Posts

Intermission (Siri Beijing): Motivational Quote

"Give oppurtunity a chance" "Think in abundance" "Say, if the ocean were ink (where with to write out) the words of my Lord, sonner would the ocean be exhausted than would the words of my Lord, even if we added another ocean like it, for its aid" Al Quran, Al Kahf: 109 If I have seen further than others, it is because I stood on the shoulders of giants. - Isaac Newton, 1610 Example is not the main thing in influencing others. It is the only thing - Albert Schweitzer

siri Beijing: The Art of War

Siapa yang menulis the art of war, dan siapa pula yang membacanya? Sekali jika kita membaca tajuk, sangka kita tentu penulis dan pembaca yang membaca buku ini gemarkan peperangan dan kekerasan. Namun, sebenarnya ia menggalakkan kemenangan dalam peperangan dengan menggelak perang itu sendiri. Pelik bukan? The Art of War (TAOW) adalah buku yang ditulis oleh Sun Tzu, seorang sarjana Cina di zaman dinasti Ming. Jangan salah faham, saya juga tidak pernah membaca buku ini baik dari naskah asal (macam la pandai baca mandarin) mahupun terjemahan. Dalam masih lagi mabuk Beijing, saya membeli buku China: Penakluk Bisnes Lautan Pasifik. Dalam buku ini ada sedikit pengenalan tentang The Art of War, yang sekarang telah diterjemahkan dalam banyak bahasa dan digunapakai dalam pelbagai variasi bidang. Dan tidak pula saya sangka, 5 hari berkampung di Shah Alam menuntut ilmu, buku TAOW dipromosi. Kata penceramah yang ultra pandai, apa pun kita buat mesti dengan strategi. Strategi itu pula mesti betul di...

kurang yang lebih

Masa sekolah dulu, cikgu ada mengajar tentang kecacatan pada manusia. Cacat dikelaskan pada golongan yang mempunyai kekurangan berbandingan apa yang ada pada kebanyakkan orang. Bermaksud, individu yang tidak sempurna. Baik dari segi anggota, mahupun keupayaan indera. Seingat saya, cikgu juga mengajar tentang buta warna. Golongan yang tidak dapat membezakan warna merah dan hijau (betulkan kalau saya salah). Waktu itu, kami diuji dengan pelbagai kad dan kami diminta membaca nombor yang tertera dalam kad tersebut. Sekiranya tidak dapat membaca, dia berkemungkinan buta warna. Saya tidak pernah berfikir sangat mengenai hal ini kerana beranggapan ia tidak signifikan. Kerana tidak ada saudara terdekat yang mempunyai kekurangan ini. Lebih-lebih lagi mereka nampak normal kekurangan mereka tidak nyata, selagi mereka tidak bercerita. Tadi saya mendapat khabar orang yang sangat saya hormati sebenarnya buta warna. Telah belas tahun saya kenal beliau, tetapi saya tidak pernah tahu tentang hal ini. ...

Beijing: Tuntutlah Ilmu walau ke Negeri China

Salam. Saya selalu tahu dan yakin, Rasulullah itu super genius. Kata-kata tuntutlah ilmu sampai ke negeri China itu adalah keramat yang selalu saya dengar, tetapi tidak pernah yakin akan sampai ke negara yang menyimpan Tembok Besar paling agam di dunia, dan sejarah bangsa mereka yang panjang dan besar. China, Negara yang telah dikenal Nabi, tetapi bagi kita ummah Melayu di Malaysia mendengarnya dengan perasaan takut, ragu-ragu dan curiga. Kerana sejarah bangsa kita mencatat pelbagai peristiwa pahit dengan bangsa ini, dan juga curiga dengan kesetiaan dan keikhlasan mereka. Bagi bangsa Malaysia, kita mempunyai stigma terhadap bangsa, budaya dan malah perkataan atau istilah. Antara perkataan yang akan menggundang mata bulat terbuntang ialah China kerana ia di identitikan dengan aliran faham komunis dan sosialis. Begitu juga perkataan Iran dan Syiah, kerana ia merupakan cabang mazhab yang tidak dikenal dan diasosiasikan dengan sesat dan penganjur revolusi massa. Namun, dengan apa pun juga ...

