Posts

MRRAZ: Doa Malam Kuasa (Lailatul Qadar)

Allahumma innaka a'fuwwun tuhibul 'afwa fa'fu 'anni. May Allah grant you with His forgiveness and Mercy, InsyaAllah.

MRRAZ: Kuasa Ummah

Image
Kalau benar orang kata sejarah berulang dan kata bijak pandai juga jika mahu membetulkan keadaan, lihatlah pada sejarah. Kaji, analisa, buat kesimpulan, rangkakan dengan strategi kemudian bergerak dan bertindak! Tetapi kita tidak suka sejarah. Di sekolah, sejarah hanya diajar sebagai rentetan peristiwa dan cerita. Senarai data yang perlu dihafal yang membuat pelajar-pelajar bosan dan putus asa. Saya salah seorang antara pelajar itu. Sejarah tidak diajar seperti melihat cetak biru untuk melakukan tranformasi masa hadapan. Tetapi diajar untuk hafal lapisan atas sahaja, hafal dan muntahkan. Sejarah berpuasa zaman Nabi bermula selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah. Selepas kerajaan Islam ditubuhkan dengan Rasulullah sebagai ketua negara. Lebih mengkagumkan ayat suruhan berpuasa diturunkan kepada umat Islam pimpinan Nabi sedang menghadapi perang Badar. Selama Rasulullah berada di Makkah, puasa masih belum disyariatkan. Sehinggalah pemerintahan Islam bermula di Madinah. Dengan maksud Alla...

MRRAZ: Pasangan Hadiah yang Sempurna

Image
The Companion of the Perfect Gift Ramadhan adalah bulan disyariatkan puasa (Al Baqarah:183). Puasa dilengkapkan dengan tujuannya yang terang iaitu untuk mencapai taqwa. Ada orang menafsirkan taqwa sebagai takutkan Allah. Saya mengambil definisi TAQWA sebagai piety, holiness, godliness . Perasaan penuh berTuhan pada setiap masa dan keadaan. Rasa ketundukan atas segala perintah dan menahan diri dari segala larangan dengan keyakinan penuh. TAQWA , ia adalah perkataan besar. Untuk mencapainya bukan mudah. Meski seruan berpuasa wajib pada setiap umat Islam, ayat suruhan berpuasa di bulan Ramadhan bermula dengan perkataan ‘Wahai orang yang beriman.’ Dengan makna Allah sendiri sudah mengetahui kualiti umat zaman kerana itu dipilih perkataan ‘orang beriman’ bukan ‘orang Islam’. Yang paling minima menyahut syariat Allah ini ialah bila ada iman dalam dada. Itu akan menjawab kenapa ramai orang yang ditangkap tidak berpuasa. Itu juga menjawab laporan berita TV kenapa pihak berkuasa agama menjadi...

MRRAZ: Hadiah yang Sempurna (The Perfect Gift)

Image
Perhatikan ini: Ada 12 bulan, dan Allah memilih 1 bulan. Ramadhan. Ada 365 hari dan Allah memilih 1 hari di bulan Ramadhan. Ada peredaran siang dan malam bersilih ganti, Allah memilih 1 malam. 1 malam. Lailatul Qadar. Ada beribu-ribu Nabi dan Rasul, dan Allah memilih 1 Nabi. Muhammad Rasulullah. Ada banyak mushaf, Allah memelihara hanya 1. Atas segala pilihan itu, dengan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim, Dia menurunkan 1 mushaf pilihan iaitu AL QURAN. (Al Baqarah: 185). Pilihan yang begitu teliti, apakah maksudnya? Al Quran sebagai hadiah paling sempurna. Hadiahnya berupa tali penghubung antara Al Khaliq dan hamba yang tidak akan putus sehingga akhir zaman. (klik pada gambar untuk Al Quran interaktif).

MRRAZ: Konsep Masa

Image
Di entri lepas, ada komen bahawa bila dibawa berbincang mengenai hal ini ramai ada yang menolak mengembalikan pentarikhan Hijriah. Kata mereka “guna mana-mana kalender pun sama.” Soalnya, benarkah sama? Percayalah, kedengkian Iblis, Dajjal dan sekutu memang tiada sempadan. Seboleh mungkin mereka akan mencipta sistem supaya kita berlepas dari tujuan asal penciptaan manusia. Seperti mana firman Allah, ‘TidakKu jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk menyembahKu.’ Apa sahaja sistem alternatif yang boleh membuat manusia lalai dari menyembah Allah, ‘mereka’ adakan. Ini dibuat seteliti mungkin supaya manusia tidak sedar disesatkan. Hinggalah manusia mencintai sistem itu sepenuh hati, menganggap sebagai hak, tiada lain yang lebih baik. Mana-mana yang menentang adalah paksi jahat dan anti modernis. ‘Mereka’ kemudian mencipta konsep masa seperti mana yang ditunjukkan jam dipergelangan tangan, dinding dan telefon bimbit. Masa kita diagihkan dengan 24 bahagian yang dipanggil jam. Setiap jam pula...

MRRAZ: Mengembalikan Pentarikhan Islam

Image
Salah satu tipu daya Iblis, Dajjal dan sekutu dalam menjauhkan manusia dari mempunyai hubungan harmoni dengan Al Khalik ialah dengan mencipta kalendar Gregorian. Seperti apa yang diguna pakai hari ini. Kita menandakan tahun baru dengan bulan Januari, mengakhirinya dengan bulan Disember. Kita tidak lagi menggunakan kalendar Islam dalam urusan sehari-hari. Sebagai ummat Islam, kadang-kadang sendiri merasa menggunakan bulan Muharram sehingga Dzulhijjah tidak trendy dan begitu janggal. Jika diberi kuiz untuk menyebut bulan Islam yang pertama hingga yang akhir pasti ramai yang tidak akan lulus. Jika lulus sekalipun susunannya mungkin tunggang terbalik. Apatah lagi bila diminta untuk menceritakan peristiwa penting yang belaku dalam bulan tersebut. Saya sendiri, jika tidak berada di dalam bulan Ramadhan selalu lupa berada di bulan Islam yang mana. Bila ditanya, eskapis saya mudah. Buka internet, di situ akan ada jawapan. Jika tiada internet akan cari akhbar. Jika tiada, saya akan mengangkat ...

MRRAZ - 2

Image
Barangkali kita sudah tidak boleh menafi bahawa memang kita sudah pun berada di ambang pintu akhir zaman. Janji Allah tentang kemunculan hari kemenangan Agama (Yaum Ad Din) sudah dekat. Hanya iman akan bercakap bagi pihak. Samada kita merasa gentar dan mula membuat persiapan, atau menempelak rakan-rakan yang begitu suka bercakap hal ini sebagai tukang karut dan ketinggalan zaman. Samada kita suka atau tidak, percaya atau ragu-ragu, ini adalah zaman moden sekular yang mana paksi batil (Iblis, Dajjal dan sekutu) sedang membunyikan semboyan perang secara besar-besaran. Perang ini bukan khas untuk orang Islam. Di sinilah letak salah faham paling besar di kalangan kita. Perang ini adalah perang yang dilancarkan kepada umat manusia secara keseluruhan. Bukan fokus kepada umat Islam sahaja, bahkan semua tanpa kecuali. Ia adalah kesumat Iblis dari zaman Nabi Adam. Sumpahnya menyesatkan umat manusia tidak kira beragama agama atau tidak. Untuk menjauhkan manusia dari mempunyai rasa berTuhan. Aga...