Posts

Rizqin

hari-hari ditemani bau Rizqin seolah hadiah yang diserah dari tempat tertinggi bagai melihat syurga meski masih berada dalam dunia setiap kali melihat dan bila dia mendepangkan tangan minta untuk diamankan dalam dakap seorang perindu (seperti aku) ada damai, ada sepi, ada syukur, ada keindahan betapa penciptaan meski kecil ia dapat memberi nyala sebuah harapan itu dunia yang menghantar nikmat akhirat untukku.

Hati-hati di jalan raya

Semasa entri ini ditulis, saya masih lagi merasakan debarannya. Moga Allah melindungi perjalanan orang (berkenderaan atau tidak) selagi ia menetapkan langkah kakinya untuk kebaikkan. Jika slogan hati-hati di jalan raya adalah merujuk kepada sikap pemandu untuk tidak memandu laju, saya hari ini telah menjadi sebaliknya. Bukan mahu laju tetapi terpaksa laju. Ketika berada di lebuhraya pantai timur, beberapa puluh kilometer lagi untuk melewati simpang ke Temerloh, saya melihat sebuah kereta sedang dipandu sangat santai. Waktu itu keadaan jalan lengang dan berkabus berat. Jarak penglihatan hanya beberapa meter. Untuk langkah keselamatan saya memasang lampu rendah. Pemandu kenderaan tersebut, seingat saya Tiara warna biru membuka cermin dan mengeluarkan tangan (hitam dan berbulu) sambil mengetuk-ngetuk pintu. Mungkin sedang menikmati irama lagu. Oleh kerana saya perlu sampai ke pejabat sebelum jam 9, saya memotong kenderaan tersebut. Tidak mengesyaki apa-apa saya memandu dengan kelajuan 100...

10 minit dan 2 jam

Bila pulang ke kampung halaman (i.e: Kuala Lumpur), saya lebih suka bergerak menaiki kenderaan awam. Biar apa pun komen orang terhadap perkhidmatan ini, saya tetap memberi markah penuh pada jaringan sistem pengangkutan di KL. Hari minggu yang lalu saya bergerak ke Ipoh dengan menaiki ETS (Electric Train System). Satu perkhidmatan baru yang memberi jaminan sampai ke Ipoh kurang dari 2 jam untuk laluan ekspres dan tambahan 20 minit lagi untuk laluan transit. Begini kronologi perjalanan saya: Pergi: Dari rumah ke stesen LRT Jelatek dengan menaiki bas. Mengambil masa kurang dari 10 minit dengan tambang RM1 sahaja. Naik LRT dari Jelatek ke KL Sentral – RM2.10. KL Sentral ke Ipoh : Naik keretapi biasa (kes salah beli tiket) RM22.00 Balik: Tiket ETS jam 6.30 dengan harga RM30 (harga promosi). Dari KL Sentral ke stesen Setiawangsa. Dari Setiawangsa menaiki teksi (kurang dari 10 minit) dengan harga perkhidmatan RM4.00. Saya ke Ipoh kerana menghantar komputer riba (yang sakit semula) ke doktor k...

Pod: Manusia dalam Selimut

Image
Sewaktu tergila-gilakan gajet, iPod digolongkan sebagai salah satu item wajib beli. Oleh kerana hidup sebagai orang biasa sentiasa berada dalam kekurangan, iPod jatuh ke kategori barang mewah. Sehinggalah mendapat kesedaran bahawa 'excitement' hanya berlaku ketika barang itu belum diperolehi. Tetapi apabila sudah dapat, ia menjadi barang biasa. Serinya sudah hilang. Mujur kesedaran itu cepat datang, lebih cepat daripada tangan yang gatal untuk mengeluarkan wang hanya semata untuk mendengar ribuan lagu dalam stor simpanan maya. Tetapi tidak begitu sukar untuk memilikinya sekarang. Harga iPod juga sudah jatuh ke tahap mampu milik. Jika tidak mampu mendapatkan iPod jenama Apple yang super mahal, banyak lagi alat yang sama fungsi dijual dengan harga murah. Juga applikasi pod ada dibina dalam telefon bimbit. Untuk generasi sekarang, alat ini wajib ada untuk dibuat peneman. Ketika tidur, ketika 'melabur', membaca, membuat kerja rumah, memasak, melayari internet, jogging, keti...

