Posts

Showing posts from November, 2012

Flash Mob untuk Gaza

Image
Orang Muda yang cakna dengan perkembangan internasional dan sejagat. Let pictures speak first, tulis pengalaman hebat ini kemudian.  (Pelajar-pelajar UiTM Shah Alam)

Jangan Cilok

Meniru gaya menulis senbei Cik Li. Salam Tetuan Tuan Rumah, Saya terbaca semalam status Tuan di Facebook berbunyi begini, "Ramai kita rasa, sijil U akan membolehkan kita dapat pekerjaan baik. Tak benar sebenarnya. Sijil U hanya memberikan kita syarat kelayakan untuk memohon satu-satu jawatan yang dipohon. Untuk dapat kerja, it takes more than that. Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Belajarlah realiti awal, supaya dapat merancang ke mana hala tuju. Tanya orang yang punya pengalaman untuk tips. Tips kumpul banyak-banyak pun tidak ada makna, kalau diri tidak cukup berani untuk bertindak." Saya stress baca sampai tidak boleh tidur. Kenapa Tuan mendemotivate pelajar U macam saya. Pensyarah saya tak pernah pun cakap macam Tuan cakap. Dia kata banyak je kerja. Saya masuk U sebab mak bapak saya kata, saya boleh dapat kerja jadi pegawai bila abis nanti. Kalau begitulah keadaan sekarang, untuk apa sijil saya tu nanti? Afif Pelajar U yang demotivate. ********************

Seperti Dijangka

Image
Saya membaca status di Facebook, sudah ada orang yang menyelar. Kata dia, “aku dah kata dah, semua orang sudah senyap, cari di mana-mana status Facebook, tidak ada orang memperkata tentang Gaza lagi. Semua sudah berada di tempat masing-masing, mereka sudah main Facebook seperti biasa.” Doodle untuk Ghazzah Dia sudah jangka, sebaik sahaja genjatan senjata bermula, Facebook jadi senyap sunyi. Tiada kempen boikot memboikot. Sentimen orang Melayu Malaysia, sangat berkait dengan fenomena popular. Mungkin seseorang perlu menulis, Malay Dillema yang baru. Saya senyap juga. Tetapi pagi 10 Muharram lalu, saya berjumpa perkataan doodle. Sepanjang hari saya melukis doodle untuk Ghazzah. Bukan boleh dibangga pun, macam lukisan anak-anak, tapi inilah hasilnya. Harapan visual saya untuk Ghazzah. Banyak yang saya mahu lukiskan untuk Ghazzah, tetapi tidak pandai, jadi untuk permulaan, bolehlah agaknya. Boleh?                  Begini pun, saya rasakan melukis agak susah. Perlukan orang

Dia Mendengar

Image
Ketika mendengar berita tentang genjatan senjata Ghazzah (22 November 2012), saya selesai menghadam pelajaran tentang nama Allah As-Sami' iaitu Yang Maha Mendengar dari seorang Ustaz yang saya kenali di Facebook (FB: Abu Ilkiya Ashajj).  Pemahaman saya tentang nama Allah Yang Maha Mendengar hanyalah sehala sebelum ini, sehingga mendapat pencerahan semalam. Selama ini yang saya fahami ialah seperti mana indera kita berfungsi. Setiap bunyi yang mampu ditangkap indera mendengar. Keupayaan manusia amat terbatas. Tetapi untuk As-Sami', Dia dapat mendengar segalanya, meski yang paling kuat atau paling perlahan, tidak terbatas waktu dan ruang.  Yang kedua yang terlepas dari pemahaman saya sebelum ini ialah, As-Sami' yang dikembarkan dengan Al-Mujib, ertinya Allah mengabulkan. Saya termenung panjang memikirkan ini, betapa Allah itu begitu baik mendengar setiap suara kita dan kemudian pasti memakbulkan. Bandingkan ini. Mendengar itu sepertimana bila ibu memanggi

Ghazzah: Erti Boikot

Image
Awak yang selalu saya sayangi dan peduli. Beginilah keadaan kita Melayu yang peduli cara sendiri. Ketika Ghazzah bermandi darah, kita bergaduh mengenai McD tak sudah-sudah, tidak berhenti, sehingga timbul istilah mufti McD dan sebagainya. Sehingga mereka yang mahu menjustifikasi membawakan gambar Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan keluarga yang sedang makan di McD. Itu justifikasi Muslim di Malaysia untuk persoalan McD! Sepele dan parah! Meletakkan UAI sebagai justifikasi tindakan, saya hanya mampu mengerut dahi tidak percaya. Kawan, esok, bila kita ditanya, UAI tidak akan berada di sisi untuk menjadi saksi! Ingat tu. Dalam satu sudut cara pandang, saya akan katakan kita sudah mencapai taraf amat parah. Kerana tidak memahami letak duduk perkara, sekurang-kurangnya dari apa yang kita yakini dalam hati. Maaf jika entri ini menyinggung kamu, ia lebih dahulu untuk menyinggung diriku. Erti boikot untuk saya. Ya kamu pun tahu, saya sudah memulainya sejak perang Zionis I

