Posts

Rantai Kehidupan

Seminggu dua lepas, banyak benda yang dapat. Realiti masyarakat yang sangat perit untuk ditelan. Saya kongsikan senario. Kami berjumpa Pakcik Amran hari Jumaat, warga emas umur lebih 60 tahun yang sudah beberapa tahun jadi gelandangan kota. Homeless. Yang nasib hari ini mereka tidak tahu samada punya makanan atau tidak. Yang tidak tahu malam nanti kalau hujan dapat tempat berteduh yang selesa atau biarkan sahaja diri tidur dalam hujan. Kami bersembang panjang, tetapi cukuplah saya simpulkan, masalah Pakcik Amran adalah masalah keluarga dari ibu bapa yang saling bertengkar. Kemudian Sabtu lalu, kami ke sekolah tahfiz. Melihat keputusan peperiksaan mereka, mata saya bulat hampir tidak percaya. Semuanya banyak merah, biru dan hitamnya hanya sedikit. Dan paling mengejutkan ada yang mendapat markah Bahasa Melayu 0, kosong. Hari Ahad, kami ke rumah anak yatim dan miskin. Ada adik-adik yang menulis namanya terbalik. Ada yang masih tergagap-gagap tidak boleh membaca. Ada yang bole...

Insaf

Usia yang banyak pun belum menjamin kematangan. Saya kira betul. Kawan saya pernah bertanya apa yang difikirkan oleh mereka yang sudah berusia lebih 40an? Yang ditemui kawan saya, umur sudah banyak tapi tindakan masih anak-anak. Tanya saya? Saya tidak tahu, betul saya tidak tahu.  Mak juga pernah berpesan yang sama. Usia tidak menjamin, tetapi pengalaman. Kerana itu kita tidak perlu terpinga-pinga mengkagumi Imam Syafei dalam usia muda sudah menjadi guru, malah dalam hidupnya menjadi pendiri mazhab. Imam Syafei yang telah dihantar menggembara menuntut ilmu seusia 12 tahun! Pengalaman apa yang tidak dilaluinya? Saya mendapat satu kesedaran hari ini, antara lain yang mendorong orang menjadi matang adalah kefahaman. Nampak satu ayat yang mudah, tetapi ya, bukan semudah itu.  Saya insaf, saya tidak belajar banyak dulu. Bahawa hidup ini cuma akan nampak keindahan dan warnanya, bila kita mahu kembali menjadi manusia. Dulu saya fikir, tidak salah kita berperanan di m...

Dia

Masih di konvensyen Aku Cinta Allah dan Rasul. Untuk saya, ia adalah aktiviti yang perlu untuk membasahi kembali hati, mengingat perkara yang terlupa, menjumpai rakan-rakan yang selalu berpesan kepada kebaikkan, menghargai hidup dan kehidupan. Tidak disangsikan lagi, pengisiannya akan kembali menghantar saya di hadapan kubah hijau. Mengingati kembali kata-kata rindu yang terluah dan air mata yang membajiri pipi hingga menitik ke lantai Masjid Nubuwwah. Dalam satu pengisian, apabila senandung qasidahnya panjang-panjang dan bersambung, rakan saya mula bertanya tentang banyak perkara. Mengenai polemik antara golongan salafi dan sufi, amalan bernasyid sambil berekspresi menepuk tangan dan melambai-lambai itu selalu yang asing di mata, ada penolakkan dalam jiwa. Saya faham soalan rakan apa maksudnya. Kemudian rakan membandingkan pondok di Kelantan dan Kedah yang berbeza dari segi amalan ini. Di Kelantan, berqasidah, bernasyid begitu hampir tidak dikenal di pondok, berbanding pondok...

