Posts

Showing posts with the label mimpi

Persoalan Mimpi

Image
Persoalan tentang mimpi, mmm, misteri. Saya menganggapnya begitu, masih begitu. Lebih-lebih sekarang, ia punya elemen mistik (ada orang tersenyum tika ini). Persoalan ini pernah disentuh dulu, di sini. Bagaimana kaitannya dengan penemuan sains sebagai metodologi saintifik yang digunakan oleh Ibn Sina, di sini (juga ada orang tersenyum melihat nama ini diulang berkali-kali, sukahatilah dik). Dan soal mimpi bukan soal remeh. Bukan soal tidak ada nilai. Bukan soal melayan yang aneh-aneh (ada tak orang tersenyum di sini?) Begini, mengapa kita menganggap soal mimpi soal berunsur khayal yang tidak punya nilai? Sebab secara ringkasnya, epistemologi tentang pengalaman beragama telah dipesongkan oleh praktis zaman moden ini. Dimana kita telah diajar, hakikat, adalah segala-gala yang boleh dicerap dan dibuktikan secara saintifik. Perlu cerapan, perlu alat, perlu model matematik, dibuktikan mempunyai bentuk yang berulang-ulang dan konsisten, dsb. Terima kasih kita kepada Frued kerana membuatkan...

I HAVE A DREAM

Image
I have a dream, a fantasy To help me through, reality And my destination makes it worth a while Pushing to the darkness still another mile (ABBA : I have a dream) Saya mengajak beberapa rakan baik lawan bicara mengenai hakikat mimpi. Dua soalan, adakah ia permainan tidur, atau memang berlaku di kerajaan langit yang tidak diketahui lapis ke berapa dan jika kita berpapasan dengan orang yang kita kenal, adakah kita menemuinya secara nyata?. Salah seorang kawan saya menjawab, ianya bergantung. Tapi tidaklah diterangkan lebih lanjut. Seorang lagi tidak pasti. Sama seperti lirik lagu Abba, yang selamanya hijau (evergreen), akhir-akhir ini entah mengapa saya mahu menganggap mimpi itu sangat penting. Baik mimpi dalam difinisinya yang sebenar iaitu mimpi yang dialami ketika tidur, atau mimpi yang sering juga difahami sebagai impian. Untuk menjelaskan yang pertama, amati ayat Quran ini, “Allah memegang jiwa ketika matinya dan jiwa yang belum mati di waktu tidurnya. Maka Dia tahanlah jiwa yang t...