Posts

Showing posts from April, 2013

Pengupayaan Orang Muda

Tidak syak lagi, orang muda sedang mengupayakan diri mereka untuk bergerak secara kolektif untuk membuat perubahan demi kebaikkan masyarakat setempat khasnya dan Malaysia secara am. Minggu-minggu terdekat ini, saya menyaksikan itu. Bermula dari Sabtu dua minggu yang lepas, sekumpulan anak muda dari Kuantan-Jengka dan sekitar mewakafkan masa mereka untuk membawa adik-adik rumah Baitul Husna Kuantan. Projek untuk aktiviti luar dan lawatan pendidikan kali ini ialah menuju ke KLCC, mercu tanda kejayaan dan kebanggaan negara. Baik, cerita bermula lebih awal. Kami melawat Baitul Husna tahun lepas, maafkan memori kabur saya, mungkin bulan 10, 11, 2012 saya tidak begitu pasti. Kami rombongan dari KL melawat anak muda Yuni yang memulakan tuisyen percuma di Baitul Husna di bawah label TFTN. Peristiwa tersebut meninggalkan banyak kenangan. Ramai antara volunteer yang datang adalah yang pertama kali kami bertemu mata, tetapi melanjutkan persaudaraan sehingga hari ini. Yang mengejutkan ial

Kau beri cinta, yang akan dikembalikan juga cinta (interlude)

Image
Dalam banyak persoalan tentang hidup, saya sukar mengerti tentang kepahitan disakiti dan ditinggalkan. Pagi ini kawan yang baik berkongsi pesan Yasmin Mogahed di atas, dan saya tahu saya sedang menghirup udara segar dan rasa dada dilapangkan. Semoga Allah merahmati kita semuanya, dan menyerahkan hidup dengan percaya Perancangan Tuhan. Rezeki terpinjak hari Sabtu lalu, menunggu ceramah Jerry D Gray sudah dua minggu, rupanya ceramahnya hanya memakan masa 30 minit yang dibuat antara maghrib dan Isyak. Terkejut dan tergamam dengan waktu sesingkat itu kami masih tetap menunggu walau sudah selesai Isyak.  Saya bersama kawan-kawan dan famili menunggu tetapi tidak tahu untuk apa, padahal sangat kepenatan kerana berhabis tenaga di KLIBF 2013 di PWTC. Kemudian kami dikejutkan dengan kemunculan Habib Ali. Lebih mengujakan, Habib Ali bukan hanya bertazkirah tetapi berqasidah! Saya duduk di sebelah kawan baik. Teman haji saya. Selepas Haji hanya beberapa waktu Allah izinkan kami

Kau beri cinta, yang akan dikembalikan juga cinta

Ada banyak cerita. Seminggu ini perjalanan saya dikayakan dengan perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (sementara), Yasmin Mogahed, merencanakan perjalanan anak-anak miskin dan yatim Baitu Husna Kuantan ke KLCC dan berwisata (travel) ke Sabah Negeri di Bawah Bayu. Segalanya indah. Indah: 1. Yasmin Mogahed Seorang speaker yang saya tidak pasti berasal dari mana. Tetapi pertemuan untuk mendengar ceramah Reclaimed Your Heart pada 15 April seperti satu perjalanan magical. Kenapa magik? Kerana saya dan sepupu tiada tiket. Rupanya tiket hanya dijual online. Kerusi yang ada 1500 sold out sebelum ceramah bermula. Tiada kaunter untuk pendaftaran walk in. Kami datang pada jam 6pm walaupun ceramah hanya akan bermula jam 830 pm. Untuk setiap AJK yang bertugas, kami akan bertanyakan soalan yang sama, "do you have any extra tickets? We can sit on the floor. We can just stand in front of the door. Anything if you can allow us to participate."  Jawapan yang s

Main Monopoly

Ada waktu-waktu yang saya hargai, bila dua orang anak buah kesayangan pulang ke KL dengan membawa kotak. Permainan Monopoly yang tidak lapuk zaman. Jurang perbezaan umur tidak pernah menghalang, anak bapa aunties uncles boleh duduk dalam bulatan dan main beberapa pusingan. Kami akan main dengan peraturan mudah, supaya cepat habis untuk cari pemenang dan peng'kalah'. Bagi yang paling awal keluar, kena bersedia digelakkan 'cow-cow' dan menyaksikan ego yang menang adalah satu pemandangan yang menjengkelkan.   Yang emosional akan bermasam muka, yang mahu poyo kerana menang akan bercerita dengan eksyen dan megah. Hujung minggu yang berisi? Ya mungkin, tetapi saya punya pandangan lain sekarang. Banyak perkara, antara lain apakah pelajaran yang diperolehi dari permainan ini, atau adakah ia menyuntik semangat individualistik? Hahaha, Asal, Asal, kalau tidak berfikir secara simple memang tidak boleh. Jap jangan kritik dulu, semalam dalam enak-enak b

Sedekah Paling Susah

Dalam banyak-banyak sedekah, sedekah apa paling susah? Tanya seorang adik yang begitu meminati topik sedekah. Saya pandang dia, mustahil dia tidak ada jawapan. Sedangkan banyak buku tentang rahsia memberi (saling berbagi) yang dia beli dan simpan. Barangkali adik ini hanya ingin tahu pandangan kerdil saya. "Mmm, susah juga soalan ini. Tapi saya cuba. Bagi saya yang paling sukar untuk manusia moden ini adalah sedekahkan waktu." Dahi adik sedikit berkerut. Mungkin jawapan yang melesat dari jangkaan. "Bukan duit?" Saya menggeleng. "Bukan. Memberi duit lebih mudah dari waktu." "Kenapa?" "Kesanggupan kita untuk luangkan masa, bukan soal kecil. Ia soal lebih luas. Contoh, jika kita putuskan untuk buat khidmat sosial di rumah anak yatim selama 2 jam di hujung minggu, apa maknanya?" "Kita korbankan 2 jam waktu rehat hujung minggu?" Adik mencuba. "Betul. Bukan setakat korbankan

Pilihan

Semalam ketika menekan punat kawalan jauh Adik bertanya, "tidak singgah kat saluran 103 ke?"  Saya mengangkat kening, bertanya kenapa dengan isyarat sahaja malas sangat. "Saja nak mention je, bukan ke malam ini ABPBH?" "Oh dah tengok sekejap tadi, macam siaran ulangan." Adik yang selalu faham sikap saya terhadap majlis anugerah seperti ini tidak terkejut. "Benda yang sama sahaja setiap tahun?" "Ya, tidak memberikan kita apa-apa dan seolahnya mereka sudah kekeringan idea. Kasihan kita perlu bergelak ketawa dengan parodi dari Johan yang menggayakan lagu Shae." "Parodi lagu Sayang?" "Yea. Klip video nyah yang paling glamer di YouTube diparodikan oleh Johan." Tentu saya gelak. Memang Johan lucu tidak dinafikan.  Meski begitu saya memilih menonton Master dan Commander siaran TV2, lakonan Russel Crowe yang selalu dikagumi dan mengesankan. Sepanjang masa saya membayangkan getir perjalana

Senyum di Penghulu Hari

Ada beberapa lagu yang jika dimainkan hati tiba-tiba jadi kembang dan dalam dada meluncur laju, "sayang kamu." Serentak bibir jadi mahu tersenyum dan dalam kepala sudah terbayang wajah. Dan sudah tentu akan ada suara-suara di belakang bertanya, "siapa?" Ia perasaan yang aneh bukan? Kita serentak membayangkan yang indah-indah. Belon berwarna warni, bunga yang kembang mekar dengan haruman yang harum, bunyi kicauan burung merdu dan mendamaikan,  air terjun yang tidak pernah penat dan pelangi yang ada tujuh warna. Dalam dada itu namanya bahagia.  Setiap orang ada visual bahagianya sendiri. Di atas hanya contoh-contoh, untuk awak apa pula? Keindahan itu ada di setiap sudut pelusuk bumi dan langit yang terbentang indah, kita hanya perlu mencarinya. Setiap kecantikkan itu adalah anugerah, untukku yang terindah tetaplah...senyumanmu. Menunggu hari kubah hijau kembali membalas senyuman.

Tentang...(idea tak ada nak tulis tajuk)

Kita bukan terlalu muda. Sejak bila kerangka pemikiran kita dihadkan dengan usia. Muda dan remaja itu ditanda dengan pengalaman berada di bangku sekolah dan usia yang dilekatkan pada diri, ditanda dengan bilangan lilin atas kek. Begitukah sepatutnya yang kita fikirkan? Bandingkan ini, Imam Syafie telah memulakan kembara ilmu secara backpackers (meminjam istilah zaman ini) sejak usianya 12 tahun. Usamah bin Zaid adalah jenderal yang dilantik Rasulullah untuk memulakan ekspedisi ketenteraan seawal usia 18 tahun. Sultan Muhammad Al Fateh membuka Constantine pada usia 21 tahun.  Siapa kita meletakkan usia berada di bangku sekolah dan universiti tidak signifikan untuk melakukan perubahan untuk diri, masyarakat, negara malah sejarah bangsanya. Di mana silapnya? Ada rahsia yang telah dijumpai bangsa lain, tetapi kita tertinggal kerana tidak mengetahui rahsia ini lebih dahulu. Meski rahsia telah terbongkar, ia masih lagi belum mampu dibudayakan sehingga menjadi sebahagian