Posts

Showing posts from 2012

Regu

Bila sebut perkataan regu, yang paling sinonim adalah sukan badminton. Sebab ada kategori beregu.  Tetapi ini entri sambungan, dan fokus di sini ialah regu baca atau dapat difahami juga dengan maksud rakan ganding baca. Sepertimana bermain badminton, kita juga perlu ada regu baca. Tetapi selalu kita salah faham untuk mendapat regu baca yang sama level dan kapasiti intelektual dengan kita. Tidak selalunya perlu begitu. Seperti main badminton dalam kategori beregu, kedua-duanya mesti berada di posisi yang seimbang supaya serangan lawan dapat ditangkis dengan baik. Kalau seorang di depan, seorang lagi akan cover bahagian belakang. Kalau sorang duduk di sebelah kanan gelanggang, seorang lagi akan mengawal di kiri gelanggang.  Begitu lebih baik, meski dalam mencari rakan untuk ganding baca. Yang saling melengkapi, yang duduk di kawasan tertentu, bukan overlapping. Overlapping pun kadang-kadang bagus juga, kerana ia akan membuatkan kita lebih faham tentang sesuatu. Regu gand

Entri untuk kamu

Saya menulis entri Kesyukuran Yang Dipanjangkan , kemudian mendapat komen dari Hara dengan kata-kata ringkas, “saya mahu jadi orang muda itu.” Tiba-tiba suatu suara muncul di kepala, saya mesti menulis untuk Hara, setidak-tidaknya sebelum penghabisan tahun 2012 ini. Saya menulis entri ini untuk Hara, bukan hanya seorang Hara tetapi beribu-ribu Hara di luar sana yang menjelma mungkin sebagai Azman, Ahmad Suhaimi, Daud, Basyir, Azizi, Izzati, Hazimah, Teha, Kamarul, Ajik, Zahid, Ariffuddin, Atikah, Amalina dan ramai lagi. Untuk orang muda sezaman, dari suara orang muda yang telah terkehadapan zaman lebih 5-10 tahun seperti saya, dan angkatan yang seusia. Ini pernyataan komitmen, dan mungkin entri ini akan jadi bersambung-sambung panjangnya. Saya patut sudah menulis lebih awal, selepas mendapat komen Hara. Ketika berjogging pagi dan petang, dalam kepala sudah terbentuk isi-isi penting untuk ditulis sebagai perkongsian, sebagai pesan perdamaian dan kasih sayang. Tetapi tetap t

Kesyukuran yang Dipanjangkan

Saya bersyukur. Dipertemukan dengan orang-orang baik dan hebat. Yang percaya bahawa tindakan lebih layak bersuara dari teori dan segala macam bentuk diskusi. Mereka telah mengajar saya bagaimana mahu melangkah semula. Seperti bayi, saya bertatih sekarang, moga mereka mahu memimpin sehingga saya mampu berlari. Apa yang saya kagumkan lewat hari-hari ini? Anak-anak muda. Ya kamu, yang sedang membaca. Kita yang selalu berfikiran negatif, bahawa anak-anak inilah perosak bangsa. Tanpa melihat, adakah kita sebahagian dari masalah mereka? Ya orang dewasa yang meninggalkan, yang menyalahkan, yang membenci, yang menghukum. Kita tidak bertindak seperti mana perlunya. Orang dewasa yang menunjuk jalan, orang dewasa yang memberi nasihat, orang dewasa yang mendokong, menjunjung nilai, orang dewasa yang penuh kasih sayang dan memaafkan, yang lebih penting dari itu orang dewasa yang menjadi contoh. Akhlak, perbuatan, percakapan, pemikiran, tindakan, semua boleh dijadikan contoh

