Posts

Showing posts from September, 2009

ada apa dengan...

Apa persamaan bila disebut nama-nama berikut: David Beckham, Eric Canona, Christiano Ronaldo, Raul Gonzalez, Luis Figo, David Shevchenko dan Frank Ribery. Bola? Benar. Ada lagi. Mereka ialah pemegang nombor 7 untuk jersi di zaman kegemilangan masing-masing. Apa ada pada nombor? Kalau tidak ada apa-apa dengan nombor, mengapa hanya mereka yang mempunyai bakat paling menakjubkan di kelab dan pasukan kebangsaan diberi keistimewaan menyarung jersi dengan nombor yang bertuah seperti 7 dan 10. Tidak percaya? Mengapa dan mengapa Beckham yang sinarnya sudah suam-suam kuku dan kemudian berpindah ke Real Madrid tidak lagi diberi keistimewaan memakai nombor 7 sebaliknya nombor 23. Setelah memakai nombor 23, beliau (Beckham) sudah tidak begitu istimewa lagi. Ada apa dengan nombor?

Eidulfitri 1430H - Graduan Madrasah Ramadhan

Salam Eidulfitri buat semua, kullu am wa antum bikhair. Maaf zahir dan batin. Hari raya ini adalah pagi yang bernostalgia. Di beri peluang dan rezeki oleh Allah swt untuk meraikan dengan takbir dan solat hari raya. Nostalgia kerana dapat bersolat di masjid kota saya dan bersolat di tingkat dua. Sudah lama saya tidak berada di ruangan itu, kali terakhir mungkin banyak tahun dulu. Saya tidak ingat. Kata Imam dalam khutbahnya, hari ini perlu diingat seperti setangkai bunga yang luruh. Ramadhan adalah kuntuman bunga yang luruh. Tetapi luruhnya bunga bukan bermakna kesedihan, kerana selepas itu akan muncul putik dan akhirnya putik akan berbuah untuk dinikmati. Ramadhan seperti itu. Bunga yang luruh dari kuntumnya. Syawal dan bulan-bulan seterusnya adalah musin pangan, musim menuai. Samada kita bersungguh menanam di bulan Ramadhan, refleksi akan kelihatan di bulan-bulan lain. Kali ini khutbah dibacakan dengan teks yang bermakna. Moga masjid akan terus berperanan mendidik masyarakat, sepe

Hari ini, hari Al Quds - saksikan

kredit kepada bujang susah

Kepala (bukan kepala lembu!)

Satu Kisah berlaku bertahun-tahun dahulu. Ketika itu kami masih belajar. Duduk di rumah sewa (apartment) di tingkat 4, tingkat paling tinggi. Bila duduk di balkoni depan, kami boleh memerhati jiran-jiran di bawah. Terutama jiran tingkat dua yang mempunyai dua orang anak yang comel. Anak yang besar kami sudah tidak ingat namanya, yang kecil sekali Amir. Amir adalah anak yang lincah, berusia lingkungan 3-4 tahun seharusnya dia anak yang sedang galak menakal. Selalu kami duduk sahaja di balkoni memanggil-manggil namanya. Dia melayan sahaja dan tersenyum. Waktu itu apartment dilengkapi dengan dua pintu. Paling hadapan gril besi kotak-kotak segiempat. Dan untuk masuk pintu kayu. Amir paling suka bergayutan di gril besi. Dipijak gril kemudian dihayunkan seolah-olah sedang bermain buaian. Begitulah dia setiap hari. Sehinggalah satu hari, dia telah cuba memasukkan kepalanya ke petak segiempat gril besi tersebut. Malangnya kepala Amir tersangkut tidak boleh keluar. Bila keadaan itu berlaku, kam

Menjelang Al Quds Hati Kamu di mana?

Image
Al Quds, ia adalah hari sambutan pada hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. Tujuannya untuk kita mengembalikan fokus ke Al Quds – Palestin – Jurusalem – Masjid Al Aqsa. Menjelang hari itu, hati kamu di mana? Al Aqsa, ia adalah tanah yang dijanjikan kepada Imam. Imam yang bukan sahaja kepada umat Islam tetapi kepada seluruh umat manusia (Al Baqarah:124). Imam itu Imam yang dilantik sendiri oleh Allah iaitu Khalilullah Ibrahim as. Imam Ibrahim adalah imam sejagat, kerana itu Al Quds adalah tanah sejagat. Hati yang punya ingatan pada Tuhan akan mempunyai rasa rindu, pada tanah itu yang penuh sejarah dengan rindu yang melubuk dan mendasar. Untuk satu tujuan. Pembebasan dan memerdekakan ia dari segala bentuk perbuatan cemar dan keji. Agar ia tanah yang diberkati (Al-Anbiyah:71) dikembalikan ke tempatnya, sebagai tanah petunjuk pemisah antara hak dan batil untuk manusia universal. Imam Al Khalil Ibrahim as, sudah puas mengalami segala dugaan untuk menunjukkan kita jalan, apakah dia kebena

