Posts

Showing posts from 2016
11. Kawan saya itu luar biasa senyap sekarang. Sebelum ini, saya menunggu kehadiran melalui status yang dikemaskini di Facebook. Tetapi, sekarang, jarang sekali dia muncul. Satu hari, ketika keluar dengan dia, saya bertanya. Dia memandang saya tepat ke mata, tetapi masih sepi. Lima minit kemudian, dia bersuara, “menulis ini sesuatu yang berat aku rasa.” Saya jadi hairan. Sebelum ini bukan main dia menebarkan bicara hikmah hampir 2-3 kali seminggu. Saya adalah pengikut setia dalam diam. “Berat? Sebelum ini kau OK.” “Macamana nak terangkan, aku macam hilang ayat.” Sepi lagi. Tetapi saya tetap mahu tahu apa sebabnya. “Aku seperti merasakan setiap perkataan yang ditulis, ada saka yang mengikut.” Kering darah di muka. Tidak sangka itu yang keluar. “Biar betul. Perkataan itu makhluk? Dia bertenggek kat mana?” Saya dah bayangkan yang bukan-bukan. Hitam, berbulu, mata merah, bertaring, hisap darah, bertenggek atas bahu. Ikut ke mana sahaja. “Kat

Doa Si Kecil

Petang semalam bawa Abang Asytar dan Askari beli barang sekolah. Abang nak masuk asrama, InshaaAllah. Memilih pakaian dan barang yang sesuai memang lama, tapi budak dua orang ni akan selalu tanya, kita nak solat mana? Sekarang pukul berapa? Lepas tu bagi cadangan, kat sini ada surau yang dekat. Lepas ni boleh kita singgah. Mujur Asytar Ada keupayaan spatial yang bagus. Jalan yang ditunjuk tepat, arah yang disebut pun jelas. Kalau ikut Waze mahu berpusing-pusing asyik salah masuk lorong. Balik rumah tanya Askari, "awak doa ibu tak lepas solat?" "Doa", dan disebut doanya dalam bahasa Arab. Sudahnya, kita pula dapat belajar doa untuk arwah dari budak darjah 3. Kena ulang 7 kali OK. MJ dah tumpul Arab, lambat sikit mengingat.

Nilai Baik yang boleh Membeli

9. Tadi, masa makan dengan Adik dan Anak-anak Buah, seorang promoter perempuan datang dekat dan memperkenalkan satu judul buku. Buku yang dijual berkulit keras, kelihatan menarik jika dibuat koleksi. Ya, saya peminat buku. Sebagaimana promoter yang lain, paling sukar adalah untuk mendapat perhatian pelanggan untuk mendengar apa yang ditawarkan. Pembeli dibiasakan untuk pergi ke kedai atau tawaran atas talian jika mahu sesuatu. Bukan beli dari penjual yang datang. Saya lihat remaja perempuan ini dengan kagum. Keberanian dan keyakinan untuk memperkenalkan sebuah buku kepada pelanggan yang memikat hati saya. Siapa yang mahu membeli di zaman gawat begini? Jika tugas ini diberikan kepada saya, belum tentu boleh saya laksanakan. Tidak sampai lima minit, saya sudah bersetuju untuk membeli buku dan juga DVD yang ditawarkan. Pertama, remaja perempuan itu bertemu dengan orang yang tepat. Buku punya tempat istimewa di hati saya. Dua, saya ingin membuat kebaikkan kepada re

Kentut Bau Blume

3 “Kalau nasihat itu benda, ianya adalah kentut.”   Fai menyemburkan sebahagian air yang dalam mulut tepat ke muka Jaja. Jaja menjeling Fai jengkel sambil memaki hamun dalam Bahasa Jerman. “Maaf Jaja. Aku yakin hidup kau diberkati kerana mendapat blessing dari aku,” Fai mengambil tisu sambil mengelap air-air yang terpercik. Basah dua tisu. Mujur air kosong. 5 minit Fai dan Jaja gelak tanpa peduli orang keliling. Kedai makan itu penuh. Sekali sekala mereka dapat melihat orang menjeling. Menyampah mungkin. Jaja tidak peduli. Lagilah bila melihat yang menjeling ada rokok di celah dua jari, tidak segan silu menyembur asap ke ruang awam. Bagi Jaja itu lebih menjengkelkan dan memualkan.  “ Entschuldigung Jaja. Dalam hal serius kita bincang bila kau cakap macam tu aku tak dapat nak tahan gelak. Timing kau salah sebab aku baru teguk air.” “ Ah so . Sukahati kau je Fai. Berapa kali dah orang dapat restu dari mulut kau ni?” “Selain kau, Aran. Masa kami main bowling

