Posts

Showing posts from April, 2007

Cemburu

Image
Rupanya dari dulu saya sangat cemburu pada Saiyidatina Fathimah penghulu terulung wanita pemuka alam semesta sejak awal hingga Yaumul Hisab saya masih lagi cemburu lebih-lebih lagi sekarang namun jauh disudut hati saya malah terlalu menyanjungi keberuntungan itu selalu meliputi dan rasa diberkahi kerana diizin Tuhan mengenali Ummu Abiha dan moga rasa cemburu ini menjadikan kami lebih akrab!

...from the other part of the world

Image
One for my Sister ...! The hospital I worked in during my stay in Swaziland sits atop the beautiful and very steep Lebombo Mountains. In this part of the world people often have to walk 40 kilometers or more in order to see a doctor. As you can imagine there are many people in the community who are simply too sick or too poor to get to a hospital. This is where home-based care comes in. The home-based care team consists of several.nurses who jump into a small truck/van every morning and travel out to the community to tend to the health needs of the truly destitute. Before I went out with the team I used to buy potatoes and carrots and apples to give to the people we met - because health care in Africa is often just as much about the provision of food as it is about medicine. I would always make sure I also bought a bag of sweets to give to the beautiful children we would meet out in the community. I have learned that sweets are one of the great unifiers in the human world we might look

Kopi

Image
Rupanya capuccino dan latte dihidangkan tanpa gula rupanya expresso mochiento (?) kecik jer, besar cawan cam nak minum air zam-zam (hehehe), dan rasanya cam hantu (hahaha) Mocha blended best, cam ABC tapi rasa kopi Aroma dan bau kopi lebih lama kekal dalam mulut walau dah berkali-kali berkumur dan gosok gigi Roti boy pun ada rasa dan aroma kopi, first makan Rotiboy masa pergi lawatan Kelab Astronomi ke KL Kalau tak ada kopi mahal-mahal, boleh campur Milo dan Nescafe, nanti rasanya cam ada iras-iras mocha Minum hot choclate kat kedai kopi pun ada gak rasa cam minum kopi, tapi best jer dan sedap lebih-lebih lagi orang lain yang belanja Jangan banyak sangat makan kafein, nanti boleh migrain (ye ke?), dan betul ke kafein boleh buat orang ketagih Teh pun orang kata ada kafein jugak, betul ke? Kat kedai makan, banyak jer iklan-iklan kopi tradisional yang kebanyakkan mesti ada perkataan Ali (thanx for my observer friends) Kopi can make you awake, even during the most exhauting hours! If you
Jam : 8.00 am Q: Mana orang yang sort surat? J: Tengah sort surat Jam: 8.30 am Q: Mana orang yang sort surat? J: Main game kot, sebab dah habis sort surat rasmi. Jam 9.00 tengahari Q: Mana cikgu-cikgi ni, tak buat kelas ke? J: Dia orang tengah sort surat tak rasmi, takut surat penting-penting hilang. Jam 12.30 tengahari Q: Mana posmen ni, tak balik-balik lagi? J: Ooo, dia tengah sort surat kat Taman Perumahan yang tak sort surat tak rasmi
lelaki yang ku kenal sudah hilang sifat pembelaan juga memakai pakaian lelaki bernama tanggungjawab menjadi hero menunggak agama membawa dunia mengenal Tuhan mereka lebih senang memperguna wanita untuk kesenangan dan orang bawahan kerana kuasa sedang kuasa itu hanya akan jadi wajar diikuti pada mereka yang menyanjung tinggi amanah dan ikhlas berkhidmat lelaki yang ku kenal libidonya memuncak-muncak tapi daya intelektual jelas telah mati pucuk paling lantang mengagung diri galak menggaris sempadan pemisah sedang dirinya yang sebenar niente , hanyalah sebuah tin kosong apa lagi yang tinggal pada kelelakian yang Allah anugerahkan jika akhirnya mereka sendiri tidak mahu jadi lelaki sungguh hari ini aku jadi sangat rindu pada Rasul moga akan kembali wasilahnya membela semua dan lelaki akan kembali menjadi lelaki seperti yang sepatutnya tapi jika mereka tetap tidak mahu tidak mengapa aku sendiri rela menyarung baju besi mengangkat pedang waja dan bersama Nabi berlari menuju Tuhan

Fragmen Cerpen: (belum bertajuk - any idea?)2

Image
Aku mengalihkan pandang pada Aun dan Muhammad. Seperti ayah mereka, tidak seperti kanak-kanak lain, dalam perkiraan orang mereka juga hidup derita. Hidup derita tapi dengan jiwa yang sangat kaya. Aku juga telah menjadi kaya, dengan kekayaan jiwa suami dan anak-anak. Tanpa sedar air mata telah mengalir tenang melalui pipi kanan dan kiri. Aku berbisik ke telinga suami perlahan ayat ke 7 dari Surah Muhammad, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu dan meneguhkan tegakmu”. Kemudian ayat ke 38 dari Surah Al Hajj, “Sungguh Allah membela orang yang beriman; sungguh Allah tiada menyukai siapa pun yang berkhianat dan tiada berterima kasih”. Akhir sekali aku akan cuba menenangkan hatinya yang gundah dengan ayat 40 dari surah Al Haj. “Sungguh Allah menolong orang yang menolongNya; sungguh Allah Maha Kuat, Maha Perkasa”. Aku memandang suami penuh kasih. Tenang dalam tidurnya yang nyenak. Aku mahu berjanji, aku akan hidup tua hanya dengannya. Aun dan Muhammad