Perjalanan Ini
Ada orang bertanya pelajaran utama yang dapat balik dari Haji? Kata saya, "Haji itu bergerak. Sentiasa bergerak. Tidak ada syariat Haji yang tidak mensyaratkan kita bergerak." Ketika tawaf, saei, wukuf, mudzhalifah dan melontar, saya merasakan seluruh tenaga dikerahkan untuk bergerak, terus bergerak dan bergerak. Gerakan itu saya rasakan menyeluruh. Bukan setakat tubuh badan dan anggota, termasuk juga jiwa dan akal fikiran. Kawan-kawan saya di dalam bilik adalah manusia yang bertemankan buku. Sekiranya mereka tidak tidur kerana kepenatan memberi tenaga, mereka akan mengulit buku. Samada membaca atau menulis, itulah yang dilakukan. Sela masa pembacaan itu, mereka akan bertanya itu dan ini. Tentang syariat, tentang kehidupan, tentang pengalaman, falsafah, tentang apa sahaja. Dari segi emosi, saya rasa mereka yang berkesempatan berada dalam keadaan spritual yang sangat intense , merasa rasa itu tidak pernah berhenti. Mengalir, penuh keterujaan, rasa begitu renda...