Posts

Showing posts from January, 2016

Dia dan Aku

Dia memandang hujung bajuku yang di selotape . Tergunting ketika aku merapikan baju yang sudah berbulu-bulu. Entah dia jelek atau hairan, aku tidak tahu. Tapi dia kawan baik yang boleh sahaja aku jadi apa sahaja dan dia tidak akan menghakimi, apa pun dan kapan pun.  "Kau masih ingat Prof Harun?" tanyaku bernostalgik. "Arwah? Yang legend itu?" dia ingin kepastian. Aku angguk. Ya Profesor itu.  "Satu hari ketika berada di dewan kuliah, Prof. Harun sedang menyampaikan butiran penting untuk matapelajaran rekabentuk. Ketika dia mencari-cari sesuatu di kocek saku kameja, dia telah menggunakan tekanan yang agak kuat. Saku Prof. Harun koyak. Depan mata kami." Aku bercerita. Dia tidak ada sewaktu kejadian, kerana jarak umur kami beza. Dia junior setahun.  Dia mengangkat kening tidak percaya. "Ada orang gelak?" "Aku kira ada. Sebab ada suara di belakang. Tapi aku tidak tergamak untuk turut serta. Prof. Harun adalah salah seor