Posts

Showing posts with the label peristiwa

Isu Dr MAZA

Image
Antara isu terhangat, adalah ura-ura Dr MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) mantan mufti Perli masuk parti UMNO. Saya berpandangan ahli agama tidak sesuai untuk masuk mana-mana parti politik. Tujuan agar mereka dapat menegur mana-mana kepincangan dengan bebas, maksud saya dengan tidak bias. Saya lebih suka agar ilmuwan agama menjadi Said Nursi yang digelar orang sebagai Bediuzzaman (the wonder of the age) . Memang pada mulanya Nursi pro kepada Kamal Attaturk, tetapi bila mengetahui agenda sekular yang akan dilaksanakan kerajaan Turki, Nursi bertindak untuk menjauhkan diri. Lalu terbitlah masterpiece 6,000 muka surat yang dikenali sebagai Risale-i-Nur yang ditelaah zaman berzaman. Said Nursi lebih dikenali dengan karya ini, lebih dari penglibatannya dalam politik. Mungkin Said Nursi tahu tentang pepatah, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Kitalah yang memilih untuk nama yang ditinggalkan dikenang orang sebagai baik atau sebaliknya. (sehingga entri...

France 2010 & Ip Man

Image
Perancis yang diwakili oleh pemain-pemain yang mewakili kelab super di Eropah dsb, pulang awal untuk Piala Dunia 2010 dengan cerita yang memalukan. Mereka tidak wala' pada pimpinan Domenech. Barangkali mereka perlu menonton cerita Ip Man 2, Kungfu Panda atau belajar sejarah perang Uhud sebelum bertolak ke Afrika Selatan. Bagaimana menghormati guru (pemimpin/coach) elemen terpenting untuk kejayaan. Kata orang, 2006 lalu pun sudah ada bibit tidak setia pada Domenech. Mereka tidak pernah suka kaedah dan sikap Domenech. Tidak hairan, ketika Anelka diusir keluar dari kem Perancis, pemain lain turut memboikot sesi latihan. 2006 mereka masih bertahan kerana Zidane ada. Zidane, itulah pemimpin mereka yang sebenar. Kepimpinan dan ketaatan adalah 2 elemen paling penting dalam kesatuan organisasi (ummah). Kerana itu makmum tidak mendahului Imam. Dan makmun akan menurut perbuatan imam dari takbiratul ihram sehingga salam. Soalnya, ketaatan perlu kepimpinan yang layak, diyakini dan terpilih. P...

Semalam yang aneh

Image
Semalam, hari sangat panas. Saya dan kawan mengeluh begitu lama tidak hujan di tempat kami. Sehinggalah melihat berita TV waktu perdana. Tiada apa yang menarik kecuali isu perbincangan semula tanah KTMB di Tanjong Pagar ke Woodland dan perjanjian air dengan Singapura akan tamat akhir tahun ini. Tahun lalu saya ke Singapura dan melihat KTMB di Tanjong Pagar. Imejnya masih segar. Tulisan KTMB jadi sangat jelas bila pemandu pelancong kata, "Inilah satu-satunya tanah Malaysia yang masih ada di Singapura." Malam menjelang, cuaca mula bertukar. Ada tanda-tanda air akan turun dari langit. Tidak mengesyaki apa-apa, saya tidur. Saya pasti saya sudah hanyut dalam lena. Saya jenis tidur mati yang tidak akan tergugat dengan apa-apa anasir sekalipun. Tiba-tiba, satu bunyi kuat, sangat kuat persis bom meledak seperti betul-betul berlaku di telinga. Katil juga sedikit bergoyang. Mata saya terbuka. Keadaan sangat gelap. Saya menguakkan pintu untuk membiarkan cahaya lampu ruang tamu menerang...

PUDU 1895-2010

Image
Hari ini kalau aku berada di langit Kuala Lumpur akan ku berdiri di hadapan tembok Penjara Pudu yang akan divonis gantung mandatori supaya generasi tidak lagi akan mengerti tentang sejarah lihatlah! generasi jurutera pembina bangunan hebat dan gah pantas akan ditegak namun setiap lorek lukisan dan seni dilukis di balik besi berjuta duit melimpah sekalipun tidak mungkin dapat diganti hari ini yang tinggal hanyalah puisi sejarah 100 tahun esok, tidak lagi diingati!

