Posts

Goodreads: Tidak Ada New York Hari Ini

Puisi, selalu menyentuh sudut paling dalam. Menggambarkan peristiwa, lebih sering menggambarkan rasa. M Aan Mansyur, pasti hidup penuh rasa. "Kadang-kadang, kau pikir, lebih mudah mencintai semua orang daripada melupakan satu orang. Jika ada seorang terlanjur menyentuh inti jantungmu, mereka yang datang kemudian hanya akan menemukan kemungkinan-kemungkinan".

Hamza Yusuf di Malaysia 8 Julai 2019

Isnin lepas, 8 Julai 2019, dengar ceramah dari sarjana Barat Syeikh Hamza Yusuf (SHY) di KL Convention Center. SHY sarjana yang dikenali di seluruh dunia mempunyai Kolej Zaytuna di Berkeley US menawarkan pelbagai program yang berkaitan agama dan kesenian/kebudayaan. Ceramah bermula jam 9 selepas ketibaan jemputan DiRaja Permaisuri Agong dan Permaisuri Johor. Ceramah bertajuk Where is Your Heart? Berkisar bagaimana kita mahu menilai diri sendiri, persekitaran dan bagaimana untuk berubah. Antara isi penting ceramah SHY, ialah 1. Sekiranya mahu berubah, mesti bermula dari diri sendiri 2. Sekiranya mahu sekeliling berubah juga bermula dari diri sendiri 3. Apakah panduan yang paling dirujuk? Adalah kembali kepada Al Quran, menjalin hubungan dengan Al Quran dengan memahami dan mempraktikkan apa yang terkandung dalam Al Quran. 4. Bahawa, pemerintahan (order) itu perlu untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian. Ada banyak lagi, jika ada masa boleh sambung lagi inshaaAllah.

UBiteam: Projek Cuti Sekolah

Projek Cuti sekolah ini bukan dirancang dengan paksaan. Tapi secara demokrasi terpimpin - bak dalam filem P Ramlee. Bukan, sebenarnya secara usulan idea sahaja pada mulanya. Dua orang remaja ni sudah pun mengikuti kursus cuti sekolah tahun lepas dengan Artman, RPWP. Dengan ilmu menggunakan kamera dan video serta asas suntingan, rasanya tidak salah kalau berikan mereka galakan untuk menggunakan kemahiran yang sudah diperolehi dengan projek sendiri.  Saya datang satu hari ke rumah mereka kemudian menunjukkan kamera yang saya ada. Asytar dan Al Qaim sudah pun mempunyai kamera seakan GoPro dan telefon pintar. Cabaran ialah menghasilkan video, tujukan apa yang mereka ada. Kata saya ilmu yang ada, tapi jika tidak digunakan dan ulang buat, lama-lama akan hilang. Ini hasilnya, https://www.youtube.com/channel/UCllf4U1Qjd4G-CLdHxFB0gA Channel YouTube UBiteam.  Untuk saya sangat bagus untuk permulaan. Sekurang-kurangnya, kata Wan mereka, sudah mula bangun pagi da...

Membina Karakter

Membina karakter perlu bermula dari kecil? Membaca artikel ini http://media.hoover.org/sites/default/files/documents/0817929622_43.pdf untuk memahami tentang pendidikan karakter. Character education juga boleh difahami dengan pelajaran moral, pelajaran nilai atau ada juga yang memahaminya sebagai sivik. Secara ringkas, yang dimaksudkan sebagai karakter adalah 'an individual’s set of psychological characteristics that affect that person’s ability and inclination to function morally.' Kita mahukan individu mempunyai moral dan kembali mempunyai 'common sense'. Sebagai contoh mengamalkan kebersihan, seperti bila sudah menggunakan tandas adalah 'common sense' pengguna memastikan tandas bersih bukan membiarkan kotor. 'Common sense' ini semacam semakin hilang. Kita akan tertanya-tanya kenapa anak-anak di sekeliling kita kadang-kadang tidak faham benda yang mudah. Boleh sahaja kita telah ajarkan pelajaran asas membersihkan tandas, tetapi hanya berlaku...

