Posts

Mula Kecil

Dalam gawat hidup zaman ini, apa yang boleh dilakukan? Baca berita di semua media pun begitu. TV atau media sosial, kita akan rasa lemas dan dunia terasa sangat kacau sekali. Kita boleh menjadi Khalifah. Itu apa yang Tuhan mahu kita jadi. Suruhannya dalam kitab Al Quran. Walaupun nampak macam seruan sangat Islamik, tetapi mesejnya universal. Ada tiga benda yang boleh kita buat, dalam kawalan tangan sendiri. 1. Usaha untuk diri sendiri jadi baik 2. Membantu orang lain untuk jadi baik 3. Usaha untuk alam sekitar bersih dan cantik. Usaha jadi baik ini adalah semua perkara yang universal. Kalau buat orang suka. Contoh, kalau ada sampah tolong kutip dan buang ke tong. Lebih baik asingkan mengikut kategori senang untuk kitar semula. Bersifat lemah lembut dan suka senyum juga kategori untuk jadi baik. Hatta berfikir positif adalah usaha jadi baik juga. Bantu orang jadi baik, bermaksud kita tidak boleh paksa orang. Kena jelas bahawa bantu ini bersifat pilihan, bukan mesti. Kalau ora...

Perbezaan Aliran

Dia anak muda, belum lagi 21 tahun saya rasa. Tetapi selalu datang untuk membicarakan perihal ummah. Katanya tadi, di kalangan orang beragama pun tidak semestinya sama pendapat, malah kadang-kadang berlaga. Tidak sebulu, Kata saya pada A, anak muda tadi, "sekiranya awak dan saya mempunyai RM1000 ringgit, tetapi berbeza aliran dan pendapat dalam banyak perkara dalam agama, apakah benda yang boleh menyatukan kita?" A termenung. Mungkin tidak sangka soalan begitu keluar dari mulut. Saya mahu dia menyedari bahawa keadaan ummat waktu ini sudah jadi begitu. Boleh jadi kita duduk dalam kereta dengan kawan-kawan yang tidak sealiran pun dalam mazhab, meski agama sama. Saya tidak ada punya masa yang banyak, lalu memberikan A cadangan jawapan, "benda yang akan menyatukan kita adalah soal-soal kemanusiaan dan kemasyarakatan." A memandang saya tepat tidak faham. "Jelas-jelas kalau kita bincang soal usul fiqh dan aqidah, kita akan terus berbalah. Tetapi ...

Bila Ahli Syurga Kembali

Image
Rata-rata kami mengenalinya dengan panggilan Abang. Abang dilahirkan istimewa, saya tidak pernah bertanya kelainan upaya Abang tapi dengan jelas Abang sewaktu kecil dilahirkan dengan down syndrome. Ahad malam, Abang telah kembali kepada Pencipta. Dalam hati kami, tidak pernah syak bahawa tempat Abang di syurga, taman-taman yang Tuhan telah sediakan untuknya adalah tempat istirehat yang aman. Pergi Abang meninggalkan sedih banyak di hati kami, di usia Abang 40+ yang paling terkesan tentulah ibu yang melahirkannya. Pagi ketika majlis siap disempurnakan sebelum di bawa ke tanah perkuburan, saudara mara terdekat diberi kesempatan untuk memberi kucupan terakhir. Mak Abang, Mak Ngah jelas sekali tidak berdaya. Tambahan, minggu yang lalu, kebanyakkan ahli keluarga dalam keadaan kurang sihat, demam yang tidak kebah-kebah dan kemudian diberitakan dengan pemergian Abang.  Ibu mana yang sanggup melihat anaknya pergi?  Ketika kami melihat Abang, tidak pernah ada ragu baha...

