Posts

Menjadi Khalifah

Siapa yang patut menjadi Khalifah? Seawal membuka Quran dalam surah kedua, setiap manusia telah diperingatkan tentang tanggungjawab yang satu ini walau tidak selalu diulang sebut dalam mana-mana ceramah agama mahupun motivasi. Mungkin selalu sebut tetapi penghayatannya tidak begitu mengujakan. Sejak dari Nabi Adam, itulah tugas yang telah dipakaikan kepada manusia. Sejak Nabi Adam berada dalam 'syurga', perintah ini sudah ada. Tidak timbul Nabi Adam didenda (hukum) diturunkan ke dunia kerana telah makan buah khuldi.  Semakin membaca, semakin menarik pula perbincangan mengenai khalifah. Bermula dari pembacaan dari buku-buku Prof Muhammad Al Mahdi Jenkins, Dr Jeffery Lang, buku sejarah silam, perkataan ini sangat sentral untuk menceritakan tugas dan peranan manusia. Tetapi sayang, manusia jarang diperingatkan apatah lagi ditunjuk bagaimana mahu menjadi seorang khalifah. Perkataan khalifah ini berputar di banyak tempat. Dalam perbincangan teologi, ketika membicara...

17 Ramadan 1435 Hijrah

Esok hari Nuzul Quran. Malaysia cuti. Saya menulis dengan hati yang berat. Saya tidak lebih baik dari mana-mana orang. Barangkali lalat yang diciptakan Allah lebih mulia. Tapi saya menulis juga. Hari ini masuk hari ke berapa Gaza terus bermandi darah. Di sebalik kemeriahan Piala Dunia (yang saya tidak ikuti), Ramadan, Zionis Israel terus cabul mencabul. Barangkali saya tidak punya hak menulis tentang Palestin. Saya bukan pejuang, bukan aktivis, bukan pembela hak asasi manusia, malah George Galloway lebih pemberani. Suaranya menggegar di mana-mana. Tentang kemanusiaan. Tentang pengkhianatan bangsa Arab ke atas tetangga mereka di Palestin. Tentang Negara-Negara yang membekalkan senjata dan latihan kepada Palestin, adalah Negara yang dilabelkan paksi jahat, Syria dan Iran. Sedang kami saudara muslim yang lain berdiam, rasa mencukupi membekalkan Palestin dengan doa dan boikot barangan, itu pun hanya satu dua sahaja yang mampu diboikot. Yang lain masih lagi berfikir-fikir mampu...

Getting Old Gracefully

Dahlia semakin menyukai rutin bulanan membawa Mak ke rumah sanak saudara sebelah arwah Ayah. Dari segi talian, sepatutnya sudah jauh. Memandangkan sejak kecil Dahlia tidak berapa rapat dengan keluarga sebelah Ayah disebabkan jarak umur dan juga budaya yang diamalkan. Mereka lebih berpendidikan jadinya cara bergaul itu agak formal dan bersopan. Dahlia cuba memadamkan konflik apabila berkunjung di rumah Pak Usu. Konflik tentang keteguhan memegang kepada agama dalam bentuk masyarakat terima. Seperti, ketika kita sudah mencapai umur senja, setiap dari kita mesti menunjukkan ciri-ciri alim dan tunduk. Mungkin kalau nak dimudahkan bahasa, mesti memakai kopiah putih dan tunduk elok tertutup. Pak Usu dan Mak Usu jauh dari ciri-ciri tipikal seperti itu. Untuk orang yang sudah melepasi umur 70, mereka masih kelihatan ranggi dan bergaya.  Pak Usu dan Mak Usu sejak dari muda-muda dahulu sudah pun mengubah cara hidup dan menerima dengan terbuka budaya luar. Pak Usu terdidik di negeri o...