Ghazzah yang Bermusim

Image
Seperti saya dan blog ini, kita semua bermusim. Dan musim ini tulisan saya mengenai Peduli Palestina. Saya tahu ramai yang akan mengeji perasaan yang bermusim, itu pun kepada satu daerah yang secara konsisten ditekan dan dizalimi. Jika tidak diserang, mereka di blockade secara ekonomi dan politik. Daerah yang minta dipedulikan sejak berakhir Perang Dunia Pertama dan dinodai ketika Perang Dunia Kedua. Akhirnya kita melihat diri kita sendiri, umat Islam, buntung, hilang maruah dan segalanya di Perang Enam Hari antara Arab dan Israel. Sejak 2000 tahun lalu, wilayah yang Allah berkahi, Al Aqsa bergolak dengan segala macam kuasa dan penguasa. Amaran, entri ini mungkin akan jadi panjang dan penuh emosi. Kalau ada pun perkataan mengeji dan merendahkan, itu sebenarnya ditujukan dulu pada diri sendiri. Kerana sebagai orang yang mengakui dari kelompok pembaca, saya masih lagi buntung, terpasung kaki dan tangan untuk membukti apa yang saya percaya dari bahan bacaan, yang lebih malang

Bagai disirami air

Pernah menonton drama Dunia Baru, yang satu masa dahulu ditayangkan oleh TV3. Drama yang dilakonkan oleh ramai pelakon muda menceritakan perihal keadaan baru masuk Universiti. Pagi ini kepala saya diketuk satu perkataan ‘Keberkatan’ dan yang berlegar dalam kepala itu adalah watak yang dilakonkan oleh Khatijah Tan. Beliau dalam drama Dunia Baru adalah ibu kepada Pierre Andre. Ring a bell? Yup, watak itu diminta untuk sentiasa mengulang perkataan keberkatan dengan mengeja dalam ejaan jawi. Seorang ibu yang berlatar belakang agama dan dilihat begitu warak sekali. Saya sendirian ketawa. Watak itu juga mendapat kritik yang meluas kerana dilihat tidak relevan untuk mencerminkan seorang yang tunduk beragama. Baik tinggal dulu, cerita dunia baru ini. Saya mahu menggali makna ‘keberkatan’ yang faham saya ada turun naiknya. Terus terang saya kadang-kadang skeptik juga dengan Ustaz Ustazah yang mensyarahkan dalam ruang lingkung teori dan sukar sekali kita refleks dalam keadaan s

Transformasi, kecil pun bermakna

Image
Sekarang musim hujan di Kuala Lumpur. Juga di banyak belah negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Malam sekarang ibarat musim salju, sejuk yang aman. Juga kadang-kadang merisaukan kerana sampai menggigit tulang. Apa cerita kita dengan hujan? Barangkali ia hanya sebagai catatan musim. Melihatkan peralihan dan melegakan dari panas yang mencengkam. Tetapi apa cerita hujan kepada Uncle Roti? Seperti gambar di atas, foto yang menceritakan segala-galanya. Hujan bagi Uncle Roti, bermakna beliau tidak dapat lagi meneruskan usaha mencari rezeki. Sangka kita hanya nelayan di laut, petani dan pekebun hidup bergantung pada musim. Tetapi masih ramai di sekeliling kita bernasib sama. Seperti penjual goreng pisang, penjaja-penjaja pasar malam, abang penjual aiskrim. Kita yang jarang sekali berhenti dan melihat sekeliling kita, seperti manakah wajah masyarakat kita? Tragis sekali, dalam perjuang Uncle Roti dan musim, ada lagi pertentangan yang perlu Uncle Roti hadapi. Iaitu kapital

Atas Pilihan

Image
Kebetulan, pilihanraya US sudah pun selesai, yang menang untuk meneruskan penggal kedua ialah Barrack Obama. Presiden kulit hitam pertama US. Soalnya, dunia akan berubahkah? Tidak kisahlah, yang saya kagumkan ayat Bob Marley di atas. Begitu yakin dia, dalam apa pun juga keadaan kita akan disakiti. Sesiapa pun dari kita, kecil, dewasa, tua kita ada potensi untuk disakiti dan kecewa. Bob specific kenyataan di atas kepada perhubungan antara lelaki perempuan. Rasa macam nak bangkang je kan Bob ni, tapi fikir panjang kebenarannya ada. Malah ia berlaku kepada setiap bentuk perhubungan. Setiap kita berpotensi untuk menderita sebab perhubungan. Sebelum jumpa ayat Bob di atas, semalam saya membaca artikel panjang dari laman Suhaib Webb ada sedikit-sedikit perkaitan dengan membacanya  di sini. Judulnya Why do people have to leave each other. Sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan, tetapi berlaku di sekitar kehidupan. Samada bercerai mati, atau disebabkan situasi, atau dise