Posts

Showing posts with the label doa

Tentang Doa

Tertarik dengan entri Prof Muhamad Kamil Ibrahim tentang doa di sini , mengutipnya terus, 'Hasil doa yang paling utama ialah kelapangan dada. Kita dapat bertenang dan mengharapkan keredhaan Allah. Dengan kelapangan dada inilah yang menyebabkan akal kita bekerja dalam suasana yang lebih tenang. Itupun dengan izin Allah! Doa, doa, doa, ia adalah sebahagian daripada cara berkomunikasi dengan Allah!' Ketika bersiap untuk ke pejabat, terdengar suara Wardina dan Fedtri (jika tidak silap) membicarakan tentang hal yang sama. 'Doa dipohon yang tidak dimakbuli, akan jadi pelindung ketika berlaku musibah. Contohnya, jika kita bergegas ke suatu tempat, dan terlibat dalam kemalangan tetapi Allah masih panjangkan umur kita, itu mungkin disebabkan hasil dari doa yang ditukar menjadi pelindung.' Jika kita dapat lihat kapsul pelindung itu secara zahir, mungkin setiap detik bibir dan hati akan basah dengan doa.

Amir Hamzah & Tentang Doa Lagi

Image
Amir Hamzah Hikayat Amir Hamzah edisi bahasa lama akhirnya ditangan saya! :) atas pinjaman dan ianya sudah semestinya harta berharga dari teman yang baik hati memberi pinjam. Jazakallahu khairan. Sudahkah saya beritahu, saya amat tidak pandai membaca hikayat, tapi sedang belajar membacanya berdikit-dikit, pelan-pelan kata orang (cam pelan sangat je kan :P). Tentang Doa Saya teringat cerita cerekarama, casting yang bagus. Sheila Rusly sebagai ibu, Iqram Dinzly sebagai anak derhaka. Tajuknya saya sudah lupa. Tapi yang pasti, cerita itu seperti mengangkat cerita yang selalu masuk dalam kotak inbox email kita. Cerita mengenai seorang ibu yang buta sebelah mata, miskin, yang berjuang hidup untuk satu. Agar anak mendapat yang terbaik dan mempunyai kehidupan yang bahagia. Sedang anak yang bijak dalam pelajaran, tapi malu dengan ibu sendiri yang miskin dan buta. Membelakangkan ibu dalam segala-galanya, meski tetap bergantung wang pada ibu yang susah payah mencari. Pendek cerita, anaknya itu m...

Lagi tentang doa

Image
Sekejap sahaja, sebelum terlupa (maaf jika masih belum dapat menulis dengan kandungan yang sepatutnya) Bacaan pagi tadi. Dalam kaedah saintifik, untuk mencari jawapan kepada persoalan falsafah tabii atau cabang sains yang kita fahami hari ini, ada sarjana Barat mengusulkan bahawa metod untuk mencari jawapan kepada sains tidak semata terhad kepada kaedah pemerhatian (observation) dan cerapan secara teratur. Koestler (1984) juga mengusulkan kaedah ilham, mimpi dan amalan mistik. Jadi kaedah non saintifik ini juga dianggap kaedah saintifik. Pendek kata, ilham dan mimpi dapat diguna pakai sebagai kaedah untuk mendapat jawapan kepada persoalan ilmu (juga dalam persoalan kehidupan). Ini lama dulu diusulkan oleh sarjana terunggul dunia Islam, Avecenna (Ibn Sina). Dalam banyak keadaan, Ibn Sina memecahkan persoalan rumit dengan bertafakur (saya percaya dalam disiplin ibadah ruhaniah yang praktikal dan istiqamah). Bagi Ibn Sina sendiri, kaedah cerapan dan pemerhatian secara saintifik tidaklah l...

Tentang Doa

Image
pagi yang menginsafkan dan artikel dimensi doa penuh erti Allah berfirman: 'Berdoalah nescaya aku akan penuhi' 'Hanya sanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadamu kami memohon sebarang bantuan'. Kini Aku melihat doa itu dalam dua sudut satu sudut jasad sebuah doa, satu lagi ruhnya. Doa perlu ada adab ada seni ada langkahnya. Tetapi itu bukan hakikatnya. Ruh sebuah doa itu yang lebih besar. seni berdoa dari Umaq di sini