Posts

Showing posts from November, 2010

Ujian itu...

Kadang-kadang saya terfikir betapa tidak logik paparan drama dalam TV saban hari. Tentang tragedi dan kehidupan. Dinukilkan oleh pengarah dengan cara berlebih-lebihan, sadis dan menusuk. Tapi, sekarang saya tahu, kehidupan itu seperti itulah. Sebuah tragedi. Walau tragedi, ia penuh keindahan. Kerana tanpa ujian yang keras, tentang sakit hati dan kepahitan, bila yang manis tiba kita tidak akan tahu bagaimana menghargainya. Saya boleh menulis tentang sakit hati dan kepedihan. Saya boleh menulisnya secara berlebih-lebih. Tetapi yang nyata, yang merasalah yang menanggung. Yang hadir dalam sukma yang seni, jika dilihat orang seperti tiada apa-apa, tetapi ia lebih hakiki dari apa yang boleh dicapai indera. Ada, sangat dekat. Dalam tidak hilang. Ujian seperti itulah. Ia datang bukan untuk menggugah fizikal. Tetapi naluri. Dalam diri. Yang memberi nilai pada seorang manusia adalah roh. Kerana itulah sebenarnya kita. Ujian bila datang, ia adalah perhatian. Khusus. Dari tempat yang paling tinggi

Menyahut 2

ketika seluruh kepunyaan meraung penyesalan dan rasa bersalah keterlanjuran, jahil, ammarah Engkau dihadapan memeluk dengan kasih seperti nyaman dalam rahim ibu kerana di situ ada CINTA lalu Kau bisikkan ke telinga bangkitlah AKU tidak pernah rasa malu kerna kau hanyalah musafir yang tidak tahu semua sedang AKU, Maha Tahu air mata yang bergenang diangkat menjadi pahala sedang itu nasuha membasuh dosa KAU gandakan sebagai kebaikkan anugerah untuk sang musafir yang sudah menjumpai jalan pulang hari itu WAJAH yang dihadap, memandang seperti aku tidak pernah berdosa apa-apa.

Menyahut 1

menyahut ketika Kau memanggil dan rama-rama pun segera menghuni dalam perut tetamu jeda dalam esak tangis menjemput igau adalah langkah orang asing yang paling dirindu dalam sukma hilang segala melainkan kewujudan yang alpha yang omega ketika tidak mendengar laungan itu tiada pernah putus menjemput mereka yang punya telinga, jiwa, rasa punya Tuhan yang didambakan pengampunan, penerimaan, kekal abadi ditinggal semua sekalipun tidak mengapa perjanjian ini dibuat demi sumpah dan janji meski sampai mati jauh-jauh berduyun melangkah dalam rumpun sebuah panggilan dijawab difaham dengan makna rela berserah tanpa sekutu di situ langit yang dihadap hanya punya satu wajah dan kau pasti melihat Dia! Laibakallahumma labaik, labaika la syarika laka baik