Pram di Gramedia Mines

'Jika karya dan tulisan Pram yang kalian baca dan punya tidak membuat kalian menjadi berani, bebas, produktif dan mandiri, maka bakarlah. Kertas-kertas itu tidak lebih dari sekeranjang sampah. Seperti halnya tanpa membuat gementar parabirokrat, tanpa membuat nyala api jiwa individu dan massa terbakar hingga memerintahkan bulu kuduk para korporat sastra adalah bangkai'. 1000 Wajah Pram dalam Kata dan Sketsa. Buku Pramodya Ananta Toer yang ditag dengan harga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% sehingga awal bulan hadapan. Menjadikan ianya dibeli dengan harga RM15.00! Buku baru dengan 500++ mukasurat. Harga runtuh untuk peminat buku dan sesuai dibeli di musim perayaan (untuk mereka yang masih menerima duit raya). Pramoedya Ananta Toer di Gramedia @ The Mines dengan diskaun 50%! Terima kasih Masterpiece.

MRRAZ: Bersedia untuk Berdemo

Image
(Demo pertama berjaya memaksa TV3 menarik semula iklan raya 2010) Salam kawan-kawan budiman. Saya bukan penganjur demo meski ada beberapa demonstrasi terbuka yang saya sertai. Perkataan demo yang saya gunakan kali ini bukan provokasi, malah ia adalah saranan keamanan dan untuk menyampai mesej. 2 buku yang diberikan Profesor saya pada 19 Disember 2000, salah satunya bertajuk 'Hari Raya Hari Takbir'. Makalah yang disampaikan oleh Yusuf Al Qaradawi yang diterjemahkan oleh Baharuddin Ayudin. Masih relevan teks ini untuk dikupas. Secara ringkas buku ini menegaskan bahawa hari kemenangan bagi umat Islam adalah untuk dirai secara massa, beramai-ramai dan dinyatakan secara terus terang. Kita tidak akan nampak perhimpunan secara aman dengan memuji Allah dengan lantang kecuali dari 2 keadaan. Hari Raya Aidulfitri dan Hari Raya Aiduladha. Kedua-duanya disambut selepas selesai ibadah besar yang sangat signifikan bagi semua umat Islam. Kedua-duanya adalah ibadah untuk melekapkan rukun sebag...

MRRAZ: Selamat Tinggal

Ketika kami baru merasa kebahagian denganmu, kau telah pun hadir di depan pintu untuk mengucap selamat tinggal. Wahai Ramadan, kenali daku ketika bermadu, kenali daku semula ketika kau datang kembali. Wahai yang Maha Pemberi, temukanlah. (Doa Salam Perpisahan yang dipetik dari email. Moga kita merasai gugatan rasa akibat ditinggalkan oleh seorang sahabat yang baik - Syahr Ramadan, Syahr Al Quran, Syahr Lailatul Qadar) Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya Ya Allah, wahai Dia yang tidak mengharapkan balasan Wahai Dia yang tidak menyesali pemberian Wahai Dia yang tidak membalas dengan setimpal Anugrah-Mu permulaan, ampunan-Mu kebaikan, siksa-Mu keadilan, ketentuan-Mu sebaik-baik pilihan. Jika Engkau memberi tidak Kaucemari dengan tuntutan. Jika Engkau menahan tidak Kautahan pemberian-Mu dengan kezaliman. Engkau syukuri orang yang bersyukur pada-Mu. Padahal Kauilhamkan padanya mensyukuri-Mu. Kaubalas orang ya...