Posts

Showing posts from June, 2014

Getting Old Gracefully

Dahlia semakin menyukai rutin bulanan membawa Mak ke rumah sanak saudara sebelah arwah Ayah. Dari segi talian, sepatutnya sudah jauh. Memandangkan sejak kecil Dahlia tidak berapa rapat dengan keluarga sebelah Ayah disebabkan jarak umur dan juga budaya yang diamalkan. Mereka lebih berpendidikan jadinya cara bergaul itu agak formal dan bersopan.
Dahlia cuba memadamkan konflik apabila berkunjung di rumah Pak Usu. Konflik tentang keteguhan memegang kepada agama dalam bentuk masyarakat terima. Seperti, ketika kita sudah mencapai umur senja, setiap dari kita mesti menunjukkan ciri-ciri alim dan tunduk. Mungkin kalau nak dimudahkan bahasa, mesti memakai kopiah putih dan tunduk elok tertutup. Pak Usu dan Mak Usu jauh dari ciri-ciri tipikal seperti itu. Untuk orang yang sudah melepasi umur 70, mereka masih kelihatan ranggi dan bergaya. 
Pak Usu dan Mak Usu sejak dari muda-muda dahulu sudah pun mengubah cara hidup dan menerima dengan terbuka budaya luar. Pak Usu terdidik di negeri orang putih.…