Isnin lepas, 8 Julai 2019, dengar ceramah dari sarjana Barat Syeikh Hamza Yusuf (SHY) di KL Convention Center. SHY sarjana yang dikenali di seluruh dunia mempunyai Kolej Zaytuna di Berkeley US menawarkan pelbagai program yang berkaitan agama dan kesenian/kebudayaan. Ceramah bermula jam 9 selepas ketibaan jemputan DiRaja Permaisuri Agong dan Permaisuri Johor. Ceramah bertajuk Where is Your Heart? Berkisar bagaimana kita mahu menilai diri sendiri, persekitaran dan bagaimana untuk berubah. Antara isi penting ceramah SHY, ialah 1. Sekiranya mahu berubah, mesti bermula dari diri sendiri 2. Sekiranya mahu sekeliling berubah juga bermula dari diri sendiri 3. Apakah panduan yang paling dirujuk? Adalah kembali kepada Al Quran, menjalin hubungan dengan Al Quran dengan memahami dan mempraktikkan apa yang terkandung dalam Al Quran. 4. Bahawa, pemerintahan (order) itu perlu untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian. Ada banyak lagi, jika ada masa boleh sambung lagi inshaaAllah.
Salam hujung minggu :) Kongsi lagu ini untuk tatapan semua. Saya suka hampir setiap aspek lagu Meet Uncle Hussein dengan menampilkan juara baru AF9, Hazama. Terutama pada lirik yang menggunakan patah perkataan yang minimal dan ekonomi, namun tetap puitis dan berganda makna. Kita nyanyi dulu. Tanya sama pokok Apa sebab goyang Jawab angin yang goncang Terbang burung terbang Patah sayap diduga Seandainya rebah Kau masih ada Terlalu mahu dan mahu Terlupa apa yang perlu Terlalu banyak alasannya Duduk terdiam Tak mudah namun tak susah Terserah atas pilihan Tersentuh hati mula luruh Saya suka band indie atas pilihan lagu yang diberikan selalu luar dari konteks sempit melankolik cinta tipikal. Namun saya lebih suka lagu ini kerana ia menampilkan falsafah kasualiti yang kuat dari bait lirik yang tidak asing di telinga. Tanya sama pokok adalah lagu yang kita nyanyikan sejak kita kecil. Melalui lagu dari filem P Ramlee, seperti mana pokok, lagu ini juga evergreen. Terima kasih MUH kerana face li...
Bermula 10 Julai sehingga pesembahan penutup pada 20 Julai, naskah Uda dan Dara (Usman Awang) dimainkan di Istana Budaya. Kami diberi kesempatan menonton pada 10 Julai. Seperti yang tertera di tiket, jam 8.30 malam ia akan dimulakan. Kata orang, teater di Istana Budaya ialah hiburan untuk orang kaya. Jika begitu, bagaimana pula kami dapat pergi? Sudah tentu berbekalkan tiket termurah RM30 untuk disaksikan dari tingkat 3. Mungkin kerana tiket tidak habis dijual atau kata petugas Istana Budaya sedang dibaik pulih, tingkat 3 tidak digunakan. Kami diminta turun untuk duduk di tingkat 2. Itu pun, masih lagi ditunjukkan tempat yang sesuai untuk tiket RM30. Walaupun disekitar tempat duduk yang lebih mahal, kosong tidak berisi. Tidak tahulah pula kalau tiket yang berharga lebih RM100 di bawah penuh atau tidak. Uda dan Dara adalah naskah kisah cinta. Malangnya saya tidak pernah membaca naskah asal Usman Awang, yang terhidang di depan mata adalah interpretasi pengarah. Untuk mudah, ia seperti ma...
Comments