Kematian

Hari Selasa, akhirnya saya kembali mengambil buku Tuesday with Morrie, satu-satunya buku Mitch Albom yang saya beli dan baca. Kisah mengenai Morrie, Profesor Mitch yang menjadikan saat akhirnya sebagai pengidap penyakit ALS dalam kajian. Kajian tentang kematian dan bagaimana seharusnya seorang manusia menghadapi mati.   Dua minggu yang lalu sebenarnya, saya menerima berita kematian rakan sepersekolahan akibat penyakit kanser. Sedang menjalani rawatan walaupun kanser sudah berada di tahap terminal. Gigih berjuang untuk kehidupan, seorang ibu, juga pekerja yang tekun.   Bukan sehari dua ini topik kematian menjadi minat. Lama sudah. Paling menginspirasi adalah kisah Profesor Al Mahdi, pendiri Khalifah Metod. Ketika didiagnos dengan kanser di peringkat terminal, Prof Al Mahdi tidak menyerahkan hidupnya kepada nasib, bahkan melipatkan ganda usahanya untuk membuka sebuah sekolah. Kata Prof, "adalah lebih baik saya membuat kelas menurunkan segala ilmu yang dikaji selama lebi...

Jelajah

Image
Dahlia tidak bercadang mahu aktif dalam perbualan Paksu dan Makcik Hafsah. Dahlia hanya mahu tekun mendengar. Dia tidak tahu berapa umur Paksu, mungkin sudah menghampiri 70 tahun. Paksu yang sudah tua. Ketika mudanya segak, tampan dan pandai berbahasa Inggeris. Ketika tua masih juga segak walau mempunyai sedikit masalah pendengaran. Bukan sesuatu yang menghairankan untuk Paksu pandai banyak bahasa asing. Malahan beliau pernah bekerja di pejabat pegawai tadbir diplomat. Pernah bermukim di banyak negara, UK, Amerika Syarikat, Mauritius, Korea. Entah berapa banyak lagi negara yang dijelajah Paksu. Paksu mengangkat cawan yang berisi coffe lat e yang dibancuh Mak Usu. "Awak nak tahu cerita cawan Starbucks ni. Cawan ini dibeli di Seattle Washington, kedai pertama untuk  franchaise kedai Starbucks. Masa di State, Mak Usu bereya mengajak ke sini bila tahu kedai pertama dibuka. Di sanalah barangan kenang-kenangan dijual. Ada banyak barangan cenderahati dij...

Erti Hidup Pada Memberi? - 2

Bila disebut erti hidup pada merasa, kelihatannya sangat mementingkan diri sendiri. Dengan meletak syarat, ktia perlu merasa terlebih dahulu, sebelum menjadi seorang pemberi, akan menyebabkan orang mempunyai alasan untuk tidak bergerak dan bertindak. Merasa itu ada banyak makna. Merasa itu boleh jadi kita menjadi penerima, kemudian kita akan merasa. Seperti pantun Melayu yang masih saya ingat. Orang berbudi kita berbahasa Orang memberi kita merasa. Sesuatu mesti diserahkan terlebih dahulu. Maksud, mesti ada seorang pemberi. Kemudian kita yang menjadi penerima akan menjadi seorang yang merasa pemberian, kemurahan hati, kebaikkan dan ingatan dari dia. Ini satu. Merasa juga boleh juga bukan menerima dari sesiapa, tetapi kita terkesan. Sesuatu yang dirasakan dalam hati, menyebabkan hati tergoncang, dan melahirkan perasaan aneh-aneh yang sukar untuk diterangkan kepada sesiapa pun (macam jatuh cinta?). Perkara ini boleh berlaku mungkin kerana satu-satu peristiwa besar, sep...

Erti Hidup Pada Memberi? - 1

Erti hidup pada memberi adalah tagline yang tidak asing lagi di web Ustaz Hasrizal atau SaifulIslam. Saya cuba bertanya diri adakah ia juga memberi makna kepada saya. Minggu lepas selepas melawat pelajar-pelajar latihan ilmiah Darul Quran, saya dihantui satu persoalan. Adik-adik rumah anak yatim yang ada di sana berkongsi perasaan yang begitu janggal didengar di telinga saya. Ketika berkongsi, pelajar DQ menceritakan, ada adik yang tidak pernah peduli tentang kasih sayang. Kata dia, "buat apa saya nak beri kasih sayang kepada orang lain, sedangkan saya sendiri tidak pernah merasa kasih sayang." Pelajar DQ memberi jawapan, "tapi kamu ada kakak-kakak sukarelawan yang menyayangi kamu." Jawab adik itu yang mengejutkan, "tapi saya tetap tidak dapat merasa kasih sayang seorang Ayah!" Persoalan itu yang membawa saya bertanya kembali kepada persoalan erti hidup pada memberi. Lama saya berfikir, tetapi semakin berfikir saya tidak dapat melihat rele...