Jagung boleh ditanam dalam pasu?

Image
Ada banyak kelebihan juga bila maklumat di hujung jari. Cuma maklumat yang bagaimana yang menjadi perhatian kita bila berlama-lamaan di media sosial. Ada banyak gerakan menarik dalam media sosial berlaku sekarang. Salah satunya adalah pertanian bandar atau pertanian urban. Dengan perkongsian ilmu, banyak teknik bertani telah dipelopori oleh mereka yang ahli, kemudian telah dimudahkan untuk membolehkan siapa sahaja untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam. Jagung. Siapa yang tinggal di bandar pernah terfikir boleh tanam jagung? Memang tak fikirkan. Jangan bimbang. Sekarang, dengan teknik yang betul, apa-apa pun boleh ditanam. Jagung juga boleh ditanam dalam pasu atau polybeg. Dengan penjagaan yang baik, jagung dalam tempat yang kecil juga boleh mengeluarkan hasil. Jagung dalam gambar mulanya ditanam dalam pasu. Setelah dinasihatkan Emak, pindahkan ke dalam tanah. Alhamdulillah dah beri hasil. Akan datang nak cuba bina para yang seperti dalam gambar bawah. Nak bagi ru...

Dauk Kaduk: Jom Tanam Sendiri

Image
Kongsi gambar daun kaduk di laman sosial Facebook, ramai kawan-kawan dan saudara mara beritahu banyak lagi perkara menakjubkan. Untuk tumbuhan yang tumbuh agak mudah, dengan penjagaan yang minima, membiak dengan baik daun kaduk ni menyimpan banyak khasiat. Daun ini mendapat tempat pada tahun 2018 dan beberapa tahun kebelakangan kerana makanan Thailand yang disebut Miang Kham. Sejenis kudapan dengan pelbagai bahan yang dimasukkan ke dalam daun, dilipat dan dimakan dengan sira gula merah. Apa yang boleh dibuat dengan daun ini. Resipi Masakan Daun kaduk boleh dibuat: 1. Ulam Memang biasa diamalkan oleh masyarakat. Petik dan terus dimakan. Atau direbus dicelur terlebih dahulu sebelum dimakan. Ada juga yang buat nasi ulam. Dicelur dan dimakan dengan sambal belacan. Boleh juga untuk ulam laksa. Ulam cicah dengan sambal kelapa. 2. Kerabu Sebagai salah satu ramuan sayuran dalam kerabu. Paling sedap kerabu kerang dengan ikan bilis seperti yang dikongsikan rakan FB. 3. Gulai ...

Parenting MJ#3 : 'Busy Bag'

Image
Husaini berumur 3 tahun, minat banyak benda, suka meneroka, mencuba benda baharu dan belajar dengan cara sendiri. Ini Husaini dengan 'busy bag'. Beg Sibuk ini diisi dengan warna, pembaris abjad, pemadam, klip kertas dan juga 'flip book', buku flip. Busy Bag ini sesuai dibawa dan dibuka ketika di kedai makan (restoren) dan dimana-mana tempat yang sesuai. Salah satu alternatif yang boleh dibuat selain dari membawa mainan yang disukai. Mudah sangat buat 'Busy Bag' ini. Saya gunakan beg plastik yang mudah ditutup dan dibuka (seperti plastik yang kita dapat di klinik cuma saiznya besar sedikit). Boleh didapati di mana-mana pasaraya. Kemudian isikan dengan permainan atau pun alat pembelajaran. Untuk Husaini, Busy Bag ini dapat melekakan dia dalam beberapa minit. Cukuplah untuk buat dia bertenang sebelum makanan sampai. Kertas putih bersaiz A4 adalah untuk Husaini menulis dan menconteng dengan warna-warna yang disukai. Saya juga melukis beberapa bentu...