Infiniti
"Maksudnya, infiniti itu...Tuhan?" Adi bertanya polos. Guru muzik muda berkaca mata seluruhnya ditenung. Dalam wajah ada makrifat. Adi selalu percaya Cikgu Faries telah mencapai satu maqam yang tidak dapat difahami oleh orang biasa. Malah karya muzik yang disusun Cikgu Faries dalam sonata, konserto, duet dan solo terus sahaja dipuja puji orang. Kata mereka ia adalah karya yang dapat menghantar ruh ke syurga. "Adi, Tuhan adalah seluruh alam ini. Ia akan menampakkan diriNya dimana-mana. Ia akan menonjolkan diri dalam ruang lingkup yang mereka fahami. Dalam kewujudan alam Dia muncul melalui teori Big Bang. Dalam matematik, Dia menjelmakan diri dengan simbol keramat itu, INFINITI." Adi mengangguk. Hati Adi berbisik, "dalam simfoni, Tuhan selalu ada dalam nota-nota muzik Cikgu Faries. Nota-notanya adalah nota manifestasiNya." Adi mengeluarkan buku matematik yang dipenuhi dengan soalan-soalan. Adi membuka bab yang dipenuhi soalan tentang infiniti. Cikgu Faries...

Comments
siapa yang berjihad di sana saya kira sekarang ini jika mati memang bukan mati katak, tak ada perdebatan lagi samada ini mati syahid atau tidak.