Rezeki itu Allah yang beri

Anak : Apa, takkanlah buka puasa hari ini nasi goreng dan sambal telur aja. Ibu : Eish kamu ni, itu rezeki yang Allah beri bersyukurlah. Anak : Rezeki Allah yang beri ya mak. Ibu : Ya, sebab itu sebelum makan adalah kewajiban dan kesantunan kita sebagai hamba membaca doa atas nikmat pemberian. Tanda syukur. Anak : Betul ke rezeki itu Allah yang beri? Ibu : Ish, kamu ini tidak faham-faham lagi. Ya, betul, noktah. Si anak pergi mengambil wuduk dan kembali ke bilik. Anak : Ya Allah, Engkaulah Sang Pemberi Rezeki. Kurniakanlah kami rezeki. Bayangkan kami kalau hanya dapat makan nasi goreng dan sambal telur ibu yang belum tentu sedap, selalu sahaja ibu kami masak terlebih garam. Maka itu Ya Allah, hambaMu memohon dalam kemuliaan Ramadhan agar Engkau mengasihi kami dan mengurniakan makanan tambahan. Jiran : Assalamualaikum Cik Yah, Cik Yah. Ibu : Waalaikumussalam. Masuklah. Jiran : Tak payah susah-susah. Saja nak menghulur. Ini ada bihun goreng, bubur kacang, kuih tat baru keluar dari ove

Pilih

Memilih adalah satu perbuatan mencari yang terbaik, yang cocok, sempurna, unggul. Bandingkan ini. Tuhan menciptakan bumi ini dengan kitaran dan pusingan untuk menjamin keharmonian. Kejadian bumi kompleks, tetapi dengan kecanggihan akal, manusia diizin Allah boleh memahaminya. Tuhan menciptakan dunia ini dengan kitaran 12 yang diulang-ulang, sejak manusia mampu mencerap dan memahami. Kitaran untuk penentuan masa (bulan), yang berpandukan matahari, 12. Kitaran untuk penentuan masa (bulan), merujuk bulan juga 12. 12 bulan, dan Allah memilih satu bulan. Itu adalah Ramadhan. Dalam satu bulan, ada 28, 29, 30 dan 31 hari. Dalam satu tahun, ada 365 atau 366 hari. Allah memilih satu. Satu itu diriwayatkan ramai pada 19/21/23 Ramadhan. Dalam satu hari ada Subuh, Dhuha, tengahari, petang dan malam. Allah memilih, malam. Malam itu adalah Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah memilih dalam 12 bulan, satu. Ramadhan. Allah memilih 1 hari dalam 365 hari. Dan memilih satu

Rokok - Don't Break My Heart

Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam produksi iklan amaran merokok terkini di TV. Ia adalah iklan terbaik untuk menggambarkan rasa paling tepat bagi mereka yang dekat, rapat, akrab, bertalian darah dengan para perokok. Saksikan iklan dengan kualiti lebih baik di sini. Ya, mereka yang terpaksa berdepan dengan perokok tegar saban hari menahan rasa, seperti mana yang ditonjolkan oleh watak sang ibu seorang jururawat yang menahan rasa kesal. Kesal atas tegar sang anak yang tetap mahu merokok meski sang ibu terpaksa menyaksikan cerita pedih saban hari di depan mata akibat dari merokok. Kanser paru-paru, kanser mulut, gangrean dan lain-lain penyakit merbahaya. Benar kata sang ibu, ‘Don’t break my heart.’ Itulah yang kami rasa, menahan rasa, menahan kerisauan dan kebimbangan, berdoa saban hari, agar mereka segera berhenti. Agar Allah menghindari dari penyakit merbahaya dan dari marabahaya. Itu doa kami. Adakah anda tahu, kami menyayangi dan men
bagaimana mereka punya hati yang redha bila tidak tinggal apa kecuali diri kesepian mencengkam menggigit ke lubuk rasa Tuhan tidak Kau kesani getar yang mengadu bila diberi tidak mustahil diambil kerana engkau hanyalah si peminjam yang dikasihani Rahim Kareem Azeem Alim Hakim Matin Rahman Fatah Ghaffar Tawwab Razzaq Syahid belaku lembutlah pada si abdi mengaku salah pada kecurangan di malam pada ruang tidak mendengar kecuali esak tangisnya di hujung dia berkata 'Latif Sami' Mujib perkenankanlah doa-doa'