Posts

Showing posts with the label ulas buku

1515

Selepas berhabis tenaga di Kuantan, saya sempat meminjam 2 buah buku dari perpustakaan. 1515 dan satu lagi buku SN Arenawati. Ini dendam saya, untuk membaca (entah dapat dihabiskan dua-dua buku dalam minggu ini, ia satu cita-cita yang besar :p). Percaya tidak, 1515 saya sudah habiskan dalam masa 1 hari dalam penat-tidur-bangun-baca-tidur-bangun-baca bergilir. 1515. Ia kisah sejarah Melayu, melalui watak protagonis Nyemah Mulya. Satu ikon, entah ada entahkan tidak, tetapi dalam 1515 Nyemah Mulya diceritakan begitu hidup. Seolah-olahnya ia memang satu sejarah yang tidak dipilih oleh sejarawan untuk diangkat di alam Melayu dan dibiarkan senyap berdekad-dekad. Dalam hangat peristiwa pencabulan Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla, 1515 banyak mesej berkait. Tentang Islam, tentang bangsa, tentang semangat, dan paling dominan sejarah. 1515 mengajak kita meneliti sejarah, di Palestina juga signifikasi paling besar juga sejarah. Komen saya ringkas sahaja. Dalam 1515, penulis mengajar kita, M...

Avatar dan Benih Sakral Aphesus

Image
Suprisingly speachless. Tiga jam yang berlalu tanpa merasa apa-apa. Ia sebuah filem wajib tonton, meski kita sering bertanya tentang logik dan rasional di setiap penjuru sepanjang ia ditayangkan. Cerita ini mengambil konsep sains, bagaimana minda kita berpindah dari tubuh kita yang asal kepada tubuh jelmaan. Tubuh jelmaan inilah yang dipanggil Avatar. Makhluk Avatar ini telah diklon dari bangsa pribumi Planet Pandora dari kaum Nav'i. Manusia menakluk Pandora hanya semata untuk menggali hasil bumi yang dinamakan Unobtanium. Mineral ini sangat mahal, harganya di bumi ialah 1kg = USD20 juta. Ia telah menyebabkan pemodal besar telah menghantar mesin besar dan robot untuk tujuan pengalian dan juga menangkis dari serangan kaum Nav'i. Di sinilah Avatar menjadi sangat signifikan. Avatar diperlukan untuk memboleh manusia berinteraksi dengan lebih akrab dari kalangan kehidupan kaum Nav'i sendiri. Hanya dengan kedatangan Jake Sully, seorang marin yang lumpuh kedua-dua kaki telah memb...

Puncak Alam

Image
Ini bukan tempat peranginan, tetapi sebuah kampus yang dibina di Puncak Alam Selangor. Pemandangannya sangat indah dan mempersona. Kampus dan pemandangan diadun sekali menjadikan ia sebagai tempat menimba ilmu juga boleh jadi mencari ilham. Saya berada di sini dengan tekanan selama 5 hari, jadi tidak dapat menghayati. Saya ingin lagi ke sini, untuk menyaksikan keindahannya sepenuh hati. Bila tiba di Puncak Alam, pada waktu pagi ketika matahari naik dan memerhatikan garis-garis cahaya menembusi awan, ia sungguh segar dan aman. Berdiri di sisi jalan, melihat hutan terbentang luas dan masih belum diusik seolah-olah dapat mendengar alam berbicara. Satu hari nanti, saya akan ke mari insyaAllah (sebelum tu kena beli kamera dulu bukan?)

3 Tiga

1 Ditawan orang Jepun Melihat di ruangan komen, saya jadi hairan. Kenapa begitu ramai orang Jepun memberi komen di entri Infiniti? Adakah interface saya yang memaparkan tulisan Jepun, hakikat sebenar tulisan Rumi biasa? Cerahkan saya :) 2 Jatuh sakit tiba-tiba Tiada angin ribut tiba-tiba sahaja tidak boleh bernafas. Langkah kaki jadi terhad. Pemikiran kabur. Akhirnya saya meminta kawan menghantar saya ke rumah. Takut kalau tumbang ditempat yang tidak sepatutnya. Betulah, nikmat sihat hanya akan kita hargai bila kita sakit tidak berdaya untuk buat apa-apa. 3 Serangan intelektual Bila mana kita berada di daerah kreatif atau produk intelektual, yang paling ditakuti ialah bila membincangkan tentang idea ada orang mengambil kesempatan dan mahu mencurinya. Lalu kita akan jadi begitu berhati-hati, tetapi agak merisaukan jika orang yang tidak bersih hatinya mahu menggunakan jalan hitam. Kita perlu buat apa? Banyak-banyak berdoa agar tidak terkena hasad dan dengki orang lain. Hidup ini hanya ...