Contoh yang diwarisi - 2 (Dilema Melayu)

Saya kira dalam pengalaman hidup yang sedikit ada peluang untuk melihat beberapa perkara dalam budaya Melayu. Tentang hak pewarisan atau harta pusaka. Siapa yang membuat kajian lanjut, akan dapat melihat banyak aset tanah orang Melayu terbiar disebabkan tidak dapat membuat penyelesaian bersama adik-beradik dan saudara mara. Cari di sekeliling dekat pun ada, kalau lebih serius buat kajian akademik pun akan jumpa. Ini dilema sejak berzaman, yang entah bila akan berakhir. Tetapi saya tidak mahu bersembang hal ini. Tetapi untuk berkongsi apa yang arwah Ayah tunjukkan kepada kami. Ayah bukan anak yang paling tua di kalangan adik-beradik, tetapi cara Ayah berfikir itu beza. Ada banyak keadaan, Ayah bertindak sebagai jurucakap dan perunding cara. Semasa Ayah hidup lagi, Ayah sudah menjangkakan perkara-perkara hadapan. Luar dari jangkaan kami orang muda yang masih mentah dan pucuk serba-serbi. Dalam hal pewarisan ada banyak pesan yang arwah Ayah minta kami adik-beradik melepas

Contoh yang diwarisi - 1

Baru ini terbaca dalam FB seorang kawan tentang kebajikan. Ramai yang mempersoalkan dia begitu berani membuat kerja sukarela bersama pelarian Rohingya. Kawan menjelaskan kenapa dia tidak mempunyai perasaan takut dan ragu-ragu, jawapannya ialah dia mecontohi sikap suka membuat kebajikan yang diwarisi dari Nenek dan Ibu. Dalam statusnya yang panjang, hal-hal membuat kebajikan ini untuk dirinya bukan hal baru. Bermaksud, hal membuat baik kepada orang lain telah dilihat lama dulu dari Nenek. Kemudian Ibunya juga sangat murah memberi, orang dikenal dan tidak dikenal. Bahkan kadang-kadang sengaja membawa gula-gula dalam saku untuk diberikan kepada kanak-kanak atas tujuan untuk memberi, dan juga berkongsi apa yang boleh. Bila sesuatu itu dilihat sejak dari kecil, contoh itu menjadi satu perbuatan yang akan diikut sehingga dewasa. Apabila dikongsi bersama orang lain, itu bukan tanda untuk menunjuk atau riak. Ia hanya sesuatu aktiviti yang dirasakan baik untuk dikongsi bersama orang la

Tentang Doa

Semalam sembang ala usrah dengan sepupu. Topik banyak, tetapi di hujung-hujung kami bercakap juga tentang kehidupan, tentang Tuhan. Kemudian beralih topik berbincang mengenai doa. . Sepupu beranggapan, doa adalah apa-apa yang diucapkan ketika mengangkat tangan. Usai solat, atau ketika teringat berdoa. Atau pun ketika dalam hati terlintas untuk berdoa. Konteks doa di sini ialah meminta apa yang dihajatkan kepada Tuhan. Saya bersetuju. Tetapi mengusulkan soalan, "adakah doa terhad kepada perbuatan memohon sahaja? Kenapa doa itu bukan tindakan atau aksi sekaligus?" Sepupu tidak faham. Saya menerangkan, doa itu tidak sepatutnya terhad kepada perbuatan mengangkat tangan dan bermohon. Doa itu perlu diiringi dengan usaha, baru permohonan itu akan berhasil. Itupun dengan kehendak Allah. Kalau seiiring dengan usaha, setiap perlakuan yang kita buat itu adalah menuju kepada pemakbulan doa. Saya kemudian memberi contoh. Katalah kita berdoa untuk pergi Haji. Tetapi doa ritua