Rejab ini Kita di Jurusalem: Patriarch Ibrahim

Image
Siapa Ibrahim (as)? Jika tidak menyebut namanya, solat tidak sah! Begitu besar sekali peranan Ibrahim: dulu ketika hayat, hari ini bahkan masa hadapan. Jika tidak masakan Allah memerintahkan kita menghadiahkan selawat atas baginda dan keluarga baginda setiap hari 5 kali. Dalam banyak tradisi Yahudi dan Kristian, Ibrahim dikenali sebagai patriacrh. Kita mengenali baginda sebagai Bapa (Al Quran 22:78) permulaan kepada bangsa-bangsa dari keturunan Ismail dan Ishaq. Yahudi dan Kristian sedaya mungkin mengeluarkan Ismail dari keturunan Nabi Ibrahim. Kata mereka Ismail tidak layak digolongkan dalam keluarga Ibrahim. Nampak sudah bagaimana sejarah berulang? Belum? Bukankah kisah dengki dan cemburu antara 2 adik beradik lebih dahulu bermula sebelum Ibrahim lagi. Hari ini, epik antara Habil dan Qabil diulang tayang dengan kisah lebis tragis. Qabil cemburu kepada Habil kerana Habil begitu tulus dalam beragama. Dengki kerana korban Habil dipilih Allah. Boleh jadi Yahudi cemburu kepada keturunan N...

Rejab ini Kita di Jurusalem

Image
Ada orang bertanya kenapa perlu sibuk-sibuk pasal Palestin dan Jurusalem. Sekarangkan musim bola, tengok bola lah . Kalau awak jadi saya, apa jawapan yang paling baik diberi pada mereka? Saya pernah berpolemik lama dulu tentang Palestin. Bagaimana sinikal seorang rakan yang memberi komen kenapa perlu bergaduh dan berperang? Tidak bolehkah duduk secara harmoni seperti jiran tetangga yang baik? Saya tahu apa yang awak fikirkan, tentu awak kata kawan saya itu buta sejarah dan buta geografi sebab tidak pernah tengok peta Palestin semaki menyusut sekarang ini. Sehingga telah dipisahkan menjadi dua blok. Tebing Barat (Fatah-Mahmoud Abbas) dan Ghazzah (Hamas-Ismael Haniyeh). Zaman ini yang membuat kita menyaksi penjara terbuka paling besar di atas muka bumi ini, iaitu Ghazzah. Yang kita relakan kewujudannya, walau apa pun alasan kita, hakikat kita sedang merelakan kewujudannya. Meski peristiwa perbincangan itu telah lama belalu, saya masih sesal kerana tidak dapat berhujah dengan baik. Sekura...

Baru sedar semula

Satu ketika dahulu, semasa di asrama kami sering didenda. Denda yang paling kerap ialah dijemur. Waktu paling kerap kena jemur ialah tengahari. Bayangkan bahang dan dugaannya. Lebih-lebih lagi ketika selipar hilang dan perlu berkaki ayam di atas tar yang panas melecur. Tetapi biasanya tidak kira waktu, subuh, petang malah malam pun dijemur juga. Ketika itu, kecoh-kecoh tentang cetakan ayat hilang dari Al Quran. Langit, kerap kali menulis dengan awan tentang tanda-tanda. Barangkali, sekarang kita tidak peduli lagi tentang tanda. Tiada hati bergoncang bila mendengar apa-apa. Malah tsunami yang menenggelamkan 250,000 orang di seluruh dunia sekalipun bukan apa-apa lagi bagi kita. Juga gegaran melampau yang belaku di Haiti. Nihil. Kebanyakkan kita sudah tidak ada rasa. Kita gantikan ia dengan justifikasi saintifik. Tersasar cerita pula. Suatu hari kami di denda lain. Tidak dijemur lagi. Barangkali selalu sangat didenda dengan benda yang sama akan menjadikan kita lali. Lalu diganti dengan ...

Tableau

Image
Kuantan, ia sebuah bandar yang banyak meninggalkan peristiwa. Jika diberi pilihan, saya tidak mahu kembali ke sana. Tetapi hidup bukan semuanya atas pilihan bukan? Kerana saya berada di sana minggu lalu, atas takdirNya saya belajar satu perkataan penting, iaitu Tableau (dibunyikan sebagai tablo). Ia adalah satu perkataan yang digunakan dalam kesusasteraan Inggeris, tetapi sampai sekarang saya tidak tahu andai ada perkataan Bahasa Malaysia yang boleh menggantikan perkataan tableau. Untuk ringkasan, tableau ialah satu peristiwa yang belaku dan imejnya kekal berada di dalam fikiran sampai bila-bila. Untuk contoh, imej Tunku Abdul Rahman ketika menjulang tangan dan melaungkan kemerdekaan adalah satu tableau bagi ramai orang di Malaysia. Imej itu sangat penting, sehingga tercatat dalam banyak buku-buku sejarah. Nanti dulu, kita cuba satu untuk memahamkan kata tableau ini. Sekarang tutup mata dan bayangkan tentang kemerdekaan. Jika awak melihat Tunku sedang menjulang tangan kanan di ang...
jika sanggup bermati-matian tidak peduli segala percaya pada tanggungjawab untung nasib pada amal lebih baik mati di atas kapal Mavi Marmara dalam kalut kemanusian aku sedang menjadi yang tidak peduli bukalah pintu Ghazzah dalam hati dengarkan dendangan Palestin yang mencela kerana ditinggalkan adik beradik sendiri tunggulah di sana mereka akan mengadu tentang kita yang menutup mata!

