Posts

Showing posts from January, 2010

Cerita Ikhlas

Image
1. Coach memanah Kata coach yang banyak jasa ini, 'Sebahagian dr tanda syukur itu ialah jujur, taat, redha & ikhlas. Tanpa tanda2 tersebut, jelaslah ia kufur & kufur itu lebih hina dari kafir.' (boleh klik di sini ). 2. Kata sahabat saya Dipetik dari cerita Kiamat Sudah Dekat. Seorang lelaki ingin meminang anak kiyai. Lelaki tersebut sudah diuji dengan pelbagai ujian sehinggalah akhir sekali Pak Kiyai meminta lelaki belajar ilmu ikhlas. Pada masa yang sama, Pak Kiyai ada menantu pilihan, lulusan agama dari Universiti Azhar. Lelaki yang tidak kenal putus asa mahu kekal bersaing belajar ilmu ikhlas dari pelbagai buku. Makin dibaca makin tidak faham. Akhirnya dia menyerah diri pada Pak Kiyai, menyatakan hasrat hatinya (rasa cintanya pada si gadis) dan ketidakmampuan dia untuk memahami ilmu ikhlas. Tindakan lelaki itu lah tindakan ikhlas. Dan Pak Kiyai menikahkan anak perempuannya dengan lelaki ini. Kata Pak Kiyai, "ikhlas itu bukan di dalam buku, tapi ia pelajaran yan

They are what they hate most: Nazi vs Israel 2

Image
if they used Holacaust as the reason, why not we use the same reason to defend our brothers and sisters?

They are what they hate most: Nazi vs Israel 1

Image
The Wall

Satu Peringatan

Saya ada seorang kawan. Dia ada dua nama Matahari dan Kebaikan. Sewaktu kami sekolah dahulu kami memanggil dia matahari. Takdir Tuhan telah menemukan kami kembali dia alam pekerjaan. Dan orang memanggil dengan nama Kebaikkan. Malang, orang yang memanggil dia dengan nama itu telah meninggalkan tanda sabdu yang penting (sebutan betul) bila menyebut namanya, dan ia telah menyebabkan orang memanggilnya setiap hari dan masa dengan makna baru, Kejahatan. Saya telah pesan padanya, kenapa tidak mengekalkan panggilan Matahari. Bukankah ia nama yang elok. Kata dia, dia tidak mempunyai kawalan pada apa yang orang mahu panggil dia. Saya kata, tidak mengapalah. Saya nasihatkan agar dia menegur orang memanggil namanya dengan sebutan yang betul. Jangan dari makna kebaikkan terus jadi kejahatan. Panggilan nama ialah satu doa pada kita. Dia mengangguk. Dan selepas itu saya jarang-jarang berbual dengan dia. Baru-baru ini saya mendengar umpatan orang pada dia. Dia seorang oppurtunis, pengeras tenaga oran

Pesan

Berburu ke padang datar Dapat rusa berbelang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi “Wahai para pembawa ilmu, apakah kalian membawanya? Sesungguhnya ilmu hanyalah bagi yang mengetahuinya. Kemudian dia mengamalkannya dan perbuatannya sesuai dengan ilmunya. Akan datang suatu masa, di mana sekelompok orang yang membawa ilmu, namun ilmunya tidak melampaui tulang rusuknya. Batiniah mereka berlawanan dengan lahiriah mereka. Dan perbuatan mereka berlawanan dengan ilmu mereka.”

Allah itu baik sangat pada kamu

Image
Ada orang meneka bahawa saya sangat suka bulan kerana tajuk cerpen yang diangkat mempunyai perkataan bulan. Tidak, saya bukan suka bulan sahaja tetapi segala pergerakkan kosmik yang berlaku di langit. Termasuk juga cuaca. Peredaran malam dan siang. Secara peribadi, saya selalu melihat perubahan yang berlaku sebagai petanda. Ada orang kata saya romantik kerana selalu rasa terkesan dengan alam. Bukan, saya tidak romantik, tetapi percaya apa yang berlaku ialah sebenarnya adalah tanda kebesaran. Tuhan redha dan meredhai boleh dikesan dengan tanda-tandanya yang berlaku di langit (cloud (dalam awan): nampak sangat romantik). Dunia untuk saya ceritanya begini, semenjak sekolah ke universiti hingga bekerja selalu sahaja menunjukkan bahawa dunia ini menyebelahi orang yang tidak adil, tempat pengampu dan pengambil kesempatan. Di sekolah kita selalu dibuli oleh mereka yang lebih besar dan kaya. Kadang-kadang kita disuruh menggantikan tempat mereka sewaktu membersihkan kelas dan meniru kerja rumah

Sultan Johor - 1932 - 2010

Takziah khusus kepada rakyat Johor dan Malaysia secara amnya. Sultan Iskandar ibni al Marhum Sultan Ismail jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri Al - Fatihah.

Doa untuk Rafiq

Pagi ini, pagi paling cemas. Sejak semalam, rafiq (sang hikmah) telah menyatakan kebimbangan. Takut-takut ada yang tidak kena. Kami akan menyambut Sultan, hari ini. Dan sebagai sebuah negeri beraja, ia lebih dari sebuah majlis keraian. (saya akan cerita lagi insyaAllah tentang majlis ini). Saya memberi rafiq pesan Abang, untuk berdoa dan terus-terusan berselawat atas Nabi. Meski, saya sendiri gentar tidak terkawal. Dalam mengelolakan majlis, ini adalah sesuatu yang terlalu besar dari segi cabaran dan melayan karenah orang. Dan rafik ini istimewa kerana dialah pengerusi majlis dengan makna orang pertama, dengan kata lain pemilik majlis. Bayangan gentar yang melanda di jiwanya. Tapi dalam perjalanan umur saya, sukar untuk melihat orang yang bekerja tanpa mengharapkan ganjaran material tetapi saya lihat lain dari rafik ini. InsyaAllah dan saya selalu berdoa, dia adalah orang yang ikhlas. Yang jernih. Dan seperti pesan dia yang selalu disampaikan ketika saya sedang bersedih 'Allah itu

HSPM XIIX - Membawa Pulang Ayah Merentasi Dua Dunia

Image
Saya berada di Grand Ballroom, Hotel Legend semalam. Memeriahkan majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk tahun penilaian 2004/2005 dan 2006/2007. Sejujurnya, saya tidak bersedia, dan saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Namun, ketika melangkah di hadapan pintu masuk hati saya berdebar bagai hendak pecah. Saya pernah berada di dewan yang sama untuk satu seminar kejuruteraan untuk tanah dan geoteknik. Waktu itu guru saya Prof Bujang B.K. Huat sebagai pembentang ucaptama yang menemukan saya dengan rakan-rakan jurutera yang lain. Tetapi kali ini kedatangan saya lain. Saya diminta menghadiri untuk acara meraikan pemenang anugerah sastera tertinggi kerajaan Malaysia. Dan saya, sebagai salah seorang pemenang. Susah hendak percaya, tetapi perancangan Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Ia adalah satu pengalaman yang asing. Ya, saya menulis, tetapi untuk diiktiraf ke peringkat tertinggi kerajaan Malaysia adalah di luar apa yang pernah saya fikirkan. Subhanallah, ia satu keberuntu

Jernih

Image
Saya baharu tahu, saya menyintai kejernihan. Ia adalah satu keadaan paling sempurna. Jika saya jadikan jernih satu perlambangan, saya akan melambangkan ia sebagai pejuang syahid. A martyr. Seorang yang hidup untuk berkorban. Saya kenal satu dua orang yang mempunyai hati yang jernih. Jika saya berada dekat dengan mereka, dengan mudah saja saya jatuh hati. Malah, mencintai mereka sepenuh hati hingga sanggup mati, demi. Kenapa? Orang yang mempunyai hati jernih, ialah orang yang hatinya penuh cinta. Dia mencintai segalanya kecuali diri sendiri. Kerana itu dia tidak pernah kisah untuk berkorban dan terkorban. Dalam dunia ini, orang seperti itu tidak ramai. Kerana itu, jika awak pernah berjumpa awak sebenarnya telah mendapat kegembiraan separuh dunia. Saya menyaksi, dunia fana telah menukar banyak wajah orang. Yang paling penting bagi mereka ialah diri sendiri, tembolok, lingkungan, nafsu nafsi sehingga tidak kisah menindas, memijak bahu dan kepala, malah membunuh. Mereka tidak kisah tangan

Manisnya kemenangan...

Image
"Dapat gangsa je?" Begitulah sinis teguran seorang kawan kepada A. Saya yakin A mendengar. Kawan tadi bukan memberi komen sekadar untuk didengar sendiri-sendiri, ia bertujuan supaya A sedar bahawa A sudah dikalahkan. A bukan cukup bagus. A bagus cuma dalam lingkungan bukan pada medan pertandingan sebenar. Dan semua orang pun tahu kawan tadi adalah saingan A paling sengit. Sementelah kawan itu memenangi pingat emas. Tetapi saya hairan, A masih senyum sampai ke telinga. Sekilas pandang mungkin orang lain beranggapan A sudah menang pingat emas. A mengajak saya minum. Saya memilih kuih kasui. A memilih pulut panggang. Saya bertanya A tidak kecil hatikah dengan pandangan sinis orang. A akhirnya menjawab, "Apa yang kau nampak dalam pingat ini? Jawab sejujurnya." "Pingat gangsa, bimakna (dengan makna) tempat ketiga. Dengan maksud, kau kalah dengan dia." "Bahkan aku sedang mengecapi kemenangan, kemenangan paling manis." Saya mengangkat kening. Saya yang

Baca

Katakan! (wahai Muhammad, awak, saya, mereka), "Dialah ALLAH, Yang Maha Esa (Tunggal, Satu) . ALLAH tempat mereka meminta segala sesuatu. ALLAH tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu yang setara dengan DIA.

Surat untuk Kamu

Image
Malam tadi saya beremosi berat. Ada banyak hal. Soal hati, soal cinta, soal rahsia, soal pengorbanan, soal fitnah, soal juang, soal memujuk hati jangan rajuk & jangan pergi, soal kesetiaan, soal mempertahan apa yang kita percaya benar dan baik. Dalam melayan rasa dan mata yang tidak segan-segan mahu mengalir laju, email rakan masuk. Bertanya apakah pandangan saya mengenai isu hangat sekarang. Ya, masih lagi tentang Allah. Dan emosi saya jadi makin menekan dan parah. Lalu saya menulis surat panjang lebar untuk dia. Rupa-rupanya surat ini dialamatkan juga untuk saya, lebih-lebih lagi untuk kamu. Salam Sis Bismillahirrahmanirrahim Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad Sis Ini bukan soal kecil. Ini soal Maha. Dan ia menyangkut prinsip. Saya tidak faham kalau ada yang menyokong keputusan mahkamah tinggi. Ini hal menyangkut sejarah. Saya tidak pernah menafi, Allah difahami sebagai Tuhan sebelum kedatangan Rasulullah lagi. Masyarakat Arab Jahilliyah mengetahui adanya supreme be
“Entah bagaimana isu nama Allah sekarang ini?” Saya memancing bual. Wajah kakak yang saya hormati itu tidak bereaksi. Untuk berapa ketika dia senyap. Mungkin terkejut dalam sebanyak isu fesyen baju, kasut, kereta hybrid, World Cup 2010, Tiger Wood, resipi lauk pauk, kek mekek, saya memilih untuk membicarakan hal ini. “Emm, dia orang tengah tunggu kan untuk dibawa kes ke mahkamah rayuan.” Hati saya menangis parah. “Dia orang?” Apa maksudnya? Kakak yang dihormati itu adakah dia tidak peduli. Dia orang? Mata saya membantah untuk menzahirkan rasa. Takut ada mata-mata lain memandang. Istighfar. Kakak yang saya hormati itu meletakkan seluruhnya ke atas justifikasi mahkamah. Astagfirullah. Saya mahu menjerit kita sebenarnya sedang melakukan ‘blasphemy’. Terang-terang kita membiarkan Allah diputuskan oleh badan kehakiman. Bukankah kita telah berjanji dan bersaksi Allah The Sovereign? demi Demi bila tiba waktunya nanti dengan suara apa yang kau akan jawab sedang hati palsu dalam mencintai! Al

Allah - bagaimana kita?

Image
Kita dikejutkan dengan keputusan membenarkan The Herald menggunakan perkataan Allah dalam versi akhbar mingguan pada 1 Januari 2010 yang lalu. Satu khabar tahun baru yang paling tidak mahu didengar. Selanjutnya keputusan itu turut membenarkan penerbitan lain menggunakan Allah untuk terjemahan bagi perkataan Tuhan dalam versi Bahasa Melayu. Suhu sentimen telah meningkat di mana-mana. Tun Mahathir juga sudah mengulas. Ada pihak sedang mengemukan kes di mahkamah rayuan. Kita bagaimana? Soal bahasa dan nama khas adalah soal semantik. Yang lebih arif dan pakar mengenai bahasa harus mengulas. Tetapi saya tidak dapat tahan dari memikirkan, moga kita mendapat panduan dalam soal yang satu ini. Kemudian saya dikejutkan satu soalan dari adik, 'Bukankah sebelum kedatangan Islam di tanah Arab perkataan Allah telah digunakan?' Saya diam. Dalam hati jawapannya 'Ya'. Adik saya meminta pertimbangan sejarah. Benar dia tidak salah. Dan sudut sejarahlah yang paling wajar untuk menjawab. &q

Entri tahun Baru Masihi

4 tahun, jika dikira tahun saya mula berblog, 2006. Tidak sangka sudah begitu lama saya berada dalam arena siber dengan begitu konsisten dan istiqamah. Laman sesawang yang lain seperti di Friendster sudah bersawang dan berhabuk agaknya. Saya juga belum membuka akaun Facebook takut terjadi perkara yang sama. Nanti-nantilah dulu, bila tiba masanya. Namun berblog dalam blogspot ini lain. Ia sentimen lain. Mulanya sebagai satu penanda, dan seterusnya adalah langkah orang berjuang (insyaAllah). Satu peluang untuk orang yang selalu bercita-cita menulis dan menerbitkan karya seperti saya. Dan tulisan ini untuk tahun baru adalah dedikasi untuk seorang sahabat. Setiap cerita ada mulanya. Saya terhutang budi kepada rakan Eika yang pertama sekali menunjukkan jalan berblog dan cara-cara menggunakannya. Saya bertemu dengan Eika adalah aturan semesta yang wajib berlaku. Kami bukanlah rakan sekuliah atau teman sekolah lama. Kami berjumpa di kelas malam Comparative Religion (FCR) kelolaan Saba Isla