Warna-warna

Ada rindu menerpa ketika menguis lembut tanah di pusara Ayah, di atas bukit. Bau tanah yang mengapung itu mengigatkan kata-katanya, "Warna coklat itu seperti tanah. Seperti bau sewaktu hujan pertama menyentuh bumi. Bau bumi dibasahi. Itu warna coklat," sambil memandang tepat ke mata, memastikan dia mendengar dan faham. Kemudian Ayah meletakkan tangan dia di tanah. Tangan Ayah menutup mata, supaya dia 'melihat' dengan merasa. Dia menyiram tanah yang mengandungi Ayah dengan takzim. Menyiraminya supaya basah. Agar sedikit sebanyak ada bau yang mengapung. Mengingatkan dia kepada warna coklat, seperti kata Ayah. Dia kemudian meletakkan tangan ke atas butiran pasir, tanah, batu dan debu pusara Ayah, sambil mengingat bagaimana panas tapak tangan Ayah satu masa dahulu. Pokok puding di pusara itu masih hijau, dia rasa. Daunnya segar dan tegap. Mustahil daun itu mati. Di telinga terngiang ajaran, "hijau itu seperti daun segar. Daun mesti tegap dan segar, tidak...

Ceritakan Kebaikkan 3

"Aku berikan kau a fair solution , yang mungkin kau boleh fikir-fikirkan. Nak buat tak, terpulang." Memang dia ada temper , tapi dia juga kental menyampaikan kebaikkan secara beransur-ansur. Bukan senang perkara yang baik-baik ini, di dalam dunia yang lebih nampak jahat dan keji itu lebih cool dan hipster. "Berhenti untuk cakap kebaikkan..." "Pulak." Aku memotong. Dia jengil mata sambil menyambung, "berhenti cakap kebaikkan diri sendiri kalau kau rasa tak senang. Atau kau rasa pahala kau berkurang. Tapi, kau boleh ganti dengan bercakap tentang kebaikkan orang lain. Kawan yang sedang membuat sesuatu demi keluarga dia, contoh, yang jaga mak ayah yang uzur. Yang setiap minggu membantu untuk mencukupkan bekalan dapur dengan membeli ikan, ayam, daging dan letakkan di dalam peti ais. Atau kawan yang terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan. Kawan yang terlibat dalam usaha kemanusiaan antarabangsa. Promosi kegiatan kawan-kawa...

Ceritakan Kebaikkan 2

"Tapi aku masih ada masalah nak ceritakan pasal kebaikkan. Aku masih ada rasa tak kena. Macam sedikit sebanyak pahala yang kau dapat itu akan terhakis. Sebab kau tak rahsiakannya dari pengetahuan orang." Itu hujah yang aku yakini. Dia diam sejeda. "Tiada salah kebaikkan yang kau buat sembunyi-bunyi, dan yang kau ceritakan. Kau boleh cek dalam Quran." "Aku rasa kemudian-kemudian nanti aku semak." "Zaman ini ialah zaman orang yang menang itu, orang yang bercerita. Sebab kita makhluk yang suka dengar cerita, suka tengok cerita, suka baca buku cerita. Malangnya, cerita yang baik itu tak ada banyak. Yang diulang itu cerita sampah. Sampai kita percaya, lepas tamat universiti boleh jadi CEO. Sampai anak muda kita berangan nak kahwin lelaki kaya walaupun perangai buruk. Semua ulang dalam drama, dalam novel pop, dan bila jumpa kawan-kawan benda yang sama juga jadi modal bersembang." "Aku bukan main-main rasa bila cakap kebaikkan tu macam hi...

Ceritakan kebaikkan

"Kau ada masalah bila orang ceritakan kebaikkan kepada orang lain?" Dia jawab tak. "In fact, kita tidak ada pilihan kecuali menceritakan." "Kau biar betul? Bukan ke orang kata merendah diri lebih baik. Kebaikkan kalau diceritakan akan pudar ikhlas, sirna ketulusan. Mungkin juga orang akan anggap kau menunjuk-nunjuk." "Apa yang kau kata orang kata tu, semua dalam hati kau. Kalau kau memang tak ada motif, tak jadi isu kan?" Aku geleng kepala tak faham. "Zaman sekarang orang lebih bangga cerita buat jahat dari buat baik. Psikologi manusia ni senang je, mana yang kau ulang-ulang, itulah yang dianggap paling elok. Paling benar." Dia mula menerangkan, aku kena mula memahamkan. "Bagi contoh mudah aku faham sikit, please?" "Kenapa orang beli barang branded tak beli barang sama kualiti tapi tak ada jenama?" Aku cuba jawab, "sebab barang branded selalu orang nampak dalam iklan. Benda yang dalam iklan n...