Jumaat di Tahun Baru Maya

Ramai mungkin telah menjadi paranoid pada filem 2012. Hari masih awal, sepertimana dalam saranan Al Quran, kita menunggu dan mereka juga menunggu. Hari ini 21.12.2012, seperti dalam Filem 2012, dunia akan segera berakhir. Masih terlalu awal untuk yakin tidak akan ada apa-apa berlaku, atau saya juga dijangkiti dengan keraguan serupa.  Kita bertindak, berfikir berdasarkan apa yang menjadi kepercayaan dalam hati. Kalau ada orang kata dia atheis, sebenarnya dia juga punya kepercayaan. Lihat pada tindakan dan perlakuan, cara berfikir, itulah kepercayaan yang mendasar dalam sukmanya.  Hari ini cuaca begitu redup dan aman. Mari kita doakan hari esok masih ada, untuk kita menyesali atas setiap perbuatan buruk dan memohon ampun, serta berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik daripada semalam. Kalau pun dunia akan berakhir, jangan putus harap untuk terus melakukan kebaikkan. Jika ada sebutir benih di tangan, tanamlah. Jadilah mereka yang menerangi alam. Ada 2 cara untuk

The Life of Pi (reviu)

Ada orang bertanya, best sangatkah filem ini? Saya tidak tahu nak jawab macamana. Ia akan sangat bergantung kepada selera seseorang. Untuk saya, memang tidak tertandingkan. Sekurang-kurangnya untuk filem-filem Hollywood mutakhir yang hanya mahu menayangkan hero-hero komik. Hero komik tidak masuk dengan selera akal dan logik, walau sinematografi memukau macamana sekalipun, ia belum cukup untuk mendorong saya kembali ke layar perak. Life of Pi (LOP) lain. Ada daya penarik yang memanggil. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu LOP itu apa sehinggalah kawan hantu buku menegur sinis, "Ia adalah event terbesar 2012, dan kau tidak tahu?" Rakan-rakan saya memang kejam begitu. Mereka akan hanya memberi komen berpenggal-penggal dan akan menyebabkan saya perlu mencari Haji Google sendiri. Sedikit hint pun kawan-kawan saya tidak mahu cerita tentang LOP. Kejam. Tetapi kekejaman begitu ada nikmat tersendiri, tanpa spoiler, saya boleh menikmati dengan kejutan-kejutan. LOP akan

The Life of Pi

Mesti tonton. Saya mahu menonton lagi, dengan 3D. Screenwriter & Director, OMG, you guys done an excellent job. Stunning!

Man Bi To Hicham

Without YOU , I'm nothing Aku sudah bisa tersenyum dan hidupku penuh makna. Sungguh nikmat tidak terjangka untuk mempelajari tentang hidup dan hakikatnya dari seorang yang sangat muda. Hati emas mana yang Dia kurniakan padanya? Sahabat muda saya itu, muda sangat usianya. Tetapi ketrampilannya memukau. Dia tidak pernah mahukan gemerlapan podium untuk berpidato, undi untuk mengetuai perwakilan pelajar dan meraih perhatian, atau memerlukan apa-apa dana untuk melakukan apa-apa kebaikan dan kebaikan. Dia hanya berbekalkan hati yang mahu, percaya, percaya diri, buat apa sahaja selagi apa daya, usia bukan penghalang, muda bukan untuk dibazirkan. Orang tidak bercerita tentang usahanya pun tidak mengapa. Dia melangkah keluar dengan berani, seorang pun tidak mengapa, kerana yang akan menemani adalah yang Pertama, DIA. Idea baginya bukan apa-apa kalau kita tidak berani bertindak. Saya sehingga sekarang masih terdiam, dan berfikir. Kerdil sangat semangat yang saya kumpulkan ini.

