Posts

Showing posts with the label Asyura yg Tidak Dikenal

Derita Muharram

Bila menangis pemergian Disifat perilaku berlebih-lebihan Apalagi yang tinggal Bila saudara sedarah dihabisi Dalam derita paling mengharukan di medan sejarah Dunia merah di hari darah membasahi tanah Karbala Asyura tidak pernah gembira menjemput kehadiran dirinya Juntaian manik pasti akan luruh berguguran Dari kelopak mata yang hiba Melainkan hati sudah hilang cinta kasih Pada kesayangan Abal Qassim, si pemilik telaga Kautsar Mungkinkah akan terukir senyuman di bibir As – Sajjad Bisakah rambut Zainab kembali hitam bersinar Mengenangkan detik-detik pemergian Penghulu pemuda syurga Di hujung mata pedang tanpa hak Wahai jasad dimuliakan langit dan bumi Wahai roh dijemput penuh kemulian pulang ke pangkuan Wahai dunia yang derita, tanah yang merah Wahai hari yang berduka, jiwa yang lara Ya Asghar dihujani panah yang buta Ya Abal Fadhl dalam perjuangan tidak pernah berkesudahan Ya Sakinah tabahlah jiwa dan hati Ya Zainal Abidin bekalmu sepasang mata yang menyaksi Redhakanlah pemergiaan syuha...

Asyura

قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى Katakanlah (hai Nabi) aku tidak minta upah apa pun dari kalian (atas) ajakanku selain cinta kasih dalam al Qurba (As-Syura:23) قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ Katakanlah (hai Nabi) aku tidak minta upah apa pun dari kalian atas hal itu (risalah) dan aku bukanlah orang yang mengada-ngada (As-Shad:86) 'بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Allah (Al-Maidah:67) يُرِيدُونَ أَن يُطْفِؤُواْ نُورَ اللّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللّهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُ Mereka mengkehendaki memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, tetapi Allah tidak mengkehendaki lain kecuali menyempurnakan cahayaNya, meski tidak disukai orang-orang kafir (At-Taubah:32)
Image
Muharram yang diperbaharui ikrar setiap munculnya yang tidak difahami apa perlunya yang dianugerah dan diganjari yang diretorika setiap majlis yang diberi cuti perjalanan jauh getir bersabung nyawa kesinambungan risalah langit tidak pernah dirasa berpindah? jahiliyyah ke cahaya iman kepimpinan hina menuju kematian sementara atau kekal hidup dan mati tetap bertemuNya ada harga untuk dinilai benarkah? syahadah untuk Tuhan?

SIRI: AS-SYURA YANG TIDAK DIKENAL 3

Image
Saya memulakan Siri 3 dengan membuat perbandingan antara Husin dan Yazid. Pada mulanya saya meletakkan kolum Husin dan Yazid sebelah menyebelah untuk tujuan permudahkan rujukan. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk meletakkan Table berasingan kerana tidak selayaknya Yazid berkongsi level yang sama dengan Husin. Meski untuk berbincang secara ilmiah. Ada orang kata tidak baik membicara hal yang lalu-lalu, sementelah membuka perilaku buruk dan aib. Sedangkan kita sesama muslim. Saya akur, saya juga banyak melakukan khilaf, sebagai individu saya sendiri mahu aib ditutup Tuhan rapat, kedap dan tidak berbau. Tapi bagaimana satu hari adik atau anak-anak anda bertanya, antara Husin dan Yazid yang manakah yang benar? Sedang dalam soal agama kita patut dapat membeza hitam dan putih. Sedang agama yang benar itu sendiri sebagai Al Furqan, pemisah antara hak dan batil. Batil tidak boleh bercampur dengan hak. Yang hak akan terus hak, meski majoroti tidak menyukai. Meski hanya seorang sahaja yang ...

SIRI: ASYURA YANG TIDAK DIKENAL 2

Image
Mengapa menongkah tradisi Hari Asyura? Disebalik bergembira, memilih perkabungan dan berganti ucapan takziah sebagai mengingati hari bersejarah. Tapi ini soal sejarah yang menyangkut Rasulullah, keluarganya, paling tepat, cucu Rasulullah sendiri. Bukankah ini soal yang besar? Sejarah, tidak kira apa sahaja ceritanya akan menjadi penting. Tidak percaya? Sedang dalam Quran sendiri tersenarai sekian banyak cerita menyangkut sejarah, sebelum diutuskan Rasulullah sebagai Al Khatim Anbiya', cerita mengenai Nabi-Nabi terdahulu (Adam, Sulaiman, Ibrahim, Musa, Isa a.s), kerajaan-kerajaan zaman silam yang diberi rahmat dan diberi peringatan (Saba', Mesir Kuno, Iram, dsb). Makanya, sejarah tetap pelajaran terpenting dalam Quran sebagai panduan hidup manusiawi pada zaman sekarang juga zaman-zaman mendatang. Masalahnya, tamadun Eropah lebih memahami tragedi Asyura ketimbang umat Islam sendiri. Apa kata mereka? "A reminder of the blood-stained field of Karbala, where the grandson of the...

SIRI: ASYURA YANG TIDAK DIKENAL 1

Image
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: Nabi Adam bertaubat kepada Allah, Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit, Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan, Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara, Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah, Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya, Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam, Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun, Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah, Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar, Hari pertama Allah menciptakan alam, Hari Pertama Allah menurunkan rahmat, Hari pertama Allah menurunkan huj...