Posts

OK! Tak boleh tahan dah - 2

Image
Baik saya tahu saya tidak mempunyai kelayakkan untuk memberi pandangan dari sudut agama, kerana tidak mempunyai sijil agama? Tetapi itu tidak menidakkan hak saya untuk menyayangi agama ini sepenuh hati, mempelajarinya secara bersungguh-sungguh melalui pembacaan, berdiskusi dan sekali-sekala berpeluang berjumpa langsung kepada mereka yang arif. Masih mengenai jerebu, betapa perlunya kita menilai dengan lebih kritis isu ini. Saya bersyukur malam semalam, dan petang tadi awan sudah mula mengeluarkan air hujan yang menyejukkan udara yang panas, dan menerangkan sedikit pemandangan yang berjerebu. Namun belum mencukupi untuk mengembalikan langit biru, dan ketenagan fikiran. Yang saya pelajari bahawa agama adalah universal dan sangat sejalan dengan prinsip sains fizikal dan apa-apa pun sains yang wujud dalam dunia ini. Yang adalah dalam bentuk hukum fizikal ialah kasualiti. Apakah dia kasualiti? Ia adalah hukum sebab dan akibat. Kenapa lapar (akibat) sebab kita tidak ma...

OK! Tak boleh tahan dah

Image
Saya sudah tidak boleh tahan lagi. Saya mencari hujah tentang jerebu ini yang bagai tidak berkesudahan. Saya tidak nampak di tempat saya sudah dilakukan usaha-usaha untuk pembenihan hujan, untuk membersihkan udara yang cemar dengan partikel yang sangat merbahaya kepada paru-paru dan kesihatan. Kenapa nak emosional sangat? Kenapa nak emosional sangat? Saya beritahu ini adalah masalah sejagat yang menyangkut kesihatan manusia. Terutama golongan tua, kanak-kanak dan bayi. Kita yang perkasa ni jangan nak rasa perkasa sangat, jika Tuhan nak beri kita sakit itu bila-bila, memang betul boleh jadi. Itu berlaku kerana aturan dan keperluan badan untuk distabilkankan. Tetapi jika berlaku campur tangan manusia, contoh, seperti kejadian jerebu ini, saya tidak boleh tahan. Bagaimana boleh orang beri nasihat, relax la, hisap rokok dulu. Nak kena pelangkung ke apa, dalam keadaan seperti ini masih lagi hisap rokok, bakar sampah sarap dan lebih tidak tahan di Putrajaya galak membakar bunga api...

Wajah-wajah yang Cantik

Image
Kami menjelejah Gua di Kota Gelangi, bermain sukaneka dengan bermacam ragam abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, bermandi-manda di kolam Tekam Resort dan kemuncaknya makan malam BBQ dengan persembahan bersemangat dari adik-adik yang sporting. Saya lihat kasih sayang, kemesraaan, masa depan cemerlang di tangan anak-anak muda yang percaya mereka boleh melakukan perubahan walau masih belum ada apa-apa di tangan, saya lihat kemanusiaan masih hidup walau dalam asap jerebu yang menekan. Sebelum pulang lewat malam dari Tekam Resort, adik-adik yang keletihan tetapi berpuas hati dengan hadiah hamper masing-masing, saya melihat langit. Ada bulan, besar, kuning dan terang. Bulan telah muncul, seperti bulan, mereka ini adalah wajah-wajah yang terlalu cantik di mata saya. Semoga Allah merahmati dengan kasih sayang mereka yang dicurah, sepenuh ikhlas.

Totto Chan: Gadis di Jendela

Image
Totto Chan adalah kisah waktu kecil seorang gadis kecil yang mempunyai kenakalan tersendiri sehingga dibuang sekolah seawal Gred 1. Peristiwa pahit ini adalah satu rahmat, apabila Totto Chan diterima masuk ke sekolah Tomoe. Paling penting pada peringkat awal, ibu bapa Totto Chan tidak menceritakan kenapa dia perlu berpindah sekolah, sebaliknya tetap menyakinkan gadis kecil itu bahawa peluang itu terbuka dimana-mana. Totto Chan tetap berada dalam keadaan positif, meski hakikat sebenar pahit untuk ditelan. Sekolah Tomoe adalah utopia pendidikan awal kanak-kanak yang pernah wujud sebelum perang dunia ke II. Model sekolah ini perlu dibaca dengan sepenuh sedar, sekolah seperti ini pernah wujud. Tidak kiralah pada zaman bila. Paling penting untuk memahami novel kecil ini, penuh dengan naratif bersahaja, dengan model-model pendidikan anak-anak diterapkan sepenuh sedar oleh Guru Besar Kobayashi, tetapi ditangani secara alamiah oleh kanak-kanak. Kata kuncinya memahami psikologi kanak-kanak...

Jom tonton mobtv: Pedagogi Pendidikan Cinta

Salam semua di minggu yang baru, semoga dirahmati Allah. Forum Pedagogi Pendidikan Cinta langsung pada 16 Jun 2013, saksikan penuh liputan dari mobtv di sini.  http://www.mobtv.my/talkshow-3461.html Selamat Menonton!

Cintai Ilmu

Dalam beberapa minggu ini, ada perkara yang bermain di minda. Ada keputusan yang perlu dibuat tetapi masih bertangguh. Saya berfikir adakah dengan membuat apa yang kita suka akan dapat menyelamatkan dunia? Cita-cita yang sangat besar, mungkin boleh disama tarafkan dengan Mat Jenin. Hari ini saya bertuah apabila dapat mendengar langsung kuliah orang yang saya hormati, Prof Al Mahdi dicapaian ini. Saya mencadangkan untuk pembaca membaca tiga jilid buku Unified Theory of Existence, karangan Prof sebelum mengikuti kuliah beliau untuk pemahaman. Sewaktu Prof memulakan kuliah ini, kemudian baharu dimuatnaik di dalam YouTube, Prof sudah faham dengan kondisi kesihatan beliau. Beliau menjangkakan mempunyai beberapa tahun lagi untuk menyempurnakan teori Law of Learning tetapi vonis penyakit kanser yang sudah mencapai tahap terminal telah menyebabkan Prof membuat rancangan lain. Beliau berusaha keras untuk menyiapkan kerja-kerja yang telah berlangsung lebih 30 tahun untuk kemudian n...

Jangan Sampai Terlepas Peluang

Dua hari ini saya perlu berbengkel sampai malam. Dari pagi sehingga ke jam 10.30 malam. Seperti kerja-kerja yang perlu dipanjangkan masanya, saya tidak pernah menyukainya, siapa akan suka pun? Tapi dua hari ini bawa saya untuk menilai diri, ada memori yang perlu saya putar kembali. Saya akan ceritakan sepanjang penulisan ini. Ada banyak perkara yang saya tidak berbangga dengan diri sendiri, dan salah satunya apa yang diperolehi dalam bengkel sampai ke malam yang baharu sahaja sudah sebentar tadi. Guru yang datang untuk mengajari adalah guru lama saya. Yang saya kenali beliau ketika saya masih berusia belasan tahun. Saya percaya, dia selalu menyokong perkembangan profession dengan sokongan yang begitu teguh, cuma saya tidak pernah benar bersungguh menghargai dia. Yang dia kenali nama saya, dan kekal mengingat walau sudah begitu jauh masa menjarakkan. Sewaktu saya bergelar pelajar, dan beliau sebagai pensyarah. Saya sudah katakan, ada beberapa perkara yang saya tidak berba...