Posts

Showing posts from May, 2011

Selamat Hari Guru dan Laskar Pelangi

Memahami makna pendidikan melalui kaca mata Laskar Pelangi. Saya ketinggalan untuk mendengar bicara santai tentang buku-buku Andrea Hirata. Tetapi di sebelah malam, saya berkesempatan untuk menonton filem dari siri tetralogi Andrea Hirata, Laskar Pelangi. Ia cerita orang kecil dari Pulau Belitong. Tentang anak-anak miskin yang tidak dipedulikan pendidikan mereka, meski mereka tetap mahu bersekolah. Hanya mempunyai 3 orang guru. Pak Harfan, Ibu Mus dan juga Pak Bakri. Dengan 10 orang anak murid, mereka membayangkan untuk memberi pendidikan sepenuhnya, dengan kepercayaan semua anak-anak di Indonesia punya hak untuk mendapat pendidikan. Sebagai sebuah novel dan filem, LP adalah karya yang menyentuh. Anak-anak kita yang dibesarkan dalam linkungan senang, tidak akan memahami erti perjuangan untuk bersekolah seperti teman-teman mereka di SD Muhamaddiyah Gantong.Apa erti sekolah yang beratap bocor, berbau najis ternakan, bangunan yang hendak roboh, tanpa pakaian seragam sempurna, jarang sekal...

Berkat

Image
Saya bukan peminat Manchester United mahupun Chelsea. Yang saya tahu pada perlawanan lalu, antara MU dan Arsenal referee berat sebelah dengan menggenakan hukuman yang tidak munasabah kepada pasukan Arsenal dan mengacau laluan bola ketika pasukan Arsenal sedang membuat gerakan strategi ke gawang musuh. Kerana MU main tanpa keberkatan (dari saya umpamanya), mereka kalah 0-1. Kalau tak mungkin Arsenal menang 2-0, satu penalti sebab handball kat gawang Edwin Van De Sar. Peminat MU, jangan buat-buat tak nampak pulak! (Ya tahu, saya sudah kelewatan. Dan MU menang melawan Chelsea 1-0, dan Barcelona pun sudah menjadi juara). Hari ini saya ingin bercerita tentang keberkatan. Siapa sebenarnya tahu tentang makna keberkatan? Saya tidak, sehinggalah baru-baru ini saya membaca Travelog yang dihadiahkan oleh penulis (Mohd Farid Mohd Rashidi) ‘Debu-debu Kota Seribu Menara’. Di saat orang merai pelbagai nilai yang songsang dan tidak mempercayai tentang keberkatan dan maknanya, saya menjumpai mutiara...