Jumaat dan Uncle Roti

Entah bila bunyi hon roti menjadi sesuatu yang diperhatikan kalau pulang ke KL. Barangkali selepas catatan rakan dan foto yang merakamkan motor Uncle Roti yang perlu diberhentikan operasinya ketika hujan. Begini catatan saya tentang Jumaat dan Uncle Roti semalam; "Semalam ketika saya sampai, jam sudah masuk pukul 9 malam. Saya dengar hon uncle roti. Tetapi saya sibuk masukkan kereta ke garage. Dalam hati memang nak beli. Terlepas bila uncle roti laju je pergi. Pagi ni, uncle roti parking depan rumah. Tawakal tinggalkan motor dan roti-rotinya bergerak ke masjid. Entah untuk singgah membuang air, solat dhuha atau sekadar menyegarkan wajah dengan air masjid.  Saya menunggu beliau sabar di depan rumah. Sehingga dapat memberi makan kucing-kucing jalanan yang takut mendekati. Ketika uncle roti sedang mahu bergerak, saya berjalan mendekati beliau. Di wajahnya ada senyum, ikhlas masuk ke sukma.  Hari Jumaat ini, saya membeli bermacam-macam di motor rotinya yang

Errmm, risau juga

Saya membaca status Facebook teman yang sangat muda, Husna Nabila Badarolzaman, “Teringat Dr Har Siraj ada cakap betapa berbezanya zaman dia dan zaman yang dilalui oleh golongan muda dan remaja zaman sekarang dan dia bersyukur sangat. Dan katanya lagi ujian untuk muda mudi zaman sekarang sangat-sangat besar dan dahsyat… Perkara yang haram mudah didapati seperti low values of entertainment (movie yang tayang bad content, budaya barat), games (violence), improper clothing (tak tutup aurat) dan perkara yang halal susah nak dapat, kalau senang pun tak ramai yang hargai.” Hakikat semasa yang siapa pun tidak boleh hendak sangkal. Sedih, bukan kepada anak-anak muda, tetapi kepada diri sendiri juga kerana menjadi saksi kepada perubahan zaman tapi tangan bagai digari seperti tidak buat apa. Masyarakat kita diracun denga pepatah, jaga tepi kain sendiri jangan jaga tepi kain orang, dan apa pun nak jadi jadilah asal tidak kena pada diri dan keluarga sendiri. Racun yang menjad

Nasib

Kau percaya nasib? Kadang-kadang aku percaya, tetapi selalu tidak. Untuk berserah pada semua perkara, akan menjadikan kita makhluk tidak berdaya. Sedang mereka yang tidak percaya nasib telah jauh maju ke depan. Orang-orang yang tidak percaya nasib ini, mengajar aku satu perkara, tentang kasualiti. Kata mereka "dunia ini hukum sebenarnya ialah kasualiti." Apa itu?  "Kasualiti adalah hukum sebab dan akibat. Contoh, kau lapar, sebabnya kau tidak makan. Jadi untuk mengatasi nasib malang ini, kau makan akibatnya nanti kau akan kenyang." Itu semua orang pun tahu. Tetapi kawan yang tidak percaya bulat-bulat pada nasib ini seterusnya melanjutkan, "bila kau percaya pada perkara ini, untuk semua perkara, sesuatu itu berlaku akan ada sebabnya dan akan juga akibatnya, maka kau akan berusaha lebih." Maksud? "Kalau kau tidak pandai Bahasa Inggeris, itu bukan nasib. Kalau kau percaya ia adalah nasib, kau akan biarkan sahaja tanpa buat apa-ap

Flash Mob untuk Gaza

Image
Orang Muda yang cakna dengan perkembangan internasional dan sejagat. Let pictures speak first, tulis pengalaman hebat ini kemudian.  (Pelajar-pelajar UiTM Shah Alam)

Jangan Cilok

Meniru gaya menulis senbei Cik Li. Salam Tetuan Tuan Rumah, Saya terbaca semalam status Tuan di Facebook berbunyi begini, "Ramai kita rasa, sijil U akan membolehkan kita dapat pekerjaan baik. Tak benar sebenarnya. Sijil U hanya memberikan kita syarat kelayakan untuk memohon satu-satu jawatan yang dipohon. Untuk dapat kerja, it takes more than that. Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Belajarlah realiti awal, supaya dapat merancang ke mana hala tuju. Tanya orang yang punya pengalaman untuk tips. Tips kumpul banyak-banyak pun tidak ada makna, kalau diri tidak cukup berani untuk bertindak." Saya stress baca sampai tidak boleh tidur. Kenapa Tuan mendemotivate pelajar U macam saya. Pensyarah saya tak pernah pun cakap macam Tuan cakap. Dia kata banyak je kerja. Saya masuk U sebab mak bapak saya kata, saya boleh dapat kerja jadi pegawai bila abis nanti. Kalau begitulah keadaan sekarang, untuk apa sijil saya tu nanti? Afif Pelajar U yang demotivate. ********************