Mula

Image
Dari umaq_eiman Sejarah berulang-ulang. Kita, tetap diam? Ghazzah, 25 May 2010.

Panas ini bukan biasa!

Image
Laporan akhbar menyiarkan keretapi tergelincir kerana cuaca panas. Sangat panas sehingga menyebabkan besi landasan mengembang. Dan laporan berita di TV dan akhbar mengatakan, fenomena cuaca panas ini adalah biasa lebih-lebih lagi pada awal tahun seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Mateorologi. [Peringatan, entri ini bukan untuk membuat rusuh tetapi untuk saya dan awak berfikir.] Panas ini bukan biasa. Adakah kita perlu menyalahkan Farah dan Faizal di radio Hot.fm kerana selalu mempromosi tagline 'Lebih hangat dari biasa?'. Fafau dan FBI perlu jawab ni. Panas memang biasa, tetapi panas sehingga mengembangkan besi itu luar biasa. Hingga menyebabkan gerabak tergelincir itu, lagi luar dari segala yang biasa. Jika ia sesuatu yang biasa, ketika kerja-kerja membina landasan keretapi, pihak jurutera bahan akan menggunakan material yang boleh tahan kepada cuaca yang biasa dialami oleh negara ini. Sewaktu merekabentuk landasan, mereka (jurutera dan jurutera bahan) sudah mengambil kira ...

Falsafah CINTA Asal

Image
Kawan saya kata, cinta, ada jenis yang membunuh. Seperti manifestasinya di malam tahun baharu atau hari Valentine, untuk pasangan yang sedang mabuk bercinta. Mereka berjanji setia, ungkap mengungkapi, bukti membukti akhirnya sembilan bulan atau kurang dari itu bertukar menjadi pembunuh. Membunuh janin dan bayi. Membunuh harapan dan kasih sayang. Membunuh 2 orang, menukar mereka menjadi haiwan bertubuh manusia, atau lebih teruk dari itu menjadi syaitan (i.e: kes membakar bayi dan dibuang dalam tong sampah di sini ). Cinta tidak seharusnya menukar manusia yang penuh kasih sayang, menjadikan tangan dan jiwa berlumuran dengan darah dan dosa. Itu, absurd! Cinta itu bagaimana? Cinta seharusnya seperti letupan Big Bang. Letupan? Ya, satu letupan. Panas, hangat, bingit, menyilaukan mata, mendebarkan, mengkagumkan, berasap, membakar, menggegar, segalalah yang boleh kita fikirkan mengenai letupan. Dan... harus diingat selepas letupan besar itu, ia memberikan kehidupan, terus menerus, berlangsung...

3 Kingdom

Image
1. 3 Kingdom adalah epik besar sejarah cina yang paling mahsyur sebelum Negara China disatukan dibawah Dinasti Jin. Cerita ini ditayangkan di TV3 di malam tahun baharu. Saya memang menunggu cerita ini kerana ia membawa kenangan kepada game epik yang dimainkan di konsol Sony PS2 (sekarang konsol sudah bertukar kepada XBox). Dan melihat watak game dijelmakan kepada panglima dan pahlawan sebenar, ia cukup mengujakan. Meski bukan kerana itu, 3 Kingdom cukup hebat kerana memaparkan perlawanan zaman Dinasti yang memperlihatkan kepentingan taktik, skil, kesetiaan, patuh kepada ketua, pengkhianatan, dendam dan banyak lagi. Secara ringkas sebelum ada satu China, ia terbahagi kepada tiga dearah besar iaitu: Kerajaan Utara: Wei Kerajaan Barat: Shu Kerajaan Selatan: Wu Setiap kerajaan akan berperang sesama sendiri untuk mendapatkan "Mandate from Heaven" untuk membolehkan mereka bersatu di bawah satu kerajaan. Cerita ini berkisar kepada kerajaan Shu dari sudut pandang Panglima Zhao Zilong...

Tahun ini tahun Harimau

Image
Selamat Tahun Baru China Tahun ini memang tahun Harimau Ermm, agak-agak boleh tak dapat angpau? :) Selamat balik kampung dan bercuti panjang Hati-hati memandu

They are what they hate most: Nazi vs Israel 2

Image
if they used Holacaust as the reason, why not we use the same reason to defend our brothers and sisters?

