Infiniti
"Maksudnya, infiniti itu...Tuhan?" Adi bertanya polos. Guru muzik muda berkaca mata seluruhnya ditenung. Dalam wajah ada makrifat. Adi selalu percaya Cikgu Faries telah mencapai satu maqam yang tidak dapat difahami oleh orang biasa. Malah karya muzik yang disusun Cikgu Faries dalam sonata, konserto, duet dan solo terus sahaja dipuja puji orang. Kata mereka ia adalah karya yang dapat menghantar ruh ke syurga. "Adi, Tuhan adalah seluruh alam ini. Ia akan menampakkan diriNya dimana-mana. Ia akan menonjolkan diri dalam ruang lingkup yang mereka fahami. Dalam kewujudan alam Dia muncul melalui teori Big Bang. Dalam matematik, Dia menjelmakan diri dengan simbol keramat itu, INFINITI." Adi mengangguk. Hati Adi berbisik, "dalam simfoni, Tuhan selalu ada dalam nota-nota muzik Cikgu Faries. Nota-notanya adalah nota manifestasiNya." Adi mengeluarkan buku matematik yang dipenuhi dengan soalan-soalan. Adi membuka bab yang dipenuhi soalan tentang infiniti. Cikgu Faries...
Comments
laman web yang selalu saya tengok palestinkini.com @ info palestin..
yg lain2 boleh rujuk laman iran kat sidebar blog saya (manartv dan lain2)
tapi yang paling mudah bagi saya baca tulisan maszlee malik, cuba cari buku2 dia..
yang ni pun banyak di pasaran, tahun ni terbit
i will search for the materials. InsyaAllah.