Posts

Showing posts from January, 2014

Umur, Masa, Tenaga yang Bermanfaat

Selalu mahu saya ingatkan bahawa perjalanan hidup ini, mencerminkan sesuatu dari dalam diri. Atau sesuatu yang telah kita usahakan selama ini, kemudian terjadi di alam realiti. Beberapa tahun berusaha kemudian kita akan menikmati hasilnya. Pepatah Inggeris, "you reap what you sow" . Ada misteri dalam kehidupan saya sendiri, bila apa yang berlaku untuk saya lewat dua tahun ini bukan apa yang berada dalam rancangan. Malah tidak pernah termimpi pun. Tetapi mungkin saya pernah berdoa, dan doa yang satu-satu itu pula diangkat. Atau lebih misteri, mungkin saya pernah menulis, dan tulisan itu dijelmakan di alam realiti. ( satu hari harap saya boleh berkongsi cerita pendek itu. ) Sungguh, benar saya mencemburui kawan-kawan muda yang berada dalam linkungan aneh. Mereka yang masih muda, dalam pencarian, mencari kerjaya, keluarga dan kehidupan stabil, tetapi mereka malah menongkah stereotype anak-anak muda sekeliling mereka.  Pemikiran mereka jauh lebih dewasa.

Perjalanan Ini

Ada orang bertanya pelajaran utama yang dapat balik dari Haji? Kata saya, "Haji itu bergerak. Sentiasa bergerak. Tidak ada syariat Haji yang tidak mensyaratkan kita bergerak." Ketika tawaf, saei, wukuf, mudzhalifah dan melontar, saya merasakan seluruh tenaga dikerahkan untuk bergerak, terus bergerak dan bergerak. Gerakan itu saya rasakan menyeluruh. Bukan setakat tubuh badan dan anggota, termasuk juga jiwa dan akal fikiran. Kawan-kawan saya di dalam bilik adalah manusia yang bertemankan buku. Sekiranya mereka tidak tidur kerana kepenatan memberi tenaga, mereka akan mengulit buku. Samada membaca atau menulis, itulah yang dilakukan. Sela masa pembacaan itu, mereka akan bertanya itu dan ini. Tentang syariat, tentang kehidupan, tentang pengalaman, falsafah, tentang apa sahaja. Dari segi emosi, saya rasa mereka yang berkesempatan berada dalam keadaan spritual yang sangat intense , merasa rasa itu tidak pernah berhenti. Mengalir, penuh keterujaan, rasa begitu renda

Melepaskan TV

Beberapa tahun yang lalu, saya membuat keputusan untuk melepaskan TV. TV masih ada di rumah, tetapi tidak dipasangkan dan untuk ditonton pada bila-bila masa senggang. Itu keputusan yang dibuat di bulan Ramadhan. Tujuan utamanya adalah untuk memaksimumkan penggunaan masa untuk membuat perkara-perkara yang lebih berfaedah dan menambahkan ilmu + pengalaman. Ceritanya begini. Kami telah menjadi begitu terikat dengan TV. Waktu sahur TV dipasang. Ada drama Islami pada pagi-pagi buta. Waktu balik kerja dipasang untuk menonton Jejak Rasul. Dipasang sehingga waktu berbuka puasa. Sewaktu berbuka puasa, menonton lagi sambil makan makanan yang dihidang, menonton apa yang dihidangkan. Sekiranya di teliti, kami hanya memilih untuk menonton perkara-perkara yang baik. Lalu apa salahnya? Salahnya adalah bentuk keterikatan itu. Saya merasakannya terlalu dekat, lalu saya mengambil keputusan untuk tidak menonton terus Ramadhan itu, untuk membolehkan saya lebih banyak membaca, membuat refleksi

Kita semua adalah Ibrahim

Ketika adik mengadu tentang masalah yang dihadapi menyebabkan dia gundah gulana. Kata saya "kita semua adalah Ibrahim."   Mata adik berkelip-kelip tidak faham.   "Ingat cerita Nabi Ibrahim yang dicampakkan dalam api?"   Dia mengangguk.   "Dan perintah dibacakan, api jadikan dirimu sejuk dan selamatkanlah Ibrahim."   "Itu adalah perlambangan diri kita. Setiap dari kita pun diuji. Ujian itu adalah api. Jika banyak ujiannya, maka keadaan kita seperti Ibrahim yang dicampakkan dalam api. Tetapi selagi mana kita bergantung kepada Allah, memohon pertolonganNya, menggantungkan setiap harapan kepadaNya, Dia akan menjadikan hati kita tenang dan sejuk, seperti apinya Nabi Ibrahim."   "Di kala hati menjadi tenang, ujian yang marak menyala di luar sana, Allah akan jadikan sejuk dan bukti kepada kebesaranNya."    

Memahami Adam - 4

Ayat 2: 33 yang sebahagian lagi menyatakan, bahawa malaikat sujud kepada Adam tetapi tidak Iblis, “ia enggan dan takabbur dan ia termasuk dalam golongan orang yang kafir.” Ada peringatan yang besar dalam ayat ini. Selalu saya diperingatkan bahawa saya boleh terjerumus ke lembah dosa kerana tamak, nafsu, loba, dan keinginan terlalu banyak untuk dunia. Sehinggalah ayat ini menunjuk dengan jelas, kemuliaan kita boleh jatuh kerana ego atau takabbur. Iblis seperti itu, keegoan yang buat Iblis tidak bisa tunduk. Ayat 34 – 38 adalah ayat-ayat tentang Adam dan Hawa melakukan ‘slip’ kerana makan buah larangan. Kemudian mereka bertaubat dan diterima taubat mereka. Dan kemudian diturunkan ke bumi untuk menyempurnakan tugas mereka yang sejak asal telah ditetapkan. Bumi sebagai tempat tinggal, di mana ada kesenangan dan keindahan. Walaupun mereka dihantar ke sana, Adam dan Hawa tetap menerima petunjuk dari Allah. Perkataan dalam Quran, kesalahan yang Adam dan Hawa lakukan iaitu makan b

Memahami Adam - 3

Malam itu anak-anak sudah berada di katil dengan pakaian pyjama untuk tidur, dengan di poket masing-masing lencana, “I’m A Khalifah of Allah.” Saya akan memandang sambil senyum dan berkata, “Alhamdulillah.” Mata mereka tidak mengantuk kerana mahu menunggu cerita, dan cerita itu adalah cerita sambungan tentang peranan kita sebagai Khalifah. “3 peranan sebagai Khalifah, wakil Tuhan. Bendanya mudah sahaja tetapi kena amalkan hari-hari.” Anak-anak mula memasang telinga mendengar. Mahu fokus kepada apa yang akan dicakapkan. “Pertama, jadikan diri sendiri baik. Kedua, bantu kawan-kawan dan adik-beradik untuk jadi baik. Ketiga, jadikan alam sekitar cantik dan bersih. Untuk tiga tugas ini kita lakukan adalah untuk mendapat redha…” “Allah!” jawapan anak-anak serentak. Itu tentang Khalifah. Dan memahami Adam pada ayat Al Baqarah : 30. Belum masuk ayat 31 dan seterusnya. Saya tidak tahu perlu tidak untuk meneruskan perihal memahami Adam. Tetapi saya akan teruskan demi cat

Memahami Adam - 2

Keesokkan hari, di waktu mahu tidur, anak-anak akan minta saya menyambung kisah Adam. Tentang peranan Adam sebagai khalifah. Khalifah itu apa? Dan bolehkah mereka menjadi Khalifah juga, seperti Adam. Dalam bilik yang sederhana kecil itu tanpa ada hiasan yang mewah-mewah, kecuali rak buku yang bersusun buku-buku yang anak-anak suka baca, saya akan duduk di hujung katil dan memandang mereka sepenuh kasih. Mereka ialah Adam masa depan, yang tidak perlu melalui kehidupan penuh kejahilan seperti saya. Saya akan mulai, dengan memperkenalkan makna Khalifah. Kata saya memulakan cerita, “Perkataan Khalifah ini sungguh hebat ertinya. Khalifah bererti wakil. Kalau dalam Bahasa Inggeris mereka menggunakan dua perkataan, Vicegerant dan juga Representative.” Bagaimana kita mahu fikir mengenai perkataan ini, amat mudah. Kalau di sekolah kita ada wakil sekolah dalam banyak perkara. Dalam sukan, dalam pertandingan pidato dan debat, dalam menulis karangan dan esei, dalam pertandingan inovasi