Posts

...dan Tuhan menebarkan keadilanNya

Tuhan itu aneh, kerana itu kita akan selalu terpersona. Namun, Dia Sang Pemurah, yang tidak pernah gagal menebarkan keadilan. Dan untuk saya, Dia selalu menganugerah di tempat yang paling tidak disangka. Hadiah untuk saya di pandangan mata orang terlalu kecil, namun ia adalah galaksi kegembiraan yang melimpah ruah dalam hati. Benar kata rakan yang ahli hikmah, Dia akan memberi, malah Maha Memberi. Dan di waktu Tuhan menebarkan keadilanNya, kita tahu Dia sedang memberi perhatian malah dengan kasih. Saya dianugerahkan rakan-rakan yang ikhlas, dan itu bukti keadilan Tuhan untuk saya. Maha Suci Tuhan, dan Dialah tempat segala pengharapan.

kiamat datang tidak dengan tiba-tiba

Apa yang saya jarang jelaskan dalam tulisan adalah obsesi terhadap akhir zaman. Meski ia adalah obsesi, tetapi disorokkan dalam lapis makna atas sebab orang akan segera menggelarkan saya paronoid. Itu kebimbangan saya dulu tetapi tidak sekarang. Orang pertama yang menyampaikan gambaran akhir zaman adalah Rasulullah, yang menjadikannya sebagai sebuah edik adalah Allah swt sendiri. Tidak percaya, selak Al Quran. Lalu tegarkah mereka yang berpesan tentang waktu akhir digelar paranoid? Tegur Cikli, saya menunggu tsunami di Jepun baru saya bangkit dari pegun. Mungkin benar. Yang pasti, saya kehilangan kata melihat unfolding event yang disampaikan guru mengaji kecil dahulu dibuka satu persatu, depan mata, sedang di sekeliling saya masih lagi crowd yang tidak peduli apa. Lalu saya bacakan hadith Nabi, bahawa kiamat itu akan datang tiba-tiba pada adik. Adik saya mengangguk tetapi saya katakan pada dia, sebenarnya kiamat tidak datang tiba-tiba. Ia adalah satu perkara yang kita tahu lama sudah...

setelah pegun sekian lama

salam. memang ya saya sudah lama tidak menghantar entri. alasan klise saya sibuk bekerja sesang yang sebenar tidak mempunyai idea untuk dikongsi. Saya dalam keasdaan pegun nyata. Memerhati dengan penuh minat perubahan yang sedang berlangsung aktif dalam dunia. Menyaksi dengan kagum kerja Tuhan menilainya dengan mata, moga terdetik dalam diri keinsafan. Kawan saya bertanya penuh minat, 'keinsafan apa?' Kata saya ''Keinsafan berada di ambang akhir pada masa dan zaman". khali. senyap dan sunyi. saya banyak sebab untuk bermohon pada tuhan untuk hidup seratus tahun lebih lama. lebih-lebih lagi sekarang. tetapi tuhan memgajar saya jalan beragama. bahawa setiap sesuatu bukan di tangan manusia, semuanya bertempoh, manusia harus sedar fitrah ini dan berjalan di landasan yang telah digarisi. tetapi kita cepat lupa bukan, dan Allah berikan peringatan. sepanjang tanah arab dengan rusuhan dan kejahatan pemerintah. sepanjang pantai jepun, kemusnahan alam yang mengejutkan....

Adrenalin Unjuk Rasa - Revolusi Mesir

Image
Melihat gelombang kebangkitan rakyat begitu mengujakan. Video YouTube di atas adalah salah satu acara pendemonstrasi menguasi jambatan Qasr Al Nil. Siapa berada di sana pasti merasai gesaan adrenalin menguasai diri. Semangat yang dilaungkan, kebebasan untuk bercakap tentang penderitaan, perkongsian mengenai satu agenda perubahan, itu, yang mendorong mereka keluar beramai-ramai, berpadu, bersatu. Siapa yang tidak takut kepada water canon dan juga gas pemedih mata. Pasti, mereka yang pernah berada di dalam asap yang menguasai udara, merasa seksa bernafas. Dan air mata yang tidak boleh ditahan, mengalir deras seperti kita sedang menderitai dan berkabung dengan sesungguhnya. Kata saya pada rakan, panduan untuk unjuk rasa ialah pertama, keberanian. Kedua, tujuan dan niat yang betul. Ketiga, sebotol air mineral bersaiz besar. Keempat, tuala untuk menutup mulut dan mata. Kelima, wasiat. Saya bercerita pada rakan betapa pedih menahan sakit di kerongkong kerana tertelan asap tebal. D...

Sembang Politik Mesir

Kata rakan, "ramai sahaja tidak mahu pulang ke Malaysia. Mereka kata keadaan sudah semakin pulih, meski tidak tahu bila tetapi sudah nampak perubahan positifnya." kata saya, "orang Mesir tidak boleh berpatah arang sekarang. Mesti genggam bara sampai jadi arang. Revolusi tidak boleh separuh-separuh." Sambung dia, "pasti mereka juga telah membuat pertimbangan wajar tidak berada di jalanan. Mereka juga mahu merasa aman kembali. Rusuh tidak membawa apa-apa kebaikkan." "Rusuh tidak semua berakhir buruk. Ada rusuh yang membangun keamanan, malah sejagat pula sifatnya. Seperti pembukaan Makkah." Dia diam tapi tidak kering hujah, "keamanan itu lebih mahal maknanya dari berubah menjadi bencana." "Aman itu lebih mahal jika rakyatnya jadi buta untuk melihat apa-apa, apatah lagi sehingga tidak dapat membeza baik dan buruk sehingga yang bejat, hanyir, keji dan zalim, kita lihat sebagai satu rahmat. Aman hanya murah bila..." Teman mengangkat...

Pergolakkan Mesir dan Harapan

kekalutan di Mesir, pasti ada hikmah yang besar. Terusan Suez sekarang dalam taruhan. Barat tidak akan berpeluk tubuh untuk melihat Mesir ditangan bukan sekutu. Kami membayangkan Ikhwanul Muslimin bangkit. Dan pintu kotanya Nabi Musa, di buka untuk Ghazzah!

Alangkah Lucunya (Negeri Ini) - Refleksi Transformasi Dunia Arab Hari Ini?

Image
Kagum. Cerita ini bergenre parodi. Namun santak dengan pengajaran. Saya tidak tahu perlu gelak, atau bersedih pada setiap lucu yang diselitkan dalam paparan visual. Kerana kalau saya ketawa pada setiap lucu yang ada, seolah-olah saya mengeyakan tentang dunia ini yang sudah celaru nilai. Ia cerita tentang Muluk, seorang sarjana lulusan sekolah manajemen mencari kerja. Kerja itu nanti akan menjadi hantaran bermakna pada bakal bapa mertua yang mahu bakal menantunya mempunyai pekerjaan tetap. Supaya anak gadis dan bakal cucu hidup terjamin di masa depan. Tetapi kerja yang dicari tidak kunjung datang. Dan Muluk tidak tegar pula bekerja sebagai buruh. Muluk, secara tidak sengaja berkenalan dengan seorang remaja yang kerjanya mencopet (penyeluk saku). Hingga membuahkan idea untuk kerjasama paling pelik, sarjana manajemen menguruskan profesyen pencopet supaya lebih terorganisasi dan berjaya. Tujuan Muluk, satu hari nanti mereka akan keluar dari pekerjaan mencopet, dan menjadi peniaga k...