Posts

Showing posts with the label david dan goliath

David dan Goliath 7

Image
“Ustaz, perlukah benda-benda materi macam Thabut untuk buat kita percaya?” “Sudah begitu sifat manusia Shafiq, untuk kebanyakkan manusia ia perlu, malah sangat perlu. Hanya dengan benda yang kita boleh indera dan rasa kehadiran sahaja yang boleh membuatkan manusia percaya. Manusia lebih percaya kalau mereka dapat menyentuh sesuatu. Manusia juga boleh percaya kalau mereka dapat rasa sesuatu. Sebab itu zaman moden ini, saintis hanya akan percaya pada perkara yang mereka dapat buktikan di makmal. Jika sesuatu benda boleh dirasa atau diindera tetapi tidak dapat dibuktikan di makmal, itu ialah apa yang dikatakan oleh saintis moden sebagai sains maya atau pseudo sains”. Alif mencatat. Ustaz Fadi Khudan meninjau ke arah hadapan. Saf hadapan hampir dipenuhi jemaah. Ada yang sedang membaca Quran. Ada yang sedang solat sunat Tahiyyat masjid dua rakaat. Yang lain duduk berzikir dengan pakaian bersih. Wajah mereka kelihatan segar, mungkin semuanya mandi sunnat hari Jumaat sebelum berjemaah. Ustaz ...

David and Goliath 6 (Ark of Covenant)

Image
Ustaz Fadi Khudan mengingat-ingat Thabout yang pernah dilihat di majalah dan di internet. Kemudian mengeluarkan komputer mini berwarna merah jambu dari beg sandang. Harap-harap pelajar ini juga dapat menvisual imej peti simpanan Kitab Taurat yang sama. Hanya dengan itu, mereka akan segera faham fungsi Thabout sebagai penguat semangat. Sama seperti kibaran bendera ketika perang berlangsung. Ustaz Fadi Khudan menghulurkan komputer yang mempunyai skrin tidak sampai 12 inci. Masing-masing berebut mahu melihat. "Besarnya peti!" Asytar hampir bersorak. Mulutnya segera diserkup Syafiq. Sebahagian jemaah mula memandang kebelakang. Pipi Ustaz Fadi Khudan merah. "Huk aloh, besarnya. Sampai perlukan empat orang untuk membawanya. Payoh le Ustaz kalau pergi perang bawa benda besar macam itu", Alif pula melontarkan pendapat. Kali ini suaranya perlahan, agak-agak sesuai didengar kumpulan kecil. Ustaz Fadi Khudan segera menutup komputer mini. "Ini gambaran pelukis sahaja. Belu...

David dan Goliath 5

Dalam keadaan paling getir, bateri boleh habis. Alif mengeluh sendiri. Alif berkira-kira, lewat petang baru dapat pulang ke kolej. Sampai di kolej, perlu menunggu satu atau dua jam untuk cas semula, baru boleh PSP dinyalakan kembali. Teknologi, secanggih mana sekalipun boleh ditewaskan hanya kerana tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup. “Cukup umur nanti aku akan cipta PSP yang menggunakan tenaga solar, barulah canggih namanya”, Alif menyimpan cita, mengelamun, sambil senyum sendiri. Hari ini hari Jumaat. Alif bercadang akan duduk di saf paling hadapan. Usai membentang sejadah, Alif menunggu. Mana-mana Ustaz yang akan datang nanti mengimami solat di surau Awis Al Qarni, Alif akan jumpa dan duduk bertalaqqi depan berdepan. Alif mahu belajar mengenai David dan Goliath. Biar Asytar dan Shafiq ketinggalan. Bagus kalau ada Ustaz Johari atau Ustaz Zaki yang mempunyai mata seperti pelakon Hankock, Will Smith. Atau Ustaz Asjad yang pernah bersyarah di forum perdana di televisyen. Tentu pa...

David dan Goliath 4

Image
Asytar merapati Alif. Shafiq merapati Alif. Beberapa rakan sekelas yang lain juga mengelilingi Alif. Shafiq : Woi, bagilah aku tengok juga. Alif : Apa ni tolak-tolak. Asytar : Janganlah berlagak sebab kau seorang ada PSP. Alif : Kau ingat skrin PSP aku ini besar sangat ke macam skrin LCD 23 inci komputer Shafiq? Shafiq : Sudah-sudah. Cikgu sudah muat naik cerita David dan Goliath ke? Alif : Ada ni. Shafiq : Wah, bagus juga PSP ni ye, boleh melayari internet di mana-mana. Alif : Kau ingat aku main Ben 10 sahaja ke dengan PSP ini. Dengar ayat Quran pun boleh, baca tafsir Quran dan Hadith boleh, tengok cerita pun boleh. Ambil gambar pun boleh. Asytar : Shafiq, Alif, kalau kamu berdua setakat mahu merapu, bak sini PSP tu biar aku baca apa yang Cikgu tulis mengenai David dan Goliath. Alif : Pertama, back of, kali ini aku pula jadi hero. Jadi, aku yang akan baca. Shafiq, Asytar dan kawan-kawan yang lain mengerumuni Alif. Mereka berebut meihat skrin yang kecil. Alif : Boleh tidak kamu semua d...

