Posts

Showing posts from August, 2011

Hadiah untuk Ramdan

Saya sedang menghabiskan ayat akhir dari ingatan yang masih berbaki dari syarahan Dr. Noor Rahman, dia memulakan pesan akhir sebelum cuti hari raya Aidilfitri bermula. “Baiklah, saya sudah selesai menerangkan apa yang perlu kamu tahu dalam semester ini. Semoga penerangan dan perbincangan yang telah kita jalankan dapat memudahkan kamu untuk faham keseluruhan teori, konsep dan aplikasi.” Ketika itu saya melihat Dr. Noor Rahman senyum. “Lama sudah saya tidak dapat kumpulan pelajar macam kelas kamu…” Perhatian saya dijentik. Rata-rata kelas pun begitu. Ada yang tidak berjaya menahan mula menyoal, “seperti mana kami ini Dr.?” Masing-masing memasang telinga. “Macam mana ya? Saya pun tidak tahu hendak menerangkan. Tapi seingat saya, enam tahun dahulu ketika saya mula bertugas, saya menerima kumpulan pelajar seperti kamu ini. Saya sangat bersyukur pengalaman pertama, pengalaman manis yang menyuntik semangat. Setiap kali masuk kelas, saya akan berusaha dengan persiapan paling ba

Pengaduan

Ini bulan Allah membuka pintu langit seluas-luasnya. Untuk pengampunan, untuk rahmat, untuk pembebasan dari api neraka. Dari mulut orang yang menahan lapar dan dahaga ikhlas demiNya, yang menahan perit mentari dengan kesabaran bahawa benar sesungguhnya dia sabar dan taqwa pada TuhanNya. Ini bulan diturunkan Al Quran. Dalamnya malam kuasa penuh rahsia dan pemakbulan doa. Bulan yang roh orang-orang maksum diterima langit dengan redha. Yang siang dan malam penuh zikir, pengaduan dan rasa cinta. Mereka tidak mati, bahkan terus hidup menebarkan budi sepanjang zaman, sehingga Allah menutup cerita kita, cerita umat manusia. Namun yang nyata ia tidak akan dapat mentarbiah semua. Kerana masih ada manusia yang tidak takut. Menafsir mengikut nafsu sendiri-sendiri. Melepaskan tanggungjawab. Yang menyangka bahawa yang diperbuat dalam pekerjaan adalah hal dunia yang tidak menyangkut dengan hal akhirat mereka. Bahawa tiada guna menabur keringat untuk hal dunia, sedang inilah dunia

Prof Haron dan Ramadhan 3

Image
Ia cerita lama sudah. Namun saya tetap masih boleh ingat dengan jelas. Setiap kali bertemu rakan lama, topik persamaan kami adalah Prof Haron. Garang, tegas, lucu, banyak cerita, tag line beliau yang diulang saban tahun. Semuanya. Ia cerita lama. Tetapi semangat dan jasa beliau sangat berbekas dalam diri. Secara tidak langsung Prof buat saya percaya diri. Saya ada potensi dia melihat. Dia dapat melihat di luar apa yang mampu saya lihat dalam diri sendiri, kerana itu Prof menyanggupi menjadi supervisor. Beliau sanggup walau untuk orang seperti saya. Ya, seperti saya. Ia cerita lama. Saya tidak pernah dapat peluang melakukan khidmat seorang murid pada gurunya. Tapi dia masih dan tetap ada. Saya mahu Prof Haron terus hidup dan mendidik lebih ramai orang seperti saya untuk akhirnya percaya diri. Saya mengabdikan nama Prof Haron dalam cerpen pertama yang mendapat pengiktirafan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, sempena Sayembara Mengarang Cerpen 50 Tahun Merdeka. Cerita di rak

Prof Haron dan Ramadhan 2

Image
Baik, saya tahu, saya masih belum menyentuh kisah Ramadhan dengan Prof Haron. Ia berlaku waktu Ramadhan lama dulu. Meski saya sudah banyak kali mengambil kelas Prof dalam banyak semester, saya tetap gugup kalau bertembung di luar kelas. Selalu dalam mulut bagai ada kaca, dan mata yang akan dilari-larikan ke mana. Jika nampak kelibat dari jauh, saya lebih rela mengambil jalan alternatif supaya tidak bertembung. Betul, saya sangat takut. Tapi Ramadhan itu Allah menetapkan lain. Saya tidak dapat lari ke tempat lain. Saya terpaksa berselisih jalan dengan beliau. Beliau seperti biasa dengan langkah yang laju, tetap boleh perasan. Yang mampu saya keluarkan hanyalah, “Assalamualaikum Prof.” dan kembali mahu mengambil jarak. Prof hanya memandang, saya tidak tahu dia fikir apa. Tanpa kata. Namun hanya dengan itu saya faham Prof mahu saya berhenti sejeda. Saya berhenti. Masih tanpa kata, Prof menghulur dua makalah untuk saya. Satu “Hari Raya Hari Takbir” dan lagi satu “Laylat Al-Qadar dan Ikt

Prof Haron dan Ramadhan 1

Kata Imam Ali Zainal Abidin (sa), “Hak orang yang berbuat baik kepadamu: hendaknya kamu berterima kasih kepadanya, selalu menyebut kebaikannya, menyebarkan sebutan yang baik tentangnya, mendoakannya kepada Allah swt secara ikhlas. Jika semua itu telah kamu lakukan, bererti kamu telah berterima kasih kepadanya baik secara sembunyi mahupun terang-terangan. Jika kamu mampu membalas kebaikkannya, balaslah kebaikkannya setidaknya mempersiapkan sesuatu untuk membalasnya, dan kuatkan tekadmu untuk melaksanakannya.” Tidak pernah sekali menyambut Ramadhan tanpa saya mengingati sosok yang begitu berpengaruh dalam hidup, Prof. Haron, setepatnya, almarhum Prof. Haron. Beliau seorang Prof. paling ajaib dan aneh pernah saya kenal. Dan Allah mempertalikan kami lebih dari hubungan guru dan anak murid. Meski, jika dia masih bernafas di muka bumi ini, saya tetap akan menjadi murid penakut yang selalu segan-segan bila bertemu dengannya. Baik. Saya telah menulis tanpa pendahuluan yang baik. Saya mulakan s

Kecewa seorang Guru

Saya tidak menyangka akan dipertemukan sekali lagi dengan Cikgu Sulaiman. Seminar ini rupanya menyediakan lebih dari wadah takungan ilmu. Tampang masih segak meski sudah ada garis-garis penanda usia dan rambut memutih yang dapat dilihat dari dekat. Namun rambut hitam yang masih lebat akan membuatkan orang sentiasa salah meneka umur Cikgu Sulaiman yang sebenar. “Ashikin,” teguran yang diiring senyum ikhlas yang melebar. Ada damai di sebalik manis wajah sehingga masuk menusuk sukma. Saya kagum mendengar, kerana meski sudah sekian lama Cikgu Sulaiman masih ingat. “Cikgu sihat?” Saya menyambut dengan sebal rasa bersalah. Saya murid yang patut dulu menyapa. Sambil mengurut perut yang sedikit ke depan, “Awak perli saya Ashikin?” Ada serbu panas di pipi. Mustahil saya berniat demikian. Saya kehilangan kata, tetapi Cikgu Sulaiman lebih dahulu menenangkan, “Alhamdulillah, semakin sihat. Mari makan bersama saya.” Saya didorong ke meja orang penting. Langkah hilang daya. Apa kelayakan saya untuk