Selamat Hari Guru dan Laskar Pelangi

Memahami makna pendidikan melalui kaca mata Laskar Pelangi. Saya ketinggalan untuk mendengar bicara santai tentang buku-buku Andrea Hirata. Tetapi di sebelah malam, saya berkesempatan untuk menonton filem dari siri tetralogi Andrea Hirata, Laskar Pelangi. Ia cerita orang kecil dari Pulau Belitong. Tentang anak-anak miskin yang tidak dipedulikan pendidikan mereka, meski mereka tetap mahu bersekolah. Hanya mempunyai 3 orang guru. Pak Harfan, Ibu Mus dan juga Pak Bakri. Dengan 10 orang anak murid, mereka membayangkan untuk memberi pendidikan sepenuhnya, dengan kepercayaan semua anak-anak di Indonesia punya hak untuk mendapat pendidikan. Sebagai sebuah novel dan filem, LP adalah karya yang menyentuh. Anak-anak kita yang dibesarkan dalam linkungan senang, tidak akan memahami erti perjuangan untuk bersekolah seperti teman-teman mereka di SD Muhamaddiyah Gantong.Apa erti sekolah yang beratap bocor, berbau najis ternakan, bangunan yang hendak roboh, tanpa pakaian seragam sempurna, jarang sekal...

Berkat

Image
Saya bukan peminat Manchester United mahupun Chelsea. Yang saya tahu pada perlawanan lalu, antara MU dan Arsenal referee berat sebelah dengan menggenakan hukuman yang tidak munasabah kepada pasukan Arsenal dan mengacau laluan bola ketika pasukan Arsenal sedang membuat gerakan strategi ke gawang musuh. Kerana MU main tanpa keberkatan (dari saya umpamanya), mereka kalah 0-1. Kalau tak mungkin Arsenal menang 2-0, satu penalti sebab handball kat gawang Edwin Van De Sar. Peminat MU, jangan buat-buat tak nampak pulak! (Ya tahu, saya sudah kelewatan. Dan MU menang melawan Chelsea 1-0, dan Barcelona pun sudah menjadi juara). Hari ini saya ingin bercerita tentang keberkatan. Siapa sebenarnya tahu tentang makna keberkatan? Saya tidak, sehinggalah baru-baru ini saya membaca Travelog yang dihadiahkan oleh penulis (Mohd Farid Mohd Rashidi) ‘Debu-debu Kota Seribu Menara’. Di saat orang merai pelbagai nilai yang songsang dan tidak mempercayai tentang keberkatan dan maknanya, saya menjumpai mutiara...

Menang

Image
Kekalahan pada seseorang atau pihak lawan akan mengakibatkan kemenangan pada orang yang lain. Ini logik akal dan logik alam. Pernahkah kita mendengar, kemenangan bagi seseorang juga akan menyebabkan kemenangan bagi orang yang lain juga? Saya belajar dari kawan yang ahli hikmah (banyak betul kawan saya yang ahli hikmah kan? - tapi belum tentu saya sendiri penuh dengan hikmah :P). Beliau menyorot dari perspektif seorang guru. Sudah tentu guru yang arif dengan ikhtisas perguruan, bukan guru yang caca merba yang banyak ada seperti zaman sekarang. Ya, beliau seorang guru dan secara konsisten selalu mengajari saya. Kata beliau, menjadi seorang guru akan ada 2 kemenangan. Satu apabila pelajar mendapat kejayaan di akhir pengajiannya. Pelajar menang, guru juga menang. Satu lagi bila pelajar gagal di akhir pengajian. Pelajar kalah, tetapi cikgu menang. Pelik. Tetapi itulah cerita beliau. Kemenangan yang pertama itu norma, rutin dan selalu berlaku. Kemenangan yang kedua ialah apabila pelajar seca...