang ditonjolkan oleh watak sang ibu seorang jururawat yang menahan rasa kesal. Kesal atas tegar sang anak yang tetap mahu merokok meski sang ibu terpaksa menyaksikan cerita pedih saban hari di depan mata akibat dari merokok. Kanser paru-paru, kanser mulut, gangrean dan lain-lain penyakit merbahaya.
Benar kata sang ibu, ‘Don’t break my heart.’
Itulah yang kami rasa, menahan rasa, menahan kerisauan dan kebimbangan, berdoa saban hari, agar mereka segera berhenti. Agar Allah menghindari dari penyakit merbahaya dan dari marabahaya. Itu doa kami.
Adakah anda tahu, kami menyayangi dan mencintai kalian sepenuhnya. Kerana itu kami mendoakan yang terbaik, di bulan baik, di hari baik, agar anda yang kami sayangi sepenuh hati mahu meninggalkan rokok yang lebih banyak mendatangkan buruk dari baiknya. Buruk pada diri, keluarga ummah dan negara.
Saya hanya punya seorang cikgu. Yang saya sayangi sepenuh hati. Kerana dia telah membuka saya jalan percaya.
Cikgu saya mengajari saya tentang mawaddah. Tentang kasih dan sayang pada keluarga.
Tetapi meski begitu baik akhlak dalam setiap tingkah laku, dia masih tegar bertemankan rokok sebagai amalan rutin sepanjang hari, minggu dan tahun. Bertahun-tahun. Tidak pernah meninggalkannya meski saban hari dan tahun juga saya memohon agar dia mempertimbangkan untuk segera meninggalkan. Tapi sehingga sekarang, saya tidak tahu bila ia akan berlaku. Lalu saya berdoa, dengan membayangkan kerisauan Salman Al Farisi,
“Ya Allah peliharalah guruku dari bahaya penyakit. Jika tidak, kepada siapakah Kau akan menitipkanku untuk aku terus berada dalam taliMu?”
Saya juga berdoa, dengan doa yang sama. Untuk saudara-saudara saya. Untuk menjauhkan saya juga dari rokok dan musibah yang datang darinya.
Yang masih tidak tahu getar hati kami. Kerisauan kami. Hiba hati dan kebimbangan. Bila mereka mengambil satu batang rokok dari kotaknya, menyalakan dengan lighter, meletakkan ke bibir, menyedut dan menyemburkan asap mengapung di udara. Dan betapa hancurnya hati kami, bila ia dibuat dibelakang kami sorok-sorok hanya semata mahu menjaga hati, sedang kami tahu apa yang sedang mereka perbuat.
Ya hati kami hancur, tetapi kami tidak berputus harap.
Kami berdoa.
Kami tetap berdoa.

Tuesday, September 01, 2009

bagaimana mereka punya
hati yang redha
bila tidak tinggal apa
kecuali diri

kesepian mencengkam
menggigit ke lubuk rasa
Tuhan
tidak Kau kesani getar
yang mengadu

bila diberi
tidak mustahil diambil
kerana engkau hanyalah si peminjam
yang dikasihani

Rahim
Kareem
Azeem
Alim
Hakim
Matin
Rahman
Fatah
Ghaffar
Tawwab
Razzaq
Syahid

belaku lembutlah pada si abdi
mengaku salah pada kecurangan
di malam
pada ruang tidak mendengar
kecuali
esak tangisnya

di hujung
dia berkata
'Latif
Sami'
Mujib
perkenankanlah
doa-doa'