Posts

Tentang Doa

Semalam sembang ala usrah dengan sepupu. Topik banyak, tetapi di hujung-hujung kami bercakap juga tentang kehidupan, tentang Tuhan. Kemudian beralih topik berbincang mengenai doa. . Sepupu beranggapan, doa adalah apa-apa yang diucapkan ketika mengangkat tangan. Usai solat, atau ketika teringat berdoa. Atau pun ketika dalam hati terlintas untuk berdoa. Konteks doa di sini ialah meminta apa yang dihajatkan kepada Tuhan. Saya bersetuju. Tetapi mengusulkan soalan, "adakah doa terhad kepada perbuatan memohon sahaja? Kenapa doa itu bukan tindakan atau aksi sekaligus?" Sepupu tidak faham. Saya menerangkan, doa itu tidak sepatutnya terhad kepada perbuatan mengangkat tangan dan bermohon. Doa itu perlu diiringi dengan usaha, baru permohonan itu akan berhasil. Itupun dengan kehendak Allah. Kalau seiiring dengan usaha, setiap perlakuan yang kita buat itu adalah menuju kepada pemakbulan doa. Saya kemudian memberi contoh. Katalah kita berdoa untuk pergi Haji. Tetapi doa ritua...

Nama Saya Aken - 1

Nama saya Aken. Saya orang biasa, malah terlalu biasa untuk di kategorikan sebagai biasa. Tetapi saya ada cerita. Tidak mengapalah kalau tidak mahu membaca, bagi mereka yang meneruskan baca juga saya harap awak akan dapat sesuatu. Kalau tidak dapat dimanfaatkan sekalipun, mungkin akan jadi bahan tambahan kepada senarai bacaan awak yang panjang. Saya tahu awak suka membaca. Memang pelik saya dapat menulis. Selalu tergantung tidak dapat untuk dihabiskan. Mungkin sekarang saya banyak masa, mungkin awak juga seperti saya ada masa terluang, bahan bacaan pula terhad sekarang ini.   Begini ceritanya. Beberapa bulan lepas, sebelum kejadian yang kita alami hari ini saya sempat berbalas pesanan dengan pensyarah saya Dr. Azka. Betul, semuanya berlangsung beberapa bulan sebelum talian telekomunikasi putus, bekalan elektrik lumpuh semua dan air tidak dapat lagi diperoleh dari paip bekalan air. Dr. Azka telah meramal tentang perang. Jika ikut turutan nombor rasmi, ini yang ketiga. J...

Mula Kecil

Dalam gawat hidup zaman ini, apa yang boleh dilakukan? Baca berita di semua media pun begitu. TV atau media sosial, kita akan rasa lemas dan dunia terasa sangat kacau sekali. Kita boleh menjadi Khalifah. Itu apa yang Tuhan mahu kita jadi. Suruhannya dalam kitab Al Quran. Walaupun nampak macam seruan sangat Islamik, tetapi mesejnya universal. Ada tiga benda yang boleh kita buat, dalam kawalan tangan sendiri. 1. Usaha untuk diri sendiri jadi baik 2. Membantu orang lain untuk jadi baik 3. Usaha untuk alam sekitar bersih dan cantik. Usaha jadi baik ini adalah semua perkara yang universal. Kalau buat orang suka. Contoh, kalau ada sampah tolong kutip dan buang ke tong. Lebih baik asingkan mengikut kategori senang untuk kitar semula. Bersifat lemah lembut dan suka senyum juga kategori untuk jadi baik. Hatta berfikir positif adalah usaha jadi baik juga. Bantu orang jadi baik, bermaksud kita tidak boleh paksa orang. Kena jelas bahawa bantu ini bersifat pilihan, bukan mesti. Kalau ora...