Nama Saya Aken - 1

Nama saya Aken. Saya orang biasa, malah terlalu biasa untuk di kategorikan sebagai biasa. Tetapi saya ada cerita. Tidak mengapalah kalau tidak mahu membaca, bagi mereka yang meneruskan baca juga saya harap awak akan dapat sesuatu. Kalau tidak dapat dimanfaatkan sekalipun, mungkin akan jadi bahan tambahan kepada senarai bacaan awak yang panjang. Saya tahu awak suka membaca. Memang pelik saya dapat menulis. Selalu tergantung tidak dapat untuk dihabiskan. Mungkin sekarang saya banyak masa, mungkin awak juga seperti saya ada masa terluang, bahan bacaan pula terhad sekarang ini.   Begini ceritanya. Beberapa bulan lepas, sebelum kejadian yang kita alami hari ini saya sempat berbalas pesanan dengan pensyarah saya Dr. Azka. Betul, semuanya berlangsung beberapa bulan sebelum talian telekomunikasi putus, bekalan elektrik lumpuh semua dan air tidak dapat lagi diperoleh dari paip bekalan air. Dr. Azka telah meramal tentang perang. Jika ikut turutan nombor rasmi, ini yang ketiga. Jika

Mula Kecil

Dalam gawat hidup zaman ini, apa yang boleh dilakukan? Baca berita di semua media pun begitu. TV atau media sosial, kita akan rasa lemas dan dunia terasa sangat kacau sekali. Kita boleh menjadi Khalifah. Itu apa yang Tuhan mahu kita jadi. Suruhannya dalam kitab Al Quran. Walaupun nampak macam seruan sangat Islamik, tetapi mesejnya universal. Ada tiga benda yang boleh kita buat, dalam kawalan tangan sendiri. 1. Usaha untuk diri sendiri jadi baik 2. Membantu orang lain untuk jadi baik 3. Usaha untuk alam sekitar bersih dan cantik. Usaha jadi baik ini adalah semua perkara yang universal. Kalau buat orang suka. Contoh, kalau ada sampah tolong kutip dan buang ke tong. Lebih baik asingkan mengikut kategori senang untuk kitar semula. Bersifat lemah lembut dan suka senyum juga kategori untuk jadi baik. Hatta berfikir positif adalah usaha jadi baik juga. Bantu orang jadi baik, bermaksud kita tidak boleh paksa orang. Kena jelas bahawa bantu ini bersifat pilihan, bukan mesti. Kalau ora

Perbezaan Aliran

Dia anak muda, belum lagi 21 tahun saya rasa. Tetapi selalu datang untuk membicarakan perihal ummah. Katanya tadi, di kalangan orang beragama pun tidak semestinya sama pendapat, malah kadang-kadang berlaga. Tidak sebulu, Kata saya pada A, anak muda tadi, "sekiranya awak dan saya mempunyai RM1000 ringgit, tetapi berbeza aliran dan pendapat dalam banyak perkara dalam agama, apakah benda yang boleh menyatukan kita?" A termenung. Mungkin tidak sangka soalan begitu keluar dari mulut. Saya mahu dia menyedari bahawa keadaan ummat waktu ini sudah jadi begitu. Boleh jadi kita duduk dalam kereta dengan kawan-kawan yang tidak sealiran pun dalam mazhab, meski agama sama. Saya tidak ada punya masa yang banyak, lalu memberikan A cadangan jawapan, "benda yang akan menyatukan kita adalah soal-soal kemanusiaan dan kemasyarakatan." A memandang saya tepat tidak faham. "Jelas-jelas kalau kita bincang soal usul fiqh dan aqidah, kita akan terus berbalah. Tetapi

Bila Ahli Syurga Kembali

Image
Rata-rata kami mengenalinya dengan panggilan Abang. Abang dilahirkan istimewa, saya tidak pernah bertanya kelainan upaya Abang tapi dengan jelas Abang sewaktu kecil dilahirkan dengan down syndrome. Ahad malam, Abang telah kembali kepada Pencipta. Dalam hati kami, tidak pernah syak bahawa tempat Abang di syurga, taman-taman yang Tuhan telah sediakan untuknya adalah tempat istirehat yang aman. Pergi Abang meninggalkan sedih banyak di hati kami, di usia Abang 40+ yang paling terkesan tentulah ibu yang melahirkannya. Pagi ketika majlis siap disempurnakan sebelum di bawa ke tanah perkuburan, saudara mara terdekat diberi kesempatan untuk memberi kucupan terakhir. Mak Abang, Mak Ngah jelas sekali tidak berdaya. Tambahan, minggu yang lalu, kebanyakkan ahli keluarga dalam keadaan kurang sihat, demam yang tidak kebah-kebah dan kemudian diberitakan dengan pemergian Abang.  Ibu mana yang sanggup melihat anaknya pergi?  Ketika kami melihat Abang, tidak pernah ada ragu bahawa Abang

