Posts

Pram di Gramedia Mines

'Jika karya dan tulisan Pram yang kalian baca dan punya tidak membuat kalian menjadi berani, bebas, produktif dan mandiri, maka bakarlah. Kertas-kertas itu tidak lebih dari sekeranjang sampah. Seperti halnya tanpa membuat gementar parabirokrat, tanpa membuat nyala api jiwa individu dan massa terbakar hingga memerintahkan bulu kuduk para korporat sastra adalah bangkai'. 1000 Wajah Pram dalam Kata dan Sketsa. Buku Pramodya Ananta Toer yang ditag dengan harga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% sehingga awal bulan hadapan. Menjadikan ianya dibeli dengan harga RM15.00! Buku baru dengan 500++ mukasurat. Harga runtuh untuk peminat buku dan sesuai dibeli di musim perayaan (untuk mereka yang masih menerima duit raya). Pramoedya Ananta Toer di Gramedia @ The Mines dengan diskaun 50%! Terima kasih Masterpiece.

MRRAZ: Bersedia untuk Berdemo

Image
(Demo pertama berjaya memaksa TV3 menarik semula iklan raya 2010) Salam kawan-kawan budiman. Saya bukan penganjur demo meski ada beberapa demonstrasi terbuka yang saya sertai. Perkataan demo yang saya gunakan kali ini bukan provokasi, malah ia adalah saranan keamanan dan untuk menyampai mesej. 2 buku yang diberikan Profesor saya pada 19 Disember 2000, salah satunya bertajuk 'Hari Raya Hari Takbir'. Makalah yang disampaikan oleh Yusuf Al Qaradawi yang diterjemahkan oleh Baharuddin Ayudin. Masih relevan teks ini untuk dikupas. Secara ringkas buku ini menegaskan bahawa hari kemenangan bagi umat Islam adalah untuk dirai secara massa, beramai-ramai dan dinyatakan secara terus terang. Kita tidak akan nampak perhimpunan secara aman dengan memuji Allah dengan lantang kecuali dari 2 keadaan. Hari Raya Aidulfitri dan Hari Raya Aiduladha. Kedua-duanya disambut selepas selesai ibadah besar yang sangat signifikan bagi semua umat Islam. Kedua-duanya adalah ibadah untuk melekapkan rukun sebag...

MRRAZ: Selamat Tinggal

Ketika kami baru merasa kebahagian denganmu, kau telah pun hadir di depan pintu untuk mengucap selamat tinggal. Wahai Ramadan, kenali daku ketika bermadu, kenali daku semula ketika kau datang kembali. Wahai yang Maha Pemberi, temukanlah. (Doa Salam Perpisahan yang dipetik dari email. Moga kita merasai gugatan rasa akibat ditinggalkan oleh seorang sahabat yang baik - Syahr Ramadan, Syahr Al Quran, Syahr Lailatul Qadar) Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya Ya Allah, wahai Dia yang tidak mengharapkan balasan Wahai Dia yang tidak menyesali pemberian Wahai Dia yang tidak membalas dengan setimpal Anugrah-Mu permulaan, ampunan-Mu kebaikan, siksa-Mu keadilan, ketentuan-Mu sebaik-baik pilihan. Jika Engkau memberi tidak Kaucemari dengan tuntutan. Jika Engkau menahan tidak Kautahan pemberian-Mu dengan kezaliman. Engkau syukuri orang yang bersyukur pada-Mu. Padahal Kauilhamkan padanya mensyukuri-Mu. Kaubalas orang ya...

MRRAZ: Iktikaaf & Mendengar Suara Dari Dalam Diri

Kalau kita mengikut sunnah, selepas habis kerja kita akan segera mempersiapkan diri di masjid untuk beribadat iktikaaf untuk malam-malam 10 terakhir Ramadhan. Tetapi seperti banyak artikel dalam internet, sunnah ini paling tidak dikenal dalam budaya kita. Sementelah, kita lebih terarah untuk menyambut Syawal, dari bersedih mengenang Ramadhan yang bakal meninggalkan. Ramadhan di Malaysia lebih dikenal sebagai majlis memperkenalkan juadah, bukan bulan mentarbiyyah. Untuk mengasingkan diri sebelum menjelang Syawal, adalah sesuatu yang pelik kerana ketika ini kita sepatutnya sibuk menyiapkan seribu satu macam persiapan untuk Raya. Mengemas rumah, pasang langsir, tukar sarung cushion , pergi pasar, menyediakan bahan untuk juadah pagi raya, mencari buluh untuk masak lemang, menyediakan tenaga yang banyak untuk mengacau dodol. Banyak. Macamana boleh kita duduk mengasing diri beriktikaaf dalam masjid. Macam tidak adil kan untuk orang lain yang akan bersusah payah menyiapkan keperluan raya? Jan...

MRRAZ: Kemerdekaan Sebenar

Image
Hari ini 31 Ogos, hari kemerdekaan Malaysia. Barangkali ini adalah hari kemerdekaan paling tidak dirai. Meski jiran kita membuat provokasi paling buruk dengan membakar jalur gemilang, ia tidak juga menaikkan semangat patriotisme rakyat Malaysia. Mahu disalahkan siapa, pemimpin? Atau rakyat yang dikatakan tidak mengenang budi kerana tidak tahu menghargai sejarah kemerdekaan. Baik kita, mahupun jiran, tidak menghayati semangat kemerdekaan yang sebenar. Bukan negara lain perlu dimusuhi, lebih buruk kita berkongsi garis keturunan yang sama. Dari kepulauan Melayu. Berkongsi bahasa dan sebahagian budaya. Lalu atas nama apa kemarahan yang dipupuk dan tidak boleh ditahan-tahan lagi. Ini mahu salahkan siapa? Pemimpin yang tidak dapat mengawal hubungan diplomatik dan tidak menghiraukan sensitiviti. Atau rakyat yang super emosional. Lebih buruk ia berlaku di bulan Ramadhan. Bulan mentarbiyyah. Bulan yang mengajar kita agar bersabar dan mendidik diri agar menjadi hamba Allah lebih tenang dan tawad...

MRRAZ: Doa Malam Kuasa (Lailatul Qadar)

Allahumma innaka a'fuwwun tuhibul 'afwa fa'fu 'anni. May Allah grant you with His forgiveness and Mercy, InsyaAllah.

MRRAZ: Kuasa Ummah

Image
Kalau benar orang kata sejarah berulang dan kata bijak pandai juga jika mahu membetulkan keadaan, lihatlah pada sejarah. Kaji, analisa, buat kesimpulan, rangkakan dengan strategi kemudian bergerak dan bertindak! Tetapi kita tidak suka sejarah. Di sekolah, sejarah hanya diajar sebagai rentetan peristiwa dan cerita. Senarai data yang perlu dihafal yang membuat pelajar-pelajar bosan dan putus asa. Saya salah seorang antara pelajar itu. Sejarah tidak diajar seperti melihat cetak biru untuk melakukan tranformasi masa hadapan. Tetapi diajar untuk hafal lapisan atas sahaja, hafal dan muntahkan. Sejarah berpuasa zaman Nabi bermula selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah. Selepas kerajaan Islam ditubuhkan dengan Rasulullah sebagai ketua negara. Lebih mengkagumkan ayat suruhan berpuasa diturunkan kepada umat Islam pimpinan Nabi sedang menghadapi perang Badar. Selama Rasulullah berada di Makkah, puasa masih belum disyariatkan. Sehinggalah pemerintahan Islam bermula di Madinah. Dengan maksud Alla...