Posts

Showing posts from March, 2015

Pulang Petang

Pulang petang. Kita pun seperti kambing masuk kandang. Memastikan lorong yang betul. Tunai, touch and go, smart tag? Lorong yang sesuai dengan status ekonomi kita. Sedangkan di hujung lorong kita tetap akan disembelih oleh algojo yang sama. Kapitalis yang mengira untung sepanjang tahun, tanpa mengira nasib orang biasa.
***************************************** Kitaran ini akan diwarisi oleh anak cucu masa hadapan, sekiranya tiada yang bertindak hari ini untuk mengubahnya.