Warna-warna

Ada rindu menerpa ketika menguis lembut tanah di pusara Ayah, di atas bukit. Bau tanah yang mengapung itu mengigatkan kata-katanya, "Warna coklat itu seperti tanah. Seperti bau sewaktu hujan pertama menyentuh bumi. Bau bumi dibasahi. Itu warna coklat," sambil memandang tepat ke mata, memastikan dia mendengar dan faham. Kemudian Ayah meletakkan tangan dia di tanah. Tangan Ayah menutup mata, supaya dia 'melihat' dengan merasa. Dia menyiram tanah yang mengandungi Ayah dengan takzim. Menyiraminya supaya basah. Agar sedikit sebanyak ada bau yang mengapung. Mengingatkan dia kepada warna coklat, seperti kata Ayah. Dia kemudian meletakkan tangan ke atas butiran pasir, tanah, batu dan debu pusara Ayah, sambil mengingat bagaimana panas tapak tangan Ayah satu masa dahulu. Pokok puding di pusara itu masih hijau, dia rasa. Daunnya segar dan tegap. Mustahil daun itu mati. Di telinga terngiang ajaran, "hijau itu seperti daun segar. Daun mesti tegap dan segar, tidak

Ceritakan Kebaikkan 3

"Aku berikan kau a fair solution , yang mungkin kau boleh fikir-fikirkan. Nak buat tak, terpulang." Memang dia ada temper , tapi dia juga kental menyampaikan kebaikkan secara beransur-ansur. Bukan senang perkara yang baik-baik ini, di dalam dunia yang lebih nampak jahat dan keji itu lebih cool dan hipster. "Berhenti untuk cakap kebaikkan..." "Pulak." Aku memotong. Dia jengil mata sambil menyambung, "berhenti cakap kebaikkan diri sendiri kalau kau rasa tak senang. Atau kau rasa pahala kau berkurang. Tapi, kau boleh ganti dengan bercakap tentang kebaikkan orang lain. Kawan yang sedang membuat sesuatu demi keluarga dia, contoh, yang jaga mak ayah yang uzur. Yang setiap minggu membantu untuk mencukupkan bekalan dapur dengan membeli ikan, ayam, daging dan letakkan di dalam peti ais. Atau kawan yang terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan. Kawan yang terlibat dalam usaha kemanusiaan antarabangsa. Promosi kegiatan kawan-kawa

Ceritakan Kebaikkan 2

"Tapi aku masih ada masalah nak ceritakan pasal kebaikkan. Aku masih ada rasa tak kena. Macam sedikit sebanyak pahala yang kau dapat itu akan terhakis. Sebab kau tak rahsiakannya dari pengetahuan orang." Itu hujah yang aku yakini. Dia diam sejeda. "Tiada salah kebaikkan yang kau buat sembunyi-bunyi, dan yang kau ceritakan. Kau boleh cek dalam Quran." "Aku rasa kemudian-kemudian nanti aku semak." "Zaman ini ialah zaman orang yang menang itu, orang yang bercerita. Sebab kita makhluk yang suka dengar cerita, suka tengok cerita, suka baca buku cerita. Malangnya, cerita yang baik itu tak ada banyak. Yang diulang itu cerita sampah. Sampai kita percaya, lepas tamat universiti boleh jadi CEO. Sampai anak muda kita berangan nak kahwin lelaki kaya walaupun perangai buruk. Semua ulang dalam drama, dalam novel pop, dan bila jumpa kawan-kawan benda yang sama juga jadi modal bersembang." "Aku bukan main-main rasa bila cakap kebaikkan tu macam hi

