Saya berada di Grand Ballroom, Hotel Legend semalam. Memeriahkan majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk tahun penilaian 2004/2005 dan 2006/2007. Sejujurnya, saya tidak bersedia, dan saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Namun, ketika melangkah di hadapan pintu masuk hati saya berdebar bagai hendak pecah. Saya pernah berada di dewan yang sama untuk satu seminar kejuruteraan untuk tanah dan geoteknik. Waktu itu guru saya Prof Bujang B.K. Huat sebagai pembentang ucaptama yang menemukan saya dengan rakan-rakan jurutera yang lain. Tetapi kali ini kedatangan saya lain. Saya diminta menghadiri untuk acara meraikan pemenang anugerah sastera tertinggi kerajaan Malaysia. Dan saya, sebagai salah seorang pemenang. Susah hendak percaya, tetapi perancangan Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Ia adalah satu pengalaman yang asing. Ya, saya menulis, tetapi untuk diiktiraf ke peringkat tertinggi kerajaan Malaysia adalah di luar apa yang pernah saya fikirkan. Subhanallah, ia satu keberuntu...
Comments
mula di tuninia,
mesir,
yaman,
algeria,
jordan
....
ianya terancang dan berharapan.
kali ini, Eropah dan USA lebih senyap.
Mereka berdrama.
Mereka sudah lama bermain drama.
pandai bermain Drama.
seindah2 drama berjalan ke-BULAN hinggalah sekejam2 drama 9/11...
Ntah, saya sangat skeptikal dengan Barat.
Kadang2 saya fikir mereka juga mahu IM naik - dan suatu hari akan merancang untuk jatuhkan IM.
kerana IM sgt konservatif.
seperti biasa, tuduhan yang teruk, dan tentera barat akan mendarat di mesir - Mesir dijajah.
Maka, IM jatuh dan boneka barat naik.
Hasil sama seperti Afganistan dan Iraq.
tetapi saya tiada alasan kenapa saya berfikir begitu.....
saya langsung tiada alasan..
tetapi Hosni Mubarak (HM) tidak berbuat apa untuk mengubah. meski mesir dilimpahi kekayaan, termasuk pengusaan terusan suez dan industri pelancongan kerana piramid-piramid.
jika, jika HM jatuh, kekosongan itu perlu diisi. jika tidak, anda benar, ia akan jadi sama seperti Iraq dan Afghan.
kita mahu mereka yang memegang kuasa, yg akan membuka pintu juga untuk semenanjung Ghazzah!
Itu lebih utama;
"membuka pintu juga untuk semenanjung Ghazzah!"