Posts

Terima kasih!

Terima kasih kerana belum pun saya masuk sekolah, mak dan ayah sudah mengajari saya membaca Al Quran. Dengan itu saya tidak menjadi buta kepada huruf-huruf yang Allah ciptakan sehingga menjadi warkah yang memperkenalkan DiriNya kepada saya.  Terima kasih kerana menghantarkan saya ke sekolah, untuk saya dapat membaca huruf-huruf Rumi Melayu dan Inggeris, sehingga saya dapat membaca tafsir kalamNya yang saya dapat fahami dan mengambil pengajaran-pengajaran. Apa yang diusahakan secara bersusah payah oleh mak dan ayah sehingga mengorbankan kesenangan diri adalah untuk menjodohkan saya dengan buku yang dinamakan Al Quran, kata dasarnya Qara'a bermakna recitation ataupun Bacaan. Semoga Dia menemukan Cinta melalui surat yang diizinkanNya Baca.

Budaya dan Kebenaran (agama) - 2

Masih lagi saya merujuk kepada Dr Jeffrey Lang. (minta maaf minggu ni minggu Dr Jeffrey Lang agaknya. This man inspired me in many ways than I can imagine.) Persoalan saya di atas sebenarnya diambil dari YouTube yang saya cuba tekuni seminggu dua ini. Dalam satu aspek kita melihat Dr Jeff begitu tenang orangnya, kelakar, sangat intelek, bersemangat dan cintakan agama, tetapi dalam satu aspek kita melihat juga kekecewaannya kerana ramai orang Islam tidak bersikap seperti semestinya orang Islam bersikap. Ini memberikan cabaran kepada Dr Jeff yang bukan sedikit. Kata Dr Jeff (lebih kurang), "saya mesti memberitahu isu-isu ini kepada masyarakat muslim, kerana saya sudah 20 tahun berada dalam agama ini tetapi saya tidak pernah mendengar mana-mana  scholars  bercakap secara serius tentangnya. Ini meninggalkan saya dalam keadaan tanpa pilihan, saya mengambilnya sebagai tanggungjawab untuk bercakap. Keluhan-keluhan ini memang ada dalam masyarakat, dan bagaimana kita mahu bertinda...

Budaya dan Kebenaran (agama) - 1

Rakan baik saya pernah memberi nasihat, "sekiranya awak mahu mengenali orang (di tempat orang lain), kenalilah budaya mereka dan jadilah seperti mereka. Sekiranya awak mahu memperkenalkan diri awak kepada orang lain, jadilah diri awak sendiri bukan orang lain." Ada masalah dalam perkara ini sebenarnya. Yang pertama adalah penerimaan kita terhadap budaya semata-mata kita mahu fit in dalam dunia mereka. Tetapi benda ini adalah sangat penting, terutama untuk memulakan perkenalan dan perbualan. Terutama jika kita adalah orang asing yang merantau dan berada di tempat orang. Masalah yang timbul ialah apabila budaya setempat yang tidak ada kaitan dengan tuntutan agama, menjadi seolah-olah perkara wajib dalam agama. Sebagai contoh tentang penggunaan masjid seolah-olah dikhususkan kepada lelaki sahaja. Ada negara malah tidak membenarkan wanita untuk bersolat pada lantai yang sama dengan lelaki. Mereka diminta untuk berada di tingkat lain sekiranya mahu melakukan solat berjem...

Mencari Bilal

Terima kasih kepada Dr Jeffrey Lang, beliau telah membuka mata saya bagaimana seharusnya saya membaca. Membaca Al Quran, membaca sejarah, membaca alam, membaca kasih sayang keluarga dan rakan-rakan.   Bilal adalah tokoh sejarah. Orang mengaitkannya dengan tugas sebagai muezzin Rasulullah. Atau tukang azan di masjid. Tapi sejarah Bilal lebih jauh dari itu.   Bilal hanya seorang hamba. Hamba berkulit hitam, yang dipunyai oleh Umayyah. Semasa awal keIslamannya, Bilal diseksa dengan sebegitu buruk dan dahsyat. Tidak ada seorang pun makhluk zaman moden akan menyanggupi pengorbanan Bilal.   Itu cerita yang semua orang pernah dengar. Saya memandang dari sudut sejarah, kenapa pada zaman itu semua Tuan-tuan menjadi takut bila hamba mereka masuk dalam Islam. Dari segi tugasan, mereka masih melakukan tugas yang sama. Tidak membantah. Mereka tetap patuh pada tuntutan kerja.   Ada seruan lain yang Rasulullah masukkan dalam mengajak orang Makkah ke dalam agama Isl...

