Posts

Showing posts from February, 2016

Bila Ahli Syurga Kembali

Image
Rata-rata kami mengenalinya dengan panggilan Abang. Abang dilahirkan istimewa, saya tidak pernah bertanya kelainan upaya Abang tapi dengan jelas Abang sewaktu kecil dilahirkan dengan down syndrome.
Ahad malam, Abang telah kembali kepada Pencipta. Dalam hati kami, tidak pernah syak bahawa tempat Abang di syurga, taman-taman yang Tuhan telah sediakan untuknya adalah tempat istirehat yang aman. Pergi Abang meninggalkan sedih banyak di hati kami, di usia Abang 40+ yang paling terkesan tentulah ibu yang melahirkannya.
Pagi ketika majlis siap disempurnakan sebelum di bawa ke tanah perkuburan, saudara mara terdekat diberi kesempatan untuk memberi kucupan terakhir. Mak Abang, Mak Ngah jelas sekali tidak berdaya. Tambahan, minggu yang lalu, kebanyakkan ahli keluarga dalam keadaan kurang sihat, demam yang tidak kebah-kebah dan kemudian diberitakan dengan pemergian Abang. 
Ibu mana yang sanggup melihat anaknya pergi? 
Ketika kami melihat Abang, tidak pernah ada ragu bahawa Abang berada di tempa…

Warna-warna

Ada rindu menerpa ketika menguis lembut tanah di pusara Ayah, di atas bukit. Bau tanah yang mengapung itu mengigatkan kata-katanya,
"Warna coklat itu seperti tanah. Seperti bau sewaktu hujan pertama menyentuh bumi. Bau bumi dibasahi. Itu warna coklat," sambil memandang tepat ke mata, memastikan dia mendengar dan faham. Kemudian Ayah meletakkan tangan dia di tanah. Tangan Ayah menutup mata, supaya dia 'melihat' dengan merasa.
Dia menyiram tanah yang mengandungi Ayah dengan takzim. Menyiraminya supaya basah. Agar sedikit sebanyak ada bau yang mengapung. Mengingatkan dia kepada warna coklat, seperti kata Ayah. Dia kemudian meletakkan tangan ke atas butiran pasir, tanah, batu dan debu pusara Ayah, sambil mengingat bagaimana panas tapak tangan Ayah satu masa dahulu.
Pokok puding di pusara itu masih hijau, dia rasa. Daunnya segar dan tegap. Mustahil daun itu mati. Di telinga terngiang ajaran, "hijau itu seperti daun segar. Daun mesti tegap dan segar, tidak terkulai l…

Ceritakan Kebaikkan 3

"Aku berikan kau a fair solution, yang mungkin kau boleh fikir-fikirkan. Nak buat tak, terpulang."
Memang dia ada temper, tapi dia juga kental menyampaikan kebaikkan secara beransur-ansur. Bukan senang perkara yang baik-baik ini, di dalam dunia yang lebih nampak jahat dan keji itu lebih cool dan hipster.
"Berhenti untuk cakap kebaikkan..."
"Pulak." Aku memotong.
Dia jengil mata sambil menyambung, "berhenti cakap kebaikkan diri sendiri kalau kau rasa tak senang. Atau kau rasa pahala kau berkurang. Tapi, kau boleh ganti dengan bercakap tentang kebaikkan orang lain. Kawan yang sedang membuat sesuatu demi keluarga dia, contoh, yang jaga mak ayah yang uzur. Yang setiap minggu membantu untuk mencukupkan bekalan dapur dengan membeli ikan, ayam, daging dan letakkan di dalam peti ais. Atau kawan yang terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan. Kawan yang terlibat dalam usaha kemanusiaan antarabangsa. Promosi kegiatan kawan-kawan yang mengumpul d…

Ceritakan Kebaikkan 2

"Tapi aku masih ada masalah nak ceritakan pasal kebaikkan. Aku masih ada rasa tak kena. Macam sedikit sebanyak pahala yang kau dapat itu akan terhakis. Sebab kau tak rahsiakannya dari pengetahuan orang." Itu hujah yang aku yakini.

Dia diam sejeda.

"Tiada salah kebaikkan yang kau buat sembunyi-bunyi, dan yang kau ceritakan. Kau boleh cek dalam Quran."

"Aku rasa kemudian-kemudian nanti aku semak."

"Zaman ini ialah zaman orang yang menang itu, orang yang bercerita. Sebab kita makhluk yang suka dengar cerita, suka tengok cerita, suka baca buku cerita. Malangnya, cerita yang baik itu tak ada banyak. Yang diulang itu cerita sampah. Sampai kita percaya, lepas tamat universiti boleh jadi CEO. Sampai anak muda kita berangan nak kahwin lelaki kaya walaupun perangai buruk. Semua ulang dalam drama, dalam novel pop, dan bila jumpa kawan-kawan benda yang sama juga jadi modal bersembang."

