Posts

Showing posts with the label Massugu Itte Migi

Massugu Itte Migi 3

Image
Saat itu juga wajah Sarah berubah. Mendung, terkesima, kelam. Ruang tamu rumah Mak dilatari dengan suara Sarah yang mendayu. Mak cepat-cepat meletakkan teko di atas meja makan dan kemudian mencempung Sarah segera ke sinki. Mulut Sarah berselepat putih di cuci bersih-bersih. Hati Sarah masih lara. Menghamburkan tangis tidak henti. Mendayu, merayu, mengadu, merintih. Ada kesal di hati Iskandar Ichiro. Tangan Ichiro pantas membersih lantai yang dikotori Sarah. Ichiro merapati Mak yang sedang mendukung Sarah. Sarah memandang Ichiro tepat-tepat ke dalam mata. Mohon simpati. Tidak pernah Sarah menangis begitu. “Perlukah kau tambah luka hati Sarah. Tanah Mama dan Papa Sarah masih lagi merah”. Hati Iskandar Ichiro agam dalam rasa bersalah yang mendalam. Ichiro meminta Sarah dari Mak. Sarah didakapan Ichiro masih memandang. Sarah mengelipkan mata sekali. Dua butir air matanya jatuh perlahan, di kiri dan kanan. Ichiro menyeka dengan ibu jari, esak Sarah berhenti. Sarah melentokkan kepalanya di b...

Massugu Itte Migi 2

Image
“Kau jangan main-main Ichiro, ini bukan pilihan yang dibuat atas kau rasa kau boleh buat. Ini soal komitmen, soal tanggungjawab dan…” Iskandar Ichiro mendengar penjelasan Mak dengan sabar. “…dan ini soal bersedia untuk berkorban”. Aroma kopi Kapal Api mengapung. Mak mengacau air dalam teko laju, gula melarut lebih cepat. Wap air marak menghias udara seperti tiris awan di angkasa. “Kau jangan ingat kali ini kau memilih sama seperti waktu hendak masuk universiti dulu”. Ah, Mak masih menganggap Iskandar Ichiro anak kecil. Hal dulu jadi begitu besar pada Mak. Masih kekal dalam benak Mak mungkin. Iskandar Ichiro terkenang Datuk. Hanya Datuk dapat menukar pandangannya. Masa itu seluruh keluarga kecoh. Masing-masing tidak terdaya untuk menasihati lagi. Antara masuk USM dan ITM, Iskandar Ichiro memilih mahu masuk USM. Sedang seluruh ahli keluarga, Ayah, Mak, pakcik-pakcik dan makcik-makcik berkeyakinan penuh ITM telah lama punya rekod yang diyakini industri. ITM telah lama punya graduan yang ...

Massugu Itte Migi 1

Image
"Tiada siapa yang memaksa kamu Iskandar Ichiro, kamu tahu itu bukan?" Mak menyentap leka Iskandar Ichiro. Ada gerun yang menyeluruhi segenap indera dan nadi bila nama dipanggil penuh-penuh begitu. Selalu panggilan seperti ini akan menangkap perhatian Iskandar Ichiro segera. Terutama apabila Iskandar Ichiro membuat salah, atau orang mahu dia memusatkan perhatian segera. Tapi ucapan kali ini aneh. Gerunnya lebih menggugah. Lebih menggigit sehingga masuk ke lubb. Akal sedar dan roh sekaligus. Sarah masih senyum. Senyum yang putih. Itu panggilan nama yang menjemput dua rasa, tanggungjawab dan amanah. Adakah Sarah faham? Sarah mahu dia menjawab apa kepada Mak? Iskandar Ichiro masih belum pasti dapatkah dia menerima Sarah sepenuhnya. Sarah yang tidak bercakap. Sarah yang tidak berjalan. Sarah yang tidak dapat mengurus diri. Sarah yang membiarkan air liur jatuh berjejeran di lantai. Sarah yang malang. "Saya tidak dipaksa Mak". Khali. Senyum Sarah masih putih.

Massugu Itte Migi

Image
Hati Iskandar Ichiro lama ada rusuh, ada rahsia, ada cerita. Tapi Iskandar Ichiro tidak mahu sesiapa membuat dia lupa. Boleh jadi Iskandar Ichiro akan bermula. Atau Iskandar Ichiro memilih menjadi penyimpan, dalam kotak minda sunyi sendiri. Tapi Iskandar Ichiro doa sungguh-sungguh, moga Tuhan menyayangi. Agar Iskandar Ichiro tidak dibebani dengan apa yang tidak mampu ditanggung. Bukankah itu juga edik yang ditinta dalam Quran? Itulah juga doa Ichiro bulat yang diminta dalam lirih sepertiga malam. Iskandar Ichiro meminta, mustahil Tuhan tidak memakbuli. Tiba-tiba Sarah memandang. Dalam senyum Sarah yang putih, Iskandar Ichiro telah jatuh kasih.