Perbezaan Aliran

Dia anak muda, belum lagi 21 tahun saya rasa. Tetapi selalu datang untuk membicarakan perihal ummah. Katanya tadi, di kalangan orang beragama pun tidak semestinya sama pendapat, malah kadang-kadang berlaga. Tidak sebulu, Kata saya pada A, anak muda tadi, "sekiranya awak dan saya mempunyai RM1000 ringgit, tetapi berbeza aliran dan pendapat dalam banyak perkara dalam agama, apakah benda yang boleh menyatukan kita?" A termenung. Mungkin tidak sangka soalan begitu keluar dari mulut. Saya mahu dia menyedari bahawa keadaan ummat waktu ini sudah jadi begitu. Boleh jadi kita duduk dalam kereta dengan kawan-kawan yang tidak sealiran pun dalam mazhab, meski agama sama. Saya tidak ada punya masa yang banyak, lalu memberikan A cadangan jawapan, "benda yang akan menyatukan kita adalah soal-soal kemanusiaan dan kemasyarakatan." A memandang saya tepat tidak faham. "Jelas-jelas kalau kita bincang soal usul fiqh dan aqidah, kita akan terus berbalah. Tetapi ...

Bila Ahli Syurga Kembali

Image
Rata-rata kami mengenalinya dengan panggilan Abang. Abang dilahirkan istimewa, saya tidak pernah bertanya kelainan upaya Abang tapi dengan jelas Abang sewaktu kecil dilahirkan dengan down syndrome. Ahad malam, Abang telah kembali kepada Pencipta. Dalam hati kami, tidak pernah syak bahawa tempat Abang di syurga, taman-taman yang Tuhan telah sediakan untuknya adalah tempat istirehat yang aman. Pergi Abang meninggalkan sedih banyak di hati kami, di usia Abang 40+ yang paling terkesan tentulah ibu yang melahirkannya. Pagi ketika majlis siap disempurnakan sebelum di bawa ke tanah perkuburan, saudara mara terdekat diberi kesempatan untuk memberi kucupan terakhir. Mak Abang, Mak Ngah jelas sekali tidak berdaya. Tambahan, minggu yang lalu, kebanyakkan ahli keluarga dalam keadaan kurang sihat, demam yang tidak kebah-kebah dan kemudian diberitakan dengan pemergian Abang.  Ibu mana yang sanggup melihat anaknya pergi?  Ketika kami melihat Abang, tidak pernah ada ragu baha...

Warna-warna

Ada rindu menerpa ketika menguis lembut tanah di pusara Ayah, di atas bukit. Bau tanah yang mengapung itu mengigatkan kata-katanya, "Warna coklat itu seperti tanah. Seperti bau sewaktu hujan pertama menyentuh bumi. Bau bumi dibasahi. Itu warna coklat," sambil memandang tepat ke mata, memastikan dia mendengar dan faham. Kemudian Ayah meletakkan tangan dia di tanah. Tangan Ayah menutup mata, supaya dia 'melihat' dengan merasa. Dia menyiram tanah yang mengandungi Ayah dengan takzim. Menyiraminya supaya basah. Agar sedikit sebanyak ada bau yang mengapung. Mengingatkan dia kepada warna coklat, seperti kata Ayah. Dia kemudian meletakkan tangan ke atas butiran pasir, tanah, batu dan debu pusara Ayah, sambil mengingat bagaimana panas tapak tangan Ayah satu masa dahulu. Pokok puding di pusara itu masih hijau, dia rasa. Daunnya segar dan tegap. Mustahil daun itu mati. Di telinga terngiang ajaran, "hijau itu seperti daun segar. Daun mesti tegap dan segar, tidak...

Ceritakan Kebaikkan 3

"Aku berikan kau a fair solution , yang mungkin kau boleh fikir-fikirkan. Nak buat tak, terpulang." Memang dia ada temper , tapi dia juga kental menyampaikan kebaikkan secara beransur-ansur. Bukan senang perkara yang baik-baik ini, di dalam dunia yang lebih nampak jahat dan keji itu lebih cool dan hipster. "Berhenti untuk cakap kebaikkan..." "Pulak." Aku memotong. Dia jengil mata sambil menyambung, "berhenti cakap kebaikkan diri sendiri kalau kau rasa tak senang. Atau kau rasa pahala kau berkurang. Tapi, kau boleh ganti dengan bercakap tentang kebaikkan orang lain. Kawan yang sedang membuat sesuatu demi keluarga dia, contoh, yang jaga mak ayah yang uzur. Yang setiap minggu membantu untuk mencukupkan bekalan dapur dengan membeli ikan, ayam, daging dan letakkan di dalam peti ais. Atau kawan yang terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan. Kawan yang terlibat dalam usaha kemanusiaan antarabangsa. Promosi kegiatan kawan-kawa...