"Aku bukan main-main rasa bila cakap kebaikkan tu macam hilang leny…

Ceritakan kebaikkan

"Kau ada masalah bila orang ceritakan kebaikkan kepada orang lain?"

Dia jawab tak.

"In fact, kita tidak ada pilihan kecuali menceritakan."

"Kau biar betul? Bukan ke orang kata merendah diri lebih baik. Kebaikkan kalau diceritakan akan pudar ikhlas, sirna ketulusan. Mungkin juga orang akan anggap kau menunjuk-nunjuk."

"Apa yang kau kata orang kata tu, semua dalam hati kau. Kalau kau memang tak ada motif, tak jadi isu kan?"

Aku geleng kepala tak faham.

"Zaman sekarang orang lebih bangga cerita buat jahat dari buat baik. Psikologi manusia ni senang je, mana yang kau ulang-ulang, itulah yang dianggap paling elok. Paling benar."

Dia mula menerangkan, aku kena mula memahamkan.

"Bagi contoh mudah aku faham sikit, please?"

"Kenapa orang beli barang branded tak beli barang sama kualiti tapi tak ada jenama?"

Aku cuba jawab, "sebab barang branded selalu orang nampak dalam iklan. Benda yang dalam iklan ni nampak macam ada …

Menaruh kepada Kebaikkan Tadi

Kawan aku yang aneh-aneh itu selalu mengalami peristiwa aneh. Barangkali ujian untuknya, dan pengajaran untuk aku. Dan kerana kami bukan mempunyai jumlah kawan yang ramai, aku dipilih untuk meminjamkan telinga mendengar cerita-ceritanya.
"Kadangkala kita orang beragama ini pun biasa membuat taruhan." Katanya memancing bual, ketika kami sudah siap sedia untuk makan laksa yang dibelinya di Temerloh.
Aku diam. Malas untuk menggesa cerita kerana bukan dia tidak tahu meneruskan. Itu semua ayat umpan.
"Pernah dengar orang yang terperangkap dalam gua, ada batu besar yang menutup pintu gua. Untuk membolehkan mereka keluar dari situasi yang menakutkan tersebut, masing-masing bercerita tentang kebaikkan masing-masing. Berharap sekiranya ada nilai kebaikkan yang mereka buat, batu itu akan terbuka sedikit demi sedikit."
"Ada, cerita biasa yang Ustaz-ustaz kat masjid selalu cerita."
"Kau pernah buat benda yang sama?" tanya dia.
"Eh bukan ke ini cerita …

Menolong

Ramai menyangka kita mempunyai bahagian ketika kita menghulurkan tangan membantu seseorang. Jauh di sudut hati, ada rasa lega kerana dapat melepaskan mereka dari kesulitan, sekurang-kurangnya pada waktu itu. Menjadikan kita seperti telah menjalankan kewajipan sebagai seorang manusia. Hakikatnya tidak. Kita tidak membantu orang ketika menolong orang lain. Tiada orang yang kita bantu melainkan diri sendiri.
Ketika Tuhan mengetuk hati untuk memikirkan hal orang lain, yang dalam keadaan susah dan memerlukan pertolongan, pada ketika itu Rahmat Tuhan sedang menyentuh fitrah kemanusian kau. Pada waktu itu, rahmatNya yang menyebabkan kau merasa sekali lagi bagaimana sepatutnya menjadi seorang manusia, paling tepat hambaNya.
Kasih sayangNya yang mendorong kau kehadapan. Menghulurkan tangan. Berbagi apa adanya, meski sedikit tetapi bermakna.
Dari kasih sayangNya membuat kau melihat, bahawa manusia itu lebih dari apa yang ada pada batang tubuh dan apa yang melekat sebagai pakaian dirinya. Satu …

Petang

Kau tidak akan tahu nikmat jika ada kawan-kawan yang mahu berbincang persoalan ekonomi, agama dan politik di meja makan ketika minum teh hijau tanpa gula. Di waktu petang untuk rehat pulang dari kerja. Sekurang-kurangnya perbualan itu tidak akan menjadikan otak menjadi kaku hanya kerana setiap petang disajikan drama Cinta Si Wedding Planner, Tunang vs Isteri dan macam-macam lagi.

A: Dalam dunia ini, 66 orang terkaya dalam dunia menentukan segenap inci kehidupan manusia. Kekayaan mereka mungkin lebih dari harta yang dapat dikumpulkan oleh separuh penduduk dalam dunia yang berjumlah billion.

B: Kalau ada yang miskin, tidak makan, melarat, kebuluran, mati akibat perang, penyakit berjangkit, yang salah itu adalah 66 orang itulah. Mereka menahan kekayaan yang ada untuk diagihkan kepada yang lebih berhak. Menahan kekayaan dari melabur untuk tujuan penyelidikan untuk ubat penyakit. Menahan kekayaan untuk memberi makan pada yang miskin.

C: Welcome to New World Order. Yang memegang kuasa paling …