Allah itu baik sangat pada kamu

Image
Ada orang meneka bahawa saya sangat suka bulan kerana tajuk cerpen yang diangkat mempunyai perkataan bulan. Tidak, saya bukan suka bulan sahaja tetapi segala pergerakkan kosmik yang berlaku di langit. Termasuk juga cuaca. Peredaran malam dan siang. Secara peribadi, saya selalu melihat perubahan yang berlaku sebagai petanda. Ada orang kata saya romantik kerana selalu rasa terkesan dengan alam. Bukan, saya tidak romantik, tetapi percaya apa yang berlaku ialah sebenarnya adalah tanda kebesaran. Tuhan redha dan meredhai boleh dikesan dengan tanda-tandanya yang berlaku di langit (cloud (dalam awan): nampak sangat romantik). Dunia untuk saya ceritanya begini, semenjak sekolah ke universiti hingga bekerja selalu sahaja menunjukkan bahawa dunia ini menyebelahi orang yang tidak adil, tempat pengampu dan pengambil kesempatan. Di sekolah kita selalu dibuli oleh mereka yang lebih besar dan kaya. Kadang-kadang kita disuruh menggantikan tempat mereka sewaktu membersihkan kelas dan meniru kerja rumah...

Sultan Johor - 1932 - 2010

Takziah khusus kepada rakyat Johor dan Malaysia secara amnya. Sultan Iskandar ibni al Marhum Sultan Ismail jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri Al - Fatihah.

Doa untuk Rafiq

Pagi ini, pagi paling cemas. Sejak semalam, rafiq (sang hikmah) telah menyatakan kebimbangan. Takut-takut ada yang tidak kena. Kami akan menyambut Sultan, hari ini. Dan sebagai sebuah negeri beraja, ia lebih dari sebuah majlis keraian. (saya akan cerita lagi insyaAllah tentang majlis ini). Saya memberi rafiq pesan Abang, untuk berdoa dan terus-terusan berselawat atas Nabi. Meski, saya sendiri gentar tidak terkawal. Dalam mengelolakan majlis, ini adalah sesuatu yang terlalu besar dari segi cabaran dan melayan karenah orang. Dan rafik ini istimewa kerana dialah pengerusi majlis dengan makna orang pertama, dengan kata lain pemilik majlis. Bayangan gentar yang melanda di jiwanya. Tapi dalam perjalanan umur saya, sukar untuk melihat orang yang bekerja tanpa mengharapkan ganjaran material tetapi saya lihat lain dari rafik ini. InsyaAllah dan saya selalu berdoa, dia adalah orang yang ikhlas. Yang jernih. Dan seperti pesan dia yang selalu disampaikan ketika saya sedang bersedih 'Allah itu...

HSPM XIIX - Membawa Pulang Ayah Merentasi Dua Dunia

Image
Saya berada di Grand Ballroom, Hotel Legend semalam. Memeriahkan majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk tahun penilaian 2004/2005 dan 2006/2007. Sejujurnya, saya tidak bersedia, dan saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Namun, ketika melangkah di hadapan pintu masuk hati saya berdebar bagai hendak pecah. Saya pernah berada di dewan yang sama untuk satu seminar kejuruteraan untuk tanah dan geoteknik. Waktu itu guru saya Prof Bujang B.K. Huat sebagai pembentang ucaptama yang menemukan saya dengan rakan-rakan jurutera yang lain. Tetapi kali ini kedatangan saya lain. Saya diminta menghadiri untuk acara meraikan pemenang anugerah sastera tertinggi kerajaan Malaysia. Dan saya, sebagai salah seorang pemenang. Susah hendak percaya, tetapi perancangan Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Ia adalah satu pengalaman yang asing. Ya, saya menulis, tetapi untuk diiktiraf ke peringkat tertinggi kerajaan Malaysia adalah di luar apa yang pernah saya fikirkan. Subhanallah, ia satu keberuntu...

Jernih

Image
Saya baharu tahu, saya menyintai kejernihan. Ia adalah satu keadaan paling sempurna. Jika saya jadikan jernih satu perlambangan, saya akan melambangkan ia sebagai pejuang syahid. A martyr. Seorang yang hidup untuk berkorban. Saya kenal satu dua orang yang mempunyai hati yang jernih. Jika saya berada dekat dengan mereka, dengan mudah saja saya jatuh hati. Malah, mencintai mereka sepenuh hati hingga sanggup mati, demi. Kenapa? Orang yang mempunyai hati jernih, ialah orang yang hatinya penuh cinta. Dia mencintai segalanya kecuali diri sendiri. Kerana itu dia tidak pernah kisah untuk berkorban dan terkorban. Dalam dunia ini, orang seperti itu tidak ramai. Kerana itu, jika awak pernah berjumpa awak sebenarnya telah mendapat kegembiraan separuh dunia. Saya menyaksi, dunia fana telah menukar banyak wajah orang. Yang paling penting bagi mereka ialah diri sendiri, tembolok, lingkungan, nafsu nafsi sehingga tidak kisah menindas, memijak bahu dan kepala, malah membunuh. Mereka tidak kisah tangan...