"Maksudnya, infiniti itu...Tuhan?" Adi bertanya polos. Guru muzik muda berkaca mata seluruhnya ditenung. Dalam wajah ada makrifat. Adi selalu percaya Cikgu Faries telah mencapai satu maqam yang tidak dapat difahami oleh orang biasa. Malah karya muzik yang disusun Cikgu Faries dalam sonata, konserto, duet dan solo terus sahaja dipuja puji orang. Kata mereka ia adalah karya yang dapat menghantar ruh ke syurga. "Adi, Tuhan adalah seluruh alam ini. Ia akan menampakkan diriNya dimana-mana. Ia akan menonjolkan diri dalam ruang lingkup yang mereka fahami. Dalam kewujudan alam Dia muncul melalui teori Big Bang. Dalam matematik, Dia menjelmakan diri dengan simbol keramat itu, INFINITI." Adi mengangguk. Hati Adi berbisik, "dalam simfoni, Tuhan selalu ada dalam nota-nota muzik Cikgu Faries. Nota-notanya adalah nota manifestasiNya." Adi mengeluarkan buku matematik yang dipenuhi dengan soalan-soalan. Adi membuka bab yang dipenuhi soalan tentang infiniti. Cikgu Faries...
Isnin lepas, 8 Julai 2019, dengar ceramah dari sarjana Barat Syeikh Hamza Yusuf (SHY) di KL Convention Center. SHY sarjana yang dikenali di seluruh dunia mempunyai Kolej Zaytuna di Berkeley US menawarkan pelbagai program yang berkaitan agama dan kesenian/kebudayaan. Ceramah bermula jam 9 selepas ketibaan jemputan DiRaja Permaisuri Agong dan Permaisuri Johor. Ceramah bertajuk Where is Your Heart? Berkisar bagaimana kita mahu menilai diri sendiri, persekitaran dan bagaimana untuk berubah. Antara isi penting ceramah SHY, ialah 1. Sekiranya mahu berubah, mesti bermula dari diri sendiri 2. Sekiranya mahu sekeliling berubah juga bermula dari diri sendiri 3. Apakah panduan yang paling dirujuk? Adalah kembali kepada Al Quran, menjalin hubungan dengan Al Quran dengan memahami dan mempraktikkan apa yang terkandung dalam Al Quran. 4. Bahawa, pemerintahan (order) itu perlu untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian. Ada banyak lagi, jika ada masa boleh sambung lagi inshaaAllah.
Saya berada di Grand Ballroom, Hotel Legend semalam. Memeriahkan majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk tahun penilaian 2004/2005 dan 2006/2007. Sejujurnya, saya tidak bersedia, dan saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Namun, ketika melangkah di hadapan pintu masuk hati saya berdebar bagai hendak pecah. Saya pernah berada di dewan yang sama untuk satu seminar kejuruteraan untuk tanah dan geoteknik. Waktu itu guru saya Prof Bujang B.K. Huat sebagai pembentang ucaptama yang menemukan saya dengan rakan-rakan jurutera yang lain. Tetapi kali ini kedatangan saya lain. Saya diminta menghadiri untuk acara meraikan pemenang anugerah sastera tertinggi kerajaan Malaysia. Dan saya, sebagai salah seorang pemenang. Susah hendak percaya, tetapi perancangan Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Ia adalah satu pengalaman yang asing. Ya, saya menulis, tetapi untuk diiktiraf ke peringkat tertinggi kerajaan Malaysia adalah di luar apa yang pernah saya fikirkan. Subhanallah, ia satu keberuntu...
Comments