Seperti Dijangka

Image
Saya membaca status di Facebook, sudah ada orang yang menyelar. Kata dia, “aku dah kata dah, semua orang sudah senyap, cari di mana-mana status Facebook, tidak ada orang memperkata tentang Gaza lagi. Semua sudah berada di tempat masing-masing, mereka sudah main Facebook seperti biasa.” Doodle untuk Ghazzah Dia sudah jangka, sebaik sahaja genjatan senjata bermula, Facebook jadi senyap sunyi. Tiada kempen boikot memboikot. Sentimen orang Melayu Malaysia, sangat berkait dengan fenomena popular. Mungkin seseorang perlu menulis, Malay Dillema yang baru. Saya senyap juga. Tetapi pagi 10 Muharram lalu, saya berjumpa perkataan doodle. Sepanjang hari saya melukis doodle untuk Ghazzah. Bukan boleh dibangga pun, macam lukisan anak-anak, tapi inilah hasilnya. Harapan visual saya untuk Ghazzah. Banyak yang saya mahu lukiskan untuk Ghazzah, tetapi tidak pandai, jadi untuk permulaan, bolehlah agaknya. Boleh?                  Begini pun, saya rasakan melukis agak susah. Perlukan orang

Dia Mendengar

Image
Ketika mendengar berita tentang genjatan senjata Ghazzah (22 November 2012), saya selesai menghadam pelajaran tentang nama Allah As-Sami' iaitu Yang Maha Mendengar dari seorang Ustaz yang saya kenali di Facebook (FB: Abu Ilkiya Ashajj).  Pemahaman saya tentang nama Allah Yang Maha Mendengar hanyalah sehala sebelum ini, sehingga mendapat pencerahan semalam. Selama ini yang saya fahami ialah seperti mana indera kita berfungsi. Setiap bunyi yang mampu ditangkap indera mendengar. Keupayaan manusia amat terbatas. Tetapi untuk As-Sami', Dia dapat mendengar segalanya, meski yang paling kuat atau paling perlahan, tidak terbatas waktu dan ruang.  Yang kedua yang terlepas dari pemahaman saya sebelum ini ialah, As-Sami' yang dikembarkan dengan Al-Mujib, ertinya Allah mengabulkan. Saya termenung panjang memikirkan ini, betapa Allah itu begitu baik mendengar setiap suara kita dan kemudian pasti memakbulkan. Bandingkan ini. Mendengar itu sepertimana bila ibu memanggi

Ghazzah: Erti Boikot

Image
Awak yang selalu saya sayangi dan peduli. Beginilah keadaan kita Melayu yang peduli cara sendiri. Ketika Ghazzah bermandi darah, kita bergaduh mengenai McD tak sudah-sudah, tidak berhenti, sehingga timbul istilah mufti McD dan sebagainya. Sehingga mereka yang mahu menjustifikasi membawakan gambar Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan keluarga yang sedang makan di McD. Itu justifikasi Muslim di Malaysia untuk persoalan McD! Sepele dan parah! Meletakkan UAI sebagai justifikasi tindakan, saya hanya mampu mengerut dahi tidak percaya. Kawan, esok, bila kita ditanya, UAI tidak akan berada di sisi untuk menjadi saksi! Ingat tu. Dalam satu sudut cara pandang, saya akan katakan kita sudah mencapai taraf amat parah. Kerana tidak memahami letak duduk perkara, sekurang-kurangnya dari apa yang kita yakini dalam hati. Maaf jika entri ini menyinggung kamu, ia lebih dahulu untuk menyinggung diriku. Erti boikot untuk saya. Ya kamu pun tahu, saya sudah memulainya sejak perang Zionis I