David dan Goliath 3

S : Saya bukan tunjuk pada kamu gambar-gambar ini untuk menakutkan kamu. Perkara ini boleh sahaja terjadi pada kita jika kita tidak berhati-hati. Hari ini, berlaku di Lebanon dan Ghazzah, esok lusa kita sendiri tidak dapat menjamin apa yang akan terjadi. Shafiq : Cikgu, Asytar ada sebut pasal duel, duel itu apa cikgu? S : Asytar, kamu hendak jawab. Asytar : Duel itu perang tanding. Orang zaman dulu-dulu masa perang memang biasa duel. Mereka akan cabar mencabar dulu, kemudian orang terkuat dari pasukan masing-masing akan keluar untuk mencabar kekuatan, one to one. Fist on fist. Pedang dengan pedang. Mereka akan bertanding sehingga salah seorang tewas. Hero yang menang akan menguatkan motivasi pasukan. Dalam sejarah Islam, kesatria duel paling terkemuka ialah Ali bin Abi Talib. Saidina Ali pernah menumbangkan kesatria Quraisy Mekkah paling perkasa, iaitu ‘Amr bin Abdu Wudd di perang Ahzab. Dalam cerita Troy pun ada babak duel. Antaranya Paris yang dilakonkan oleh Orlando Bloom dengan Aga...

David dan Goliath 2

Image
S : Tombo ati iku limo perkarane Shafiq : Kaping pisan moco Quran lan maknane. S : Shafiq, kamu orang Jawa? Shafiq : Saya orang Melayu Jawa. Tapi saya sebenarnya orang Melayu. Orang Keramat. S : Bukan kamu lahir di Kelang? Shafiq : Saya lahir di Kelang, tetapi diputerakan di Keramat. Saya putera Keramat. Setiap mata memandang Cikgu dan Shafiq bergilir. Dalam cepu fikiran tertanya-tanya. Asytar : Macamana lahir di Kelang boleh jadi putera Keramat pula? Cikgu memandang Asytar yang selalu tidak sabar. Membiarkan soalan supaya dijawab Shafiq untuk memberi tenang pada orang lain. Shafiq : Saya diaqiqahkan dan dicukur rambut di rumah Datuk saya di Keramat. Datuk saya Alias, moyang saya Sulaiman. Sama nama dengan anak Nabi Daud, Sulaiman. S : Ok, ok. Macamana jadi cerita asal usul Shafiq pula ni? Kelas pecah tawa. Merah menyerbu pipi Shafiq yang putih dan gebu. Shafiq senyum mesra ikhlas tanpa rasa kecil hati. Shafiq memang anak yang putih, luar dalam. S : Shafiq, kawan-kawan awak semua ini t...

David and Goliath

Image
Asytar : Ceritakan pada kami apa yang sebenarnya terjadi di Palestin. Saya : Baik, sebelum saya cerita, saya mahu tanya tentang kisah Nabi-nabi. Sebutkan pada saya siapakah nama anak-anak Nabi Ibrahim? Asytar : Mmm, Nabi Ismail. Saya : dan? Asytar : Siapa ya? Macam ingat, siapa ya...(sambil memandang rakan kiri dan kanan) Saya : Awak ni biar betul, nama anak Nabi Ibrahim pun awak tidak tahu? Mereka diam membisu, memandang satu sama lain. Saya memandang mereka, sungguh mereka tidak tahu. Saya : Bukankah seorang lagi anak Nabi Ibrahim adalah Nabi Ishak? Asytar : Oh ya, betul la baru saya ingat. Subhanallah. Saya hampir mengurut dada. Mereka tidak tahu mengenai kisah nabi-nabi. Dan bagaimana mahu cerita mengenai sejarah Palestin dan Jurusalem? Nanti, nanti saya akan kisahkan pada mereka sejarah panjang Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Hari ini saya akan cerita pada mereka tentang permainan lastik dan pistol-pistolan. Tentang David dan Goliath. Tentang revolusi batu. Batu ...