Hina

Semalam, kami berkampung di UIA untuk progam Kami Cinta Allah dan Rasul. Saya tidak pernah membayangkan bahawa kita ini memang benar-benar berasal dari sesuatu yang hina. Ketika Ustaz Kamalul Hysham membuat satu perumpamaan di mana kita berasal, beliau menyebut dari air mani. "Jika ada setompok air mani di atas pentas ini, saya mengumumkan, siapa yang punya air mani ni, nescaya tidak ada siapa yang akan mengaku. Punya hina dan jijik kejadiannya, hingga tiada siapa pun yang mahu." Saya di hujung dewan terkaku. Itu kenyataan paling tepat menggambarkan tentang kehinaan. Bahawa kejadian saya dari sesuatu secara materialnya hina, tetapi begitu Maha Besar Allah, Dia yang mengangkat kemuliaan makhluk apabila sempurna menjadi manusia. Dengan ego mana kita mahu menongkat dada? Allah, aku hina. 

OK! Tak boleh tahan dah - 2

Image
Baik saya tahu saya tidak mempunyai kelayakkan untuk memberi pandangan dari sudut agama, kerana tidak mempunyai sijil agama? Tetapi itu tidak menidakkan hak saya untuk menyayangi agama ini sepenuh hati, mempelajarinya secara bersungguh-sungguh melalui pembacaan, berdiskusi dan sekali-sekala berpeluang berjumpa langsung kepada mereka yang arif. Masih mengenai jerebu, betapa perlunya kita menilai dengan lebih kritis isu ini. Saya bersyukur malam semalam, dan petang tadi awan sudah mula mengeluarkan air hujan yang menyejukkan udara yang panas, dan menerangkan sedikit pemandangan yang berjerebu. Namun belum mencukupi untuk mengembalikan langit biru, dan ketenagan fikiran. Yang saya pelajari bahawa agama adalah universal dan sangat sejalan dengan prinsip sains fizikal dan apa-apa pun sains yang wujud dalam dunia ini. Yang adalah dalam bentuk hukum fizikal ialah kasualiti. Apakah dia kasualiti? Ia adalah hukum sebab dan akibat. Kenapa lapar (akibat) sebab kita tidak ma...

OK! Tak boleh tahan dah

Image
Saya sudah tidak boleh tahan lagi. Saya mencari hujah tentang jerebu ini yang bagai tidak berkesudahan. Saya tidak nampak di tempat saya sudah dilakukan usaha-usaha untuk pembenihan hujan, untuk membersihkan udara yang cemar dengan partikel yang sangat merbahaya kepada paru-paru dan kesihatan. Kenapa nak emosional sangat? Kenapa nak emosional sangat? Saya beritahu ini adalah masalah sejagat yang menyangkut kesihatan manusia. Terutama golongan tua, kanak-kanak dan bayi. Kita yang perkasa ni jangan nak rasa perkasa sangat, jika Tuhan nak beri kita sakit itu bila-bila, memang betul boleh jadi. Itu berlaku kerana aturan dan keperluan badan untuk distabilkankan. Tetapi jika berlaku campur tangan manusia, contoh, seperti kejadian jerebu ini, saya tidak boleh tahan. Bagaimana boleh orang beri nasihat, relax la, hisap rokok dulu. Nak kena pelangkung ke apa, dalam keadaan seperti ini masih lagi hisap rokok, bakar sampah sarap dan lebih tidak tahan di Putrajaya galak membakar bunga api...

Wajah-wajah yang Cantik

Image
Kami menjelejah Gua di Kota Gelangi, bermain sukaneka dengan bermacam ragam abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, bermandi-manda di kolam Tekam Resort dan kemuncaknya makan malam BBQ dengan persembahan bersemangat dari adik-adik yang sporting. Saya lihat kasih sayang, kemesraaan, masa depan cemerlang di tangan anak-anak muda yang percaya mereka boleh melakukan perubahan walau masih belum ada apa-apa di tangan, saya lihat kemanusiaan masih hidup walau dalam asap jerebu yang menekan. Sebelum pulang lewat malam dari Tekam Resort, adik-adik yang keletihan tetapi berpuas hati dengan hadiah hamper masing-masing, saya melihat langit. Ada bulan, besar, kuning dan terang. Bulan telah muncul, seperti bulan, mereka ini adalah wajah-wajah yang terlalu cantik di mata saya. Semoga Allah merahmati dengan kasih sayang mereka yang dicurah, sepenuh ikhlas.