Stop it!

Seorang rakan muda memberitahu, "berhenti meletakkan iman anda di tangan orang lain." Katanya, dia mahu bertanggungjawab dengan iman yang dia yakini, bukan dipaksakan. Ramai orang akan menganggap seolah-olah itu percakapan orang yang angkuh, tetapi untuk saya, ia adalah percaya diri dan percakapan orang sedar. Sedar fitrah dirinya, yang diciptakan dengan kebebasan memilih. Dan dengan kuasa sebesar itu apa sahaja yang berlaku, dia tidak akan menyalahkan orang lain tetapi dirinya sendiri. Sejenak cuba kita fikirkan, benar tidak percakapan seperti ini? Bila kita cukup dewasa, akhirnya kita juga akan menyakini benda yang sama. Bahawa iman itu apa yang kita yakini dalam hati, bukan yang dipaksakan. Soalnya cepat atau lambat. Katalah kita bakal menjadi seorang ibu atau bapa. Dan tugas kita menjaga mereka hanyalah setakat usia 8 tahun. Kemudian dari itu kita meninggal, harta apa yang kita mahu tinggalkan untuk dia? Saya akan membekalkan anak saya dengan dua...

Apa yang Kita Hilang - 2

Akhir-akhirnya ada ramai kawan bertanya mengenai banyak benda. Antaranya ialah bagaimana kita menangani perasaan bersalah pada kesalahan kita yang lalu-lalu. Ramai juga yang bertanya, kenapa kita menjadi umat yang tidak berdaya.   Saya kira soalan-soalan itu juga menampakkan kita kehilangan banyak benda dengan budaya yang kita ada. Terlalu bergantung kepada jawapan dari orang agama, dan lagi buruk orang-orang yang bukan agama tetapi kita percaya mereka boleh bagi kita jawapan juga sebagai salah satu kehilangan yang kita miliki.   Dr Lang telah membuka mata saya bagaimana kita perlu baca Al Quran. Paling tersentuh bila Dr Lang membicarakan tentang ayat 30 surah Al Baqarah. Di situlah soalan Dr Lang sepanjang hidupnya, iaitu tentang Tuhan dan kenapa Tuhan ciptakan dunia penuh kerosakkan. Hanya membaca surah kedua, Dr Lang telah menjumpai jawapan kepada sebab Dr Lang menjadi seorang atheist.   Saya mencari apa yang hilang. Apa yang salah dalam proses saya membac...

Apa yang Kita Hilang - 1

Hujung minggu ini saya mengasingkan diri dalam bilik untuk mengemas dan juga meneroka dunia YouTube. Sangat berbeza dengan apa yang selalu saya buat, membuka TV untuk menonton The Voice. Penat mengemas saya mula mendengar dengan teliti berita dan cerita dalam YouTube.   Apa yang bagus dalam YouTube adalah rancangan yang boleh kita pilih. Berbanding TV, kita perlu menunggu apa yang kita mahu tonton, sementara itu kita anak disogokkan dengan banyak iklan.   Untuk hujung minggu ini, saya ditemukan dengan Dr Jeffrey Lang. Seorang Profesor Matematik yang menemui kebenaran dari dalam Al Quran.   Satu perkara yang selalu saya cemburukan kepada atheist apabila mereka menemukan kebenaran, ialah perjalanan mereka memilih kebenaran itu selalu dalam provokasi menggunakan akal tahap maksima. Berbanding kita yang selesa dengan apa yang sudah sedia untuk kita. Rasa sudah selesa dan tidak pernah berfikir kita juga perlu mencabar kredibiliti intelektual sendiri. Sekurang-kura...