Posts

Showing posts with the label Palestin

Faham!

Image
PAS telah memenangi parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti undi 2000 lebih. Semenanjung Ghazzah masih bergolak dengan perbuatan pembersihan etnik dari askar rejim Israel. Dunia masih menyaksikan perbuatan yang aneh-aneh dari pemimpin-pemimpin Islam. Bermula dari pemimpin Saudi, dari bangsa-bangsa Arab, dari Mesir malah yang terpecah dari dalam Palestin sendiri. Semua ini, luar normal dan bagi saya susah untuk dicerna. Saya cuba faham. Cuba mahu faham. Susahkah untuk memahami perangai apa yang merasuk kepala dan naluri Yahudi Zionis di Israel? Logikkah manusia yang dicipta mulia, punya kerendahan budi dan nilai kemanusiaan sekeji ini. Baik, saya cuba memahami. Dan rupanya, tidak susah pun untuk faham. Jauh dari Palestin, di Malaysia. Ya, tanah air kita. Di Selangor untuk lebih tepat. Sebuah rumah kediaman sederhana besar, cukup selesa untuk sebuah keluarga. Rumah itu dibina dari tanah warisan, yang didapati sah dari legasi ibu dan ayah yang ditinggalkan. Ianya dibina, beberapa ratus...

Pakcik Tempang dan Boikot

Image
Ada orang kata, kenapa boikot, it will not change anything. Dan ia bukan sunnah yang ditunjukkan Rasulullah. Hairan. Dalam konteks ini, saya lebih menyanjungi seorang pekerja pam minyak, pertengahan usia, tempang, tinggal mungkin seluruh usianya di kampung yang orang katakan ceruk dan pedalaman. Di pedalaman yang rimau dan beruang pun ada. Babi hutan bersepah. Tenggiling kadangkala menjadikan jalan raya yang kecil itu sebagai tempat teduh. Dan pakcik tempang tersebut mungkin tidak pernah tahu pun menggenai blog dan bloggers. Tetapi pakcik tempang, tanpa mengenali saya pun menghulurkan secebis kertas. Ketika sedang mengisi minyak. Kata pakcik, “Ini barang-barang Israel dan US. Kita jangan beli! Kita boikot.” Tegas. Kami tersenyum memandang pakcik yang tempang. Saya hendak katakan padanya, “Pakcik, boikot-boikot ini bukan sunnah…” Memikirkan saya mungkin dilempang kerana ignorance begitu tinggi (al maklum, bukan tempat saya), saya memandang dan senyum seikhlas mungkin kerana rasa begitu ...

Seperti mereka?

Image
Foto 1 Kamu tidak akan tahu rasa tangisan anak itu Lama dulu, 2001, saya berdialog dengan seorang senior mengenai Palestin. Beliau, perlu dijelaskan di sini, adalah seorang tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi. Jadi saya menganggap pendapatnya antara lain perlu bersandarkan disiplin kesarjanaan yang ada di dalam dirinya. Beliau, secara ringkas mencela perjuangan rakyat Palestin untuk kemerdekaan dan kebebasan tinggal di Palestin. Beliau juga berkata, tidak bolehkah mereka duduk aman damai dengan masyarakat Israel. Seperti kita duduk aman damai berbilang bangsa di Malaysia. Jika dan hanya jika saya tidak hormat dia sebagai orang yang lebih banyak umurnya dari saya, saya tentu akan menjawab dengan sopan seperti berikut, “*&cel---$%&@))*&”. Tapi saya menjawab juga, jawapan yang lain. “Excuse me, don’t you remember, the Israel Jews and Europian Jews which came from nowhere, after 2000 years, to Palestine and claimed Palestine as theirs. They claim they inherited from...

Hari ini kawan...

Image
Hari ini kawan, luputkanlah segala rusuh dalam hatimu. Sekiranya kita masih mengeluh atas kesusahan di bawah naungan langit yang masih lagi biru, kita telah dan sedang, menghina keperitan dan derita mereka di Ghazzah. Hari ini kawan, ikrarkanlah, bahawa kamu bersama-sama mereka. Merasa derita mendasar dan mengigit. Pejamkan mata, dan deriakanlah igau mereka. Langit perang, hanyir darah yang meruap, belerang yang menghiasi langit pagi dan petang, jeritan yang menghantui tulang belulang, dan tiada satu yang tinggal meski secebis harapan. Janganlah kita hina mereka dengan mengeluh-ngeluh atas nasib dan kemalangan diri sendiri lagi. “Para syuhada sudah mati, kita yang mati inilah pula hidup. Para syuhada telah menyampaikan pesan dan kita yang pekak inilah yang perlu menjadi pendengarnya. Mereka telah memilih untuk syahid bila mereka merasakan tidak mampu hidup dalam dunia tanpa Tuhan, dan kita yang tidak tahu malu masih sanggup menjadi mereka yang tertinggal’. Kawan, hari ini, janganlah ki...

Telah dicabutnya dari kamu, telah dicabutnya dari kamu

Image
Semalam, berkuda, menuruni bukit menuju ke kota Jurussalem. Tidak seperti di Damascus dan Acres, menginjak tanah Jurussalem di bawah pemerintahan Sallehuddin Ayubi saya melihat damai. Memasuk sempadannya sahaja, saya dihamparkan hijau. Rumput yang menghijau. Sehijau hati Khalifahnya, sehijau hati rakyatnya. Kerana mereka melemparkan damai. Mereka menghulurkan salam perpaduan. Saya memberhentikan Xoulzana. Di atasnya, saya boleh melihat kubah As Sakhrah. Begitu agam, menyimpan seketul batu yang menangis mahu mengiringi Rasulullah ke langit. Di malam Isra' Mikraj. Tetapi saya tidak boleh melihat Masjid Al Aqsa, ia tidak dibina agam seperti Masjid As Sakhrah. Ia diselindung, tidak jauh dari Kubah Batu, tapi sudah dilupakan orang. Maruah umat Islam disini, dan kita membenarkan ia dicabuli. Hati saya dihentak pilu. Ini tanah Anbiya'. Nabi-nabi menjejak kakinya yang mulia di sini. Dan Salehuddin menebusnya untuk membolehkan saya menghidu haruman Anbiya'. Saya berpapasan dengan or...