2012

2012, sebuah filem yang dihentam agak keterlaluan di Hollywood dari segi jalan cerita, namun aneh, saya amat suka filem ini. Dengan tagline, we we’re warned, ia merupakan filem skala besar mengenai kemusnahan dunia. Kita tidak perlu lagi memperkenalkan pengarah Roland Emerich yang sinonim dengan kemusnahan alam melalui filem The Day After Tomorrow, Independence Day dsb. Ada banyak sebab saya menyukai 2012, antaranya ialah: 1. Saya pernah belajar geologi 2. Yellowstone, letupan kawah (caldera) gunung berapi terbesar dunia 3. Saya seorang Muslim dan ia adalah kisah penyelamatan. Seperti mana-mana reviu, 2012 adalah sebuah filem tentang kemusnahan alam. Bukan setakat alam dimusnahkan, segala tamadun kemanusian turut musnah dengan pelbagai bentuk amarah alam; gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir besar, dan pergerakkan tanah dalam skala yang tidak terjangkau difikiran manusia. Pendek kata ia gambaran akhir zaman yang jauh dari apa yang boleh saya bayangkan. Secara jujurnya, saya berte...

Balthasar's Odyssey

Image
Oleh: Asal Turabiy Saya telah lama mengimpikan menguliti buku penulis luar dari Malaysia. Saya pernah mahu mengintimi Ayat-ayat Cinta yang tersohor diperkatakan umum. Malah sahabat yang sinikal dengan karya Melayu dan terjemahan telah lama mendahului. Di rak yang dibarisi karya penulis berbobot dari luar, saya tidak mengenali yang lain selain Pramoedya Ananta Toer. Saya lama sudah mengkagumi dan dewasa dengan rusuh Pram. Belum ada seorang penulis yang bisa membuat saya meruntun hiba dan masih mengenang derita watak-wataknya sehingga tidak terlupakan, kecuali penulis besar dari Indonesia ini. Namun mata saya tertancap pada karya Amin Maalouf. Waktu itu saya harus membatasi diri dari menghabiskan wang yang sudah susut kerana banyak membeli karya-karya ilmiah yang lain. Kemudian, lama setelah saat itu, saya berada dalam kesempatan terhad untuk kembali ke Fajar Ilmu. Ruang dalaman toko buku itu telah berubah meninggalkan diri dalam hampa. Kemana menghilangnya Balthasar’s Odyssey? Akhirnya ...

Asal: cuba nak komen buku orang

Image
2 kesalan. Novel yang nipis, RM19.00 untuk 236 muka surat berisi teks untuk menceritakan satu kembara peniup Ney dan pembukaan yang sangat bersahaja. Mahu apakah Faisal ini? Sama seperti sebuah kembara dan sorotan yang ingin diungkapkan - muzik, Faisal sekali lagi mencengangkan peminat sastera ke satu tahap yang mengkagumkan. Kembara, seperti mana mulanya, adalah satu perjalanan yang sangat hambar. Segalanya akan bermula dengan warna - warna yang sangat suram dan kelam, perlahan - lahan menjadi satu perjalanan yang berubah, berubah warna dan tonasi. Kadangkala garang, kadangkala mendatar. Semua, selalu tidak terduga. Seolah sebagai seorang maestro, mengubah muzik yang berkesinambungan bagai sebuah cerita, Faisal mengolah Advencer Si Peniup Ney dengan bentuk yang lebih luas, barangkali tidak sangat meluas. Bagi saya, ia bagai patut - patut sahaja bagi mereka yang berkecenderungan pada muzik pada awal naratif cerita, tetapi berubah sebagai sebuah khazanah ilmu muzik yang pernah tertanam...