Posts

Showing posts from September, 2014

Lelaki Untukku

Pagi ini ceria. Awan putih, langit biru. Angin bertiup tidak selalu, tetapi kadang-kadang datang. Tapi hati boleh sahaja disampuk hiba tiba-tiba, walau cuaca dan segalanya baik-baik. Terutamanya bila mengenang lelaki (baru) untukku, yang selalu sahaja terpaksa berjauhan, membuat aku rindu dan rasa tidak berdaya. Kasih sayang itu sangat indah dan selalu menghairankan. Untuk jatuh cinta kesekian kalinya, untuk lelaki (yang baru) adalah sesuatu yang di luar jangka.  Tetapi, siapa yang tidak akan jatuh kasih kepada senyumnya yang selalu naif tetapi dilakar khas untukku? Dia ditakdirkan seorang lelaki, yang aku harap akan selalu menjadi lelaki untuk perempuan sepertiku, dan juga perempuan-perempuan yang lain juga. Yang melindungi, yang menghormati, menyayangi, selalu berdoa agar tiada bahaya dan kesakitan yang akan tertimpa kepada makhluk yang mempunyai kekurangan tenaga dan kudrat, tidak kira perempuan, lelaki, tua, muda, sihat atau sakit. Hati yang selalu sempurna untuk melihat kesem

Risau tentang Pendidikan

Aku risau tentang pendidikan sekarang. Bila kertas UPSR bocor, yang mangsa itu anak-anak yang telah kita letakkan tekanan terhadap mereka. Musim ini, anak-anak buah saya, anak-anak kawan terkena tempias salah orang dewasa terhadap mereka. Kawan-kawan yang menjadi cikgu sekolah juga tidak ada jawapan. Kata mereka, "Benda dah jadi jelas sangat tersebar kat media sosial. Kalau KPM tak ambil tindakan, nampak sangat kita tidak peduli tentang kertas soalan bocor." Aku bimbang banyak benda. Budak-budak ini baru berumur 12 tahun. Untuk UPSR ni macam-macam tekanan mereka dah rasa. Ada yang berkampung kat sekolah dari jam 8 pagi sehingga 10 malam. Mereka diberikan latih tubi yang aku rasa kalau begitu lah gayanya, sangat bertubi-tubi. Alih-alih soalan bocor. Kena ambil peperiksaan semula. Antara adik-adik ini, sebelum UPSR kertas yang kena ambil sekali lagi tu, ada yang mengambil peperiksaan PSRA. Sekolah agama juga ada peperiksaan yang lebih kurang sama merit dengan UPSR

Aku Perempuan - 1

Perempuan, perkataannya sahaja ada nilai negatif pada telinga yang mendengar. Sejak dulu, cerita banyak memperihalkan unsur jahat dan pengaruh jahat yang boleh diberikan oleh seorang perempuan. Naratif ini tidak berlangsung kepada cerita rakyat sahaja, malah boleh dijumpai sejak awal melalui cerita-cerita agama. Perempuan adalah pemikat dan seducer (penggoda) yang licik. Pengaruhnya boleh menyebabkan lelaki jatuh dari kemuliaan 'syurga' ke kehinaan 'dunia'. Itu cerita yang ada dalam kepala, dalam masyarakat, dalam minda tidak sedar semua orang. Hal ini yang mempengaruhi setiap orang, baik dia lelaki mahupun dia seorang perempuan.  Perempuan, merasa dirinya dilingkari benda hitam sejak lahir. Perempuan, dengan tanda lahir yang tidak terlihat oleh kasad mata, tapi sangat terzahir dalam pemikiran semua manusia.  Aku, disebalik momokan ini tidak mahu percaya bahawa cerita yang begitu merendahkan perempuan itu benar. Kerana begitu ramai orang meriwayatka