Posts

Goodreads: Tidak Ada New York Hari Ini

Puisi, selalu menyentuh sudut paling dalam. Menggambarkan peristiwa, lebih sering menggambarkan rasa. M Aan Mansyur, pasti hidup penuh rasa. "Kadang-kadang, kau pikir, lebih mudah mencintai semua orang daripada melupakan satu orang. Jika ada seorang terlanjur menyentuh inti jantungmu, mereka yang datang kemudian hanya akan menemukan kemungkinan-kemungkinan".

Hamza Yusuf di Malaysia 8 Julai 2019

Isnin lepas, 8 Julai 2019, dengar ceramah dari sarjana Barat Syeikh Hamza Yusuf (SHY) di KL Convention Center. SHY sarjana yang dikenali di seluruh dunia mempunyai Kolej Zaytuna di Berkeley US menawarkan pelbagai program yang berkaitan agama dan kesenian/kebudayaan. Ceramah bermula jam 9 selepas ketibaan jemputan DiRaja Permaisuri Agong dan Permaisuri Johor. Ceramah bertajuk Where is Your Heart? Berkisar bagaimana kita mahu menilai diri sendiri, persekitaran dan bagaimana untuk berubah. Antara isi penting ceramah SHY, ialah 1. Sekiranya mahu berubah, mesti bermula dari diri sendiri 2. Sekiranya mahu sekeliling berubah juga bermula dari diri sendiri 3. Apakah panduan yang paling dirujuk? Adalah kembali kepada Al Quran, menjalin hubungan dengan Al Quran dengan memahami dan mempraktikkan apa yang terkandung dalam Al Quran. 4. Bahawa, pemerintahan (order) itu perlu untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian. Ada banyak lagi, jika ada masa boleh sambung lagi inshaaAllah.

UBiteam: Projek Cuti Sekolah

Projek Cuti sekolah ini bukan dirancang dengan paksaan. Tapi secara demokrasi terpimpin - bak dalam filem P Ramlee. Bukan, sebenarnya secara usulan idea sahaja pada mulanya. Dua orang remaja ni sudah pun mengikuti kursus cuti sekolah tahun lepas dengan Artman, RPWP. Dengan ilmu menggunakan kamera dan video serta asas suntingan, rasanya tidak salah kalau berikan mereka galakan untuk menggunakan kemahiran yang sudah diperolehi dengan projek sendiri.  Saya datang satu hari ke rumah mereka kemudian menunjukkan kamera yang saya ada. Asytar dan Al Qaim sudah pun mempunyai kamera seakan GoPro dan telefon pintar. Cabaran ialah menghasilkan video, tujukan apa yang mereka ada. Kata saya ilmu yang ada, tapi jika tidak digunakan dan ulang buat, lama-lama akan hilang. Ini hasilnya, https://www.youtube.com/channel/UCllf4U1Qjd4G-CLdHxFB0gA Channel YouTube UBiteam.  Untuk saya sangat bagus untuk permulaan. Sekurang-kurangnya, kata Wan mereka, sudah mula bangun pagi da...

Membina Karakter

Membina karakter perlu bermula dari kecil? Membaca artikel ini http://media.hoover.org/sites/default/files/documents/0817929622_43.pdf untuk memahami tentang pendidikan karakter. Character education juga boleh difahami dengan pelajaran moral, pelajaran nilai atau ada juga yang memahaminya sebagai sivik. Secara ringkas, yang dimaksudkan sebagai karakter adalah 'an individual’s set of psychological characteristics that affect that person’s ability and inclination to function morally.' Kita mahukan individu mempunyai moral dan kembali mempunyai 'common sense'. Sebagai contoh mengamalkan kebersihan, seperti bila sudah menggunakan tandas adalah 'common sense' pengguna memastikan tandas bersih bukan membiarkan kotor. 'Common sense' ini semacam semakin hilang. Kita akan tertanya-tanya kenapa anak-anak di sekeliling kita kadang-kadang tidak faham benda yang mudah. Boleh sahaja kita telah ajarkan pelajaran asas membersihkan tandas, tetapi hanya berlaku...

Jagung boleh ditanam dalam pasu?

Image
Ada banyak kelebihan juga bila maklumat di hujung jari. Cuma maklumat yang bagaimana yang menjadi perhatian kita bila berlama-lamaan di media sosial. Ada banyak gerakan menarik dalam media sosial berlaku sekarang. Salah satunya adalah pertanian bandar atau pertanian urban. Dengan perkongsian ilmu, banyak teknik bertani telah dipelopori oleh mereka yang ahli, kemudian telah dimudahkan untuk membolehkan siapa sahaja untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam. Jagung. Siapa yang tinggal di bandar pernah terfikir boleh tanam jagung? Memang tak fikirkan. Jangan bimbang. Sekarang, dengan teknik yang betul, apa-apa pun boleh ditanam. Jagung juga boleh ditanam dalam pasu atau polybeg. Dengan penjagaan yang baik, jagung dalam tempat yang kecil juga boleh mengeluarkan hasil. Jagung dalam gambar mulanya ditanam dalam pasu. Setelah dinasihatkan Emak, pindahkan ke dalam tanah. Alhamdulillah dah beri hasil. Akan datang nak cuba bina para yang seperti dalam gambar bawah. Nak bagi ru...

Dauk Kaduk: Jom Tanam Sendiri

Image
Kongsi gambar daun kaduk di laman sosial Facebook, ramai kawan-kawan dan saudara mara beritahu banyak lagi perkara menakjubkan. Untuk tumbuhan yang tumbuh agak mudah, dengan penjagaan yang minima, membiak dengan baik daun kaduk ni menyimpan banyak khasiat. Daun ini mendapat tempat pada tahun 2018 dan beberapa tahun kebelakangan kerana makanan Thailand yang disebut Miang Kham. Sejenis kudapan dengan pelbagai bahan yang dimasukkan ke dalam daun, dilipat dan dimakan dengan sira gula merah. Apa yang boleh dibuat dengan daun ini. Resipi Masakan Daun kaduk boleh dibuat: 1. Ulam Memang biasa diamalkan oleh masyarakat. Petik dan terus dimakan. Atau direbus dicelur terlebih dahulu sebelum dimakan. Ada juga yang buat nasi ulam. Dicelur dan dimakan dengan sambal belacan. Boleh juga untuk ulam laksa. Ulam cicah dengan sambal kelapa. 2. Kerabu Sebagai salah satu ramuan sayuran dalam kerabu. Paling sedap kerabu kerang dengan ikan bilis seperti yang dikongsikan rakan FB. 3. Gulai ...

Parenting MJ#3 : 'Busy Bag'

Image
Husaini berumur 3 tahun, minat banyak benda, suka meneroka, mencuba benda baharu dan belajar dengan cara sendiri. Ini Husaini dengan 'busy bag'. Beg Sibuk ini diisi dengan warna, pembaris abjad, pemadam, klip kertas dan juga 'flip book', buku flip. Busy Bag ini sesuai dibawa dan dibuka ketika di kedai makan (restoren) dan dimana-mana tempat yang sesuai. Salah satu alternatif yang boleh dibuat selain dari membawa mainan yang disukai. Mudah sangat buat 'Busy Bag' ini. Saya gunakan beg plastik yang mudah ditutup dan dibuka (seperti plastik yang kita dapat di klinik cuma saiznya besar sedikit). Boleh didapati di mana-mana pasaraya. Kemudian isikan dengan permainan atau pun alat pembelajaran. Untuk Husaini, Busy Bag ini dapat melekakan dia dalam beberapa minit. Cukuplah untuk buat dia bertenang sebelum makanan sampai. Kertas putih bersaiz A4 adalah untuk Husaini menulis dan menconteng dengan warna-warna yang disukai. Saya juga melukis beberapa bentu...

Parenting MJ#2 : 'Engangement' di Dalam Kereta

Image
Ada satu syarat yang jelas dipesan dan diulang-ulang, kalau bersiar-siar dengan MJ, tidak boleh main gajet (telefon pintar, tablet, PSP, etc) di dalam kereta. Mereka selalu mengadu pening kepala kalau dibiarkan main. Saya rasa ada kaitan main gajet dengan pening kepala, terutama dalam perjalanan. Akan ada kekosongan dan kebosanan melanda. Oleh kerana mereka ini anak-anak yang aktif dan sentiasa perlu diberi cabaran, kena ada cara juga untuk mengisi.  Beberapa cara yang digunakan seperti berikut: 1. Mereka cerita dan sambung cerita. Boleh mulakan seperti ini, Ali adalah seorang budak periang yang suka membuat video. Idola Ali ialah Loqman Podolski. Nota: Budak-budak akan teruja dan gelak bila kita kenal ikon popular zaman mereka. Zaman ini mereka lebih kenal Loqman Podolski dan Adib Alex berbanding Mat Luthfi atau ejen Ali. 2. Main cari benda. Benda-benda yang dicari boleh jadi plet kereta, papan iklan, bangunan dan sebagainya. 3. Main 'Spelling Bee'....

Parenting MJ #1

Image
Ini salah satu buku yang disarankan oleh seorang rakan yang pernah menjadi warden asrama dan juga membuat kerja sukarelawan di rumah kebajikan. Oleh kerana zaman ini cabaran pelbagai, dalam menangani anak zaman berlainan generasi pun perlu ilmu, perlu seninya.  Saya memilih buku ini yang ditulis oleh Adele Faber & Elaine Mazlish, diterjemahkan oleh Penerbit PTS dalam Bahasa Melayu untuk diamalkan ketika bersama anak-anak saudara, remaja dan juga pelajar-pelajar. Buku ini juga boleh membantu dalam banyak segi, terutama komunikasi dan menangani konflik kanak-kanak. Jangan salah faham, bila saya menulis tentang buku kuning ini (senang sembang dengan kawan bila sebut buku kuning), bukan bermaksud buku ini paling bagus. Buku 'parenting' memang banyak di pasaran, pilihlah mana satu pasti memberi manfaat dengan syarat baca, latih dan amalkan. Kenapa buku kuning ini? Buku ini menawarkan solusi dari sudut pratikal dengan bahasa mudah. Kata kuncinya: praktikal. ...
11. Kawan saya itu luar biasa senyap sekarang. Sebelum ini, saya menunggu kehadiran melalui status yang dikemaskini di Facebook. Tetapi, sekarang, jarang sekali dia muncul. Satu hari, ketika keluar dengan dia, saya bertanya. Dia memandang saya tepat ke mata, tetapi masih sepi. Lima minit kemudian, dia bersuara, “menulis ini sesuatu yang berat aku rasa.” Saya jadi hairan. Sebelum ini bukan main dia menebarkan bicara hikmah hampir 2-3 kali seminggu. Saya adalah pengikut setia dalam diam. “Berat? Sebelum ini kau OK.” “Macamana nak terangkan, aku macam hilang ayat.” Sepi lagi. Tetapi saya tetap mahu tahu apa sebabnya. “Aku seperti merasakan setiap perkataan yang ditulis, ada saka yang mengikut.” Kering darah di muka. Tidak sangka itu yang keluar. “Biar betul. Perkataan itu makhluk? Dia bertenggek kat mana?” Saya dah bayangkan yang bukan-bukan. Hitam, berbulu, mata merah, bertaring, hisap darah, bertenggek atas bahu. Ikut ke mana sahaja. “Kat...

Doa Si Kecil

Petang semalam bawa Abang Asytar dan Askari beli barang sekolah. Abang nak masuk asrama, InshaaAllah. Memilih pakaian dan barang yang sesuai memang lama, tapi budak dua orang ni akan selalu tanya, kita nak solat mana? Sekarang pukul berapa? Lepas tu bagi cadangan, kat sini ada surau yang dekat. Lepas ni boleh kita singgah. Mujur Asytar Ada keupayaan spatial yang bagus. Jalan yang ditunjuk tepat, arah yang disebut pun jelas. Kalau ikut Waze mahu berpusing-pusing asyik salah masuk lorong. Balik rumah tanya Askari, "awak doa ibu tak lepas solat?" "Doa", dan disebut doanya dalam bahasa Arab. Sudahnya, kita pula dapat belajar doa untuk arwah dari budak darjah 3. Kena ulang 7 kali OK. MJ dah tumpul Arab, lambat sikit mengingat.

Nilai Baik yang boleh Membeli

9. Tadi, masa makan dengan Adik dan Anak-anak Buah, seorang promoter perempuan datang dekat dan memperkenalkan satu judul buku. Buku yang dijual berkulit keras, kelihatan menarik jika dibuat koleksi. Ya, saya peminat buku. Sebagaimana promoter yang lain, paling sukar adalah untuk mendapat perhatian pelanggan untuk mendengar apa yang ditawarkan. Pembeli dibiasakan untuk pergi ke kedai atau tawaran atas talian jika mahu sesuatu. Bukan beli dari penjual yang datang. Saya lihat remaja perempuan ini dengan kagum. Keberanian dan keyakinan untuk memperkenalkan sebuah buku kepada pelanggan yang memikat hati saya. Siapa yang mahu membeli di zaman gawat begini? Jika tugas ini diberikan kepada saya, belum tentu boleh saya laksanakan. Tidak sampai lima minit, saya sudah bersetuju untuk membeli buku dan juga DVD yang ditawarkan. Pertama, remaja perempuan itu bertemu dengan orang yang tepat. Buku punya tempat istimewa di hati saya. Dua, saya ingin membuat kebaikkan kepada re...

Kentut Bau Blume

3 “Kalau nasihat itu benda, ianya adalah kentut.”   Fai menyemburkan sebahagian air yang dalam mulut tepat ke muka Jaja. Jaja menjeling Fai jengkel sambil memaki hamun dalam Bahasa Jerman. “Maaf Jaja. Aku yakin hidup kau diberkati kerana mendapat blessing dari aku,” Fai mengambil tisu sambil mengelap air-air yang terpercik. Basah dua tisu. Mujur air kosong. 5 minit Fai dan Jaja gelak tanpa peduli orang keliling. Kedai makan itu penuh. Sekali sekala mereka dapat melihat orang menjeling. Menyampah mungkin. Jaja tidak peduli. Lagilah bila melihat yang menjeling ada rokok di celah dua jari, tidak segan silu menyembur asap ke ruang awam. Bagi Jaja itu lebih menjengkelkan dan memualkan.  “ Entschuldigung Jaja. Dalam hal serius kita bincang bila kau cakap macam tu aku tak dapat nak tahan gelak. Timing kau salah sebab aku baru teguk air.” “ Ah so . Sukahati kau je Fai. Berapa kali dah orang dapat restu dari mulut kau ni?” “Selain kau, Aran. Masa kami main...

Contoh yang diwarisi - 2 (Dilema Melayu)

Saya kira dalam pengalaman hidup yang sedikit ada peluang untuk melihat beberapa perkara dalam budaya Melayu. Tentang hak pewarisan atau harta pusaka. Siapa yang membuat kajian lanjut, akan dapat melihat banyak aset tanah orang Melayu terbiar disebabkan tidak dapat membuat penyelesaian bersama adik-beradik dan saudara mara. Cari di sekeliling dekat pun ada, kalau lebih serius buat kajian akademik pun akan jumpa. Ini dilema sejak berzaman, yang entah bila akan berakhir. Tetapi saya tidak mahu bersembang hal ini. Tetapi untuk berkongsi apa yang arwah Ayah tunjukkan kepada kami. Ayah bukan anak yang paling tua di kalangan adik-beradik, tetapi cara Ayah berfikir itu beza. Ada banyak keadaan, Ayah bertindak sebagai jurucakap dan perunding cara. Semasa Ayah hidup lagi, Ayah sudah menjangkakan perkara-perkara hadapan. Luar dari jangkaan kami orang muda yang masih mentah dan pucuk serba-serbi. Dalam hal pewarisan ada banyak pesan yang arwah Ayah minta kami adik-beradik melepas...

Contoh yang diwarisi - 1

Baru ini terbaca dalam FB seorang kawan tentang kebajikan. Ramai yang mempersoalkan dia begitu berani membuat kerja sukarela bersama pelarian Rohingya. Kawan menjelaskan kenapa dia tidak mempunyai perasaan takut dan ragu-ragu, jawapannya ialah dia mecontohi sikap suka membuat kebajikan yang diwarisi dari Nenek dan Ibu. Dalam statusnya yang panjang, hal-hal membuat kebajikan ini untuk dirinya bukan hal baru. Bermaksud, hal membuat baik kepada orang lain telah dilihat lama dulu dari Nenek. Kemudian Ibunya juga sangat murah memberi, orang dikenal dan tidak dikenal. Bahkan kadang-kadang sengaja membawa gula-gula dalam saku untuk diberikan kepada kanak-kanak atas tujuan untuk memberi, dan juga berkongsi apa yang boleh. Bila sesuatu itu dilihat sejak dari kecil, contoh itu menjadi satu perbuatan yang akan diikut sehingga dewasa. Apabila dikongsi bersama orang lain, itu bukan tanda untuk menunjuk atau riak. Ia hanya sesuatu aktiviti yang dirasakan baik untuk dikongsi bersama orang la...

Tentang Doa

Semalam sembang ala usrah dengan sepupu. Topik banyak, tetapi di hujung-hujung kami bercakap juga tentang kehidupan, tentang Tuhan. Kemudian beralih topik berbincang mengenai doa. . Sepupu beranggapan, doa adalah apa-apa yang diucapkan ketika mengangkat tangan. Usai solat, atau ketika teringat berdoa. Atau pun ketika dalam hati terlintas untuk berdoa. Konteks doa di sini ialah meminta apa yang dihajatkan kepada Tuhan. Saya bersetuju. Tetapi mengusulkan soalan, "adakah doa terhad kepada perbuatan memohon sahaja? Kenapa doa itu bukan tindakan atau aksi sekaligus?" Sepupu tidak faham. Saya menerangkan, doa itu tidak sepatutnya terhad kepada perbuatan mengangkat tangan dan bermohon. Doa itu perlu diiringi dengan usaha, baru permohonan itu akan berhasil. Itupun dengan kehendak Allah. Kalau seiiring dengan usaha, setiap perlakuan yang kita buat itu adalah menuju kepada pemakbulan doa. Saya kemudian memberi contoh. Katalah kita berdoa untuk pergi Haji. Tetapi doa ritua...

Nama Saya Aken - 1

Nama saya Aken. Saya orang biasa, malah terlalu biasa untuk di kategorikan sebagai biasa. Tetapi saya ada cerita. Tidak mengapalah kalau tidak mahu membaca, bagi mereka yang meneruskan baca juga saya harap awak akan dapat sesuatu. Kalau tidak dapat dimanfaatkan sekalipun, mungkin akan jadi bahan tambahan kepada senarai bacaan awak yang panjang. Saya tahu awak suka membaca. Memang pelik saya dapat menulis. Selalu tergantung tidak dapat untuk dihabiskan. Mungkin sekarang saya banyak masa, mungkin awak juga seperti saya ada masa terluang, bahan bacaan pula terhad sekarang ini.   Begini ceritanya. Beberapa bulan lepas, sebelum kejadian yang kita alami hari ini saya sempat berbalas pesanan dengan pensyarah saya Dr. Azka. Betul, semuanya berlangsung beberapa bulan sebelum talian telekomunikasi putus, bekalan elektrik lumpuh semua dan air tidak dapat lagi diperoleh dari paip bekalan air. Dr. Azka telah meramal tentang perang. Jika ikut turutan nombor rasmi, ini yang ketiga. J...