Posts

Pulang Petang

Pulang petang. Kita pun seperti kambing masuk kandang. Memastikan lorong yang betul. Tunai, touch and go, smart tag? Lorong yang sesuai dengan status ekonomi kita. Sedangkan di hujung lorong kita tetap akan disembelih oleh algojo yang sama. Kapitalis yang mengira untung sepanjang tahun, tanpa mengira nasib orang biasa. ***************************************** Kitaran ini akan diwarisi oleh anak cucu masa hadapan, sekiranya tiada yang bertindak hari ini untuk mengubahnya. 

Jurnal KM - 2

Secara ringkasnya KM tu apa? Macamana ya? Ada yang bertanya, "kalau saya belajar KM adakah bila saya mengajar adik A,B,C, dia akan cepat dapat dan lancar membaca?" Pertama: KM bukan kaedah mengajar subjek, membaca, mengira dan sebagainya. Tetapi KM adalah kaedah untuk buat seorang adik itu akan sedar potensi diri + mahu berusaha (kerana selalu didorong dan diberikan persekitaran positif). Kedua: KM adalah kaedah untuk membuatkan seorang adik itu sedar tentang pilihan-pilihan, dan mendorong mereka memilih yang terbaik untuk dunia dan akhirat yang seiring. Seperti Ustaz Hasrizal sebutkan, yang utama dalam KM adalah memberikan faham tentang pandangan dunia (alam) yang tepat, positif dan memotivasikan. Macam konsep yang abstrak kan, tetapi setelah beberapa lama bersama pengamal KM, saya kira KM itu tidaklah abstrak sangat, malah ada ketikanya begitu objektif. Sebenarnya KM mendorong kita untuk menyediakan environment positif ke arah p...

Jurnal KM

Ada banyak yang menarik minat saya tentang KM, atau Metod Khalifah (Khalifah Method). Satu perkara yang buat saya terus mahu faham tentang KM, sebab saya percaya kaedahnya boleh memberikan perubahan kepada manusia. Betul-betul beri perubahan. Cumanya, masa yang diperlukan tu kena agak lama. Sebab perubahan yang berlaku itu agak perlahan, tapi inshaaAllah bertahan lama.  Oleh kerana saya percaya KM, ada banyak masa juga saya kongsi dengan kawan dan famili. Sehingga saya jumpa kawan yang sanggup eksperimen KM untuk diamalkan di rumah anak yatim semasa program tuisyen percuma di sana. Kawan saya itu Ain namanya. Saya pula bereksperimen di kelas dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan umur pelajar. Apa dia KM ya? Bagi saya KM adalah satu kaedah pendidikan. Walaupun KM adalah kaedah pendidikan, KM tidak semestinya berlaku hanya perlu berlaku di ruang sekolah, malah KM boleh berlaku di mana-mana. Rumah, pejabat, kejiranan, kenalan baru, pendek kata-kata di mana...

Ego

Aku kira semua orang ada ego yang diberi macam-macam nama.   Ada yang kata maruah, peribadi, karakter diri, nilai budaya.   Macam-macam.   Dan aku mengatakannya sebagai iman.   Kata guru aku di sekolah iman itu apa yang kita simpan dalam hati, kita sebut dengan lidah, kita buktikan dengan perbuatan.   Ada dua benda yang terang-terang oleh boleh nilai. Perkataan dan Perbuatan. Satu benda yang kita simpan iaitu yang dalam hati.   Masalah sekarang yang kelihatan itu selalu tidak sejalan dengan yang tersimpan menyebabkan kita senang dilabel dengan macam-macam.   Ada yang memperlihatkan diri mereka kasar dan sebagainya, tetapi niat mereka baik.   Ada yang tunjuk mereka sangat baik di luar tetapi berniat jahat di dalam.   Tidak konsisten luar dan dalam menyebabkan kita akan selalu terdedah untuk disalah ertikan oleh orang lain.   Tapi bagi mereka yang konsisten itu selalu akan disebut sebagai lurus...

Lelaki Untukku

Pagi ini ceria. Awan putih, langit biru. Angin bertiup tidak selalu, tetapi kadang-kadang datang. Tapi hati boleh sahaja disampuk hiba tiba-tiba, walau cuaca dan segalanya baik-baik. Terutamanya bila mengenang lelaki (baru) untukku, yang selalu sahaja terpaksa berjauhan, membuat aku rindu dan rasa tidak berdaya. Kasih sayang itu sangat indah dan selalu menghairankan. Untuk jatuh cinta kesekian kalinya, untuk lelaki (yang baru) adalah sesuatu yang di luar jangka.  Tetapi, siapa yang tidak akan jatuh kasih kepada senyumnya yang selalu naif tetapi dilakar khas untukku? Dia ditakdirkan seorang lelaki, yang aku harap akan selalu menjadi lelaki untuk perempuan sepertiku, dan juga perempuan-perempuan yang lain juga. Yang melindungi, yang menghormati, menyayangi, selalu berdoa agar tiada bahaya dan kesakitan yang akan tertimpa kepada makhluk yang mempunyai kekurangan tenaga dan kudrat, tidak kira perempuan, lelaki, tua, muda, sihat atau sakit. Hati yang selalu sempurna untuk melihat k...

Risau tentang Pendidikan

Aku risau tentang pendidikan sekarang. Bila kertas UPSR bocor, yang mangsa itu anak-anak yang telah kita letakkan tekanan terhadap mereka. Musim ini, anak-anak buah saya, anak-anak kawan terkena tempias salah orang dewasa terhadap mereka. Kawan-kawan yang menjadi cikgu sekolah juga tidak ada jawapan. Kata mereka, "Benda dah jadi jelas sangat tersebar kat media sosial. Kalau KPM tak ambil tindakan, nampak sangat kita tidak peduli tentang kertas soalan bocor." Aku bimbang banyak benda. Budak-budak ini baru berumur 12 tahun. Untuk UPSR ni macam-macam tekanan mereka dah rasa. Ada yang berkampung kat sekolah dari jam 8 pagi sehingga 10 malam. Mereka diberikan latih tubi yang aku rasa kalau begitu lah gayanya, sangat bertubi-tubi. Alih-alih soalan bocor. Kena ambil peperiksaan semula. Antara adik-adik ini, sebelum UPSR kertas yang kena ambil sekali lagi tu, ada yang mengambil peperiksaan PSRA. Sekolah agama juga ada peperiksaan yang lebih kurang sama merit dengan UPSR...

Aku Perempuan - 1

Perempuan, perkataannya sahaja ada nilai negatif pada telinga yang mendengar. Sejak dulu, cerita banyak memperihalkan unsur jahat dan pengaruh jahat yang boleh diberikan oleh seorang perempuan. Naratif ini tidak berlangsung kepada cerita rakyat sahaja, malah boleh dijumpai sejak awal melalui cerita-cerita agama. Perempuan adalah pemikat dan seducer (penggoda) yang licik. Pengaruhnya boleh menyebabkan lelaki jatuh dari kemuliaan 'syurga' ke kehinaan 'dunia'. Itu cerita yang ada dalam kepala, dalam masyarakat, dalam minda tidak sedar semua orang. Hal ini yang mempengaruhi setiap orang, baik dia lelaki mahupun dia seorang perempuan.  Perempuan, merasa dirinya dilingkari benda hitam sejak lahir. Perempuan, dengan tanda lahir yang tidak terlihat oleh kasad mata, tapi sangat terzahir dalam pemikiran semua manusia.  Aku, disebalik momokan ini tidak mahu percaya bahawa cerita yang begitu merendahkan perempuan itu benar. Kerana begitu ramai orang meriwayatka...