Ceritakan kebaikkan

"Kau ada masalah bila orang ceritakan kebaikkan kepada orang lain?" Dia jawab tak. "In fact, kita tidak ada pilihan kecuali menceritakan." "Kau biar betul? Bukan ke orang kata merendah diri lebih baik. Kebaikkan kalau diceritakan akan pudar ikhlas, sirna ketulusan. Mungkin juga orang akan anggap kau menunjuk-nunjuk." "Apa yang kau kata orang kata tu, semua dalam hati kau. Kalau kau memang tak ada motif, tak jadi isu kan?" Aku geleng kepala tak faham. "Zaman sekarang orang lebih bangga cerita buat jahat dari buat baik. Psikologi manusia ni senang je, mana yang kau ulang-ulang, itulah yang dianggap paling elok. Paling benar." Dia mula menerangkan, aku kena mula memahamkan. "Bagi contoh mudah aku faham sikit, please?" "Kenapa orang beli barang branded tak beli barang sama kualiti tapi tak ada jenama?" Aku cuba jawab, "sebab barang branded selalu orang nampak dalam iklan. Benda yang dalam iklan n

Menaruh kepada Kebaikkan Tadi

Kawan aku yang aneh-aneh itu selalu mengalami peristiwa aneh. Barangkali ujian untuknya, dan pengajaran untuk aku. Dan kerana kami bukan mempunyai jumlah kawan yang ramai, aku dipilih untuk meminjamkan telinga mendengar cerita-ceritanya. "Kadangkala kita orang beragama ini pun biasa membuat taruhan." Katanya memancing bual, ketika kami sudah siap sedia untuk makan laksa yang dibelinya di Temerloh. Aku diam. Malas untuk menggesa cerita kerana bukan dia tidak tahu meneruskan. Itu semua ayat umpan. "Pernah dengar orang yang terperangkap dalam gua, ada batu besar yang menutup pintu gua. Untuk membolehkan mereka keluar dari situasi yang menakutkan tersebut, masing-masing bercerita tentang kebaikkan masing-masing. Berharap sekiranya ada nilai kebaikkan yang mereka buat, batu itu akan terbuka sedikit demi sedikit." "Ada, cerita biasa yang Ustaz-ustaz kat masjid selalu cerita." "Kau pernah buat benda yang sama?" tanya dia. "

Menolong

Ramai menyangka kita mempunyai bahagian ketika kita menghulurkan tangan membantu seseorang. Jauh di sudut hati, ada rasa lega kerana dapat melepaskan mereka dari kesulitan, sekurang-kurangnya pada waktu itu. Menjadikan kita seperti telah menjalankan kewajipan sebagai seorang manusia. Hakikatnya tidak. Kita tidak membantu orang ketika menolong orang lain. Tiada orang yang kita bantu melainkan diri sendiri. Ketika Tuhan mengetuk hati untuk memikirkan hal orang lain, yang dalam keadaan susah dan memerlukan pertolongan, pada ketika itu Rahmat Tuhan sedang menyentuh fitrah kemanusian kau. Pada waktu itu, rahmatNya yang menyebabkan kau merasa sekali lagi bagaimana sepatutnya menjadi seorang manusia, paling tepat hambaNya. Kasih sayangNya yang mendorong kau kehadapan. Menghulurkan tangan. Berbagi apa adanya, meski sedikit tetapi bermakna. Dari kasih sayangNya membuat kau melihat, bahawa manusia itu lebih dari apa yang ada pada batang tubuh dan apa yang melekat sebagai pakaian dir

Petang

Kau tidak akan tahu nikmat jika ada kawan-kawan yang mahu berbincang persoalan ekonomi, agama dan politik di meja makan ketika minum teh hijau tanpa gula. Di waktu petang untuk rehat pulang dari kerja. Sekurang-kurangnya perbualan itu tidak akan menjadikan otak menjadi kaku hanya kerana setiap petang disajikan drama Cinta Si Wedding Planner, Tunang vs Isteri dan macam-macam lagi. A: Dalam dunia ini, 66 orang terkaya dalam dunia menentukan segenap inci kehidupan manusia. Kekayaan mereka mungkin lebih dari harta yang dapat dikumpulkan oleh separuh penduduk dalam dunia yang berjumlah billion. B: Kalau ada yang miskin, tidak makan, melarat, kebuluran, mati akibat perang, penyakit berjangkit, yang salah itu adalah 66 orang itulah. Mereka menahan kekayaan yang ada untuk diagihkan kepada yang lebih berhak. Menahan kekayaan dari melabur untuk tujuan penyelidikan untuk ubat penyakit. Menahan kekayaan untuk memberi makan pada yang miskin. C: Welcome